Tuesday, 17 November 2015

Praktikal Oh Praktikal

Hari ini Mim nak share sikit panduan mencari tempat praktikal. Banyak pengalaman pahit and manis semusim pengalam Mim berpraktikal. Ok before that, nak cari tempat praktikal nih bukannya sonang dek ooii. Banyak gak lah Mim hantar CV kt companies tapi takdak satu pun lekat. Dah laa due date tuk hantar company’s reply letter kat pihak U dh dekat.

Masa cuti 2 bulan kat umah tu memang serabut sangat. Serabut duk pikir nak praktikal kat mana. Pastu ada plak pihak-pihak yang tak bertanggungjawab memomokkan citer kata kalo tak dapat tempat tuk latihan industri nih kena repeat sem yang sebelum ni balik.

Kita yang tak tau apa nih memang mudah sangat percaya. Padahal kalo pikir logic pun kan, nak extend? Nak repeat paper yang mana? Nak kena stay tuk tunggu sem berikutnya baru boleh apply praktikal balik? Tak adanya. Semua tu just dorang nak push kita supaya usaha lagi cari tempat praktikal. Tapi  tak tau lah kat U lain camne dia punya pengurusan. Ikut pada cerita coordinator latihan industry, setakat sem2 lepas takde lagi yang kena stay back.

Tapi sebelum dapat tempat praktikal tu, memang cuak giler laa sebab kawan2 yang lain mostly dah ada tempat tuk praktikal. Kadang bila syaitan menguasai diri ‘alah dorang takpelah dorang pakai kabel, ada kawan, akak, abang yang dh lama dalam industry ni’ ASTAGHFIRULLAHAL AZIIMM..Mim and a few friends je belum tau, untung nasib timbul untung sabut tenggelam. Betul ke peribahasa nih?

So, masa just tinggal lebih kurang dua minggu camtu before tarikh sepatutnya latihan industry bermula. Masa tu Mim memang tak henti2 doa, buat semayang hajat, suruh mak doa2kan anak dia yang sorang nih. Haaa, bila terhantuk baru nak terngadah, baru nak ingat tuhan. Hehe takdelah sampai macam tu. Cuma bila hati tak tenanag nih, doa n usaha tu jadi berlipat kali ganda. Insya Allah.

Alhamdulillah, ALLAH tunjukkan jalan supaya tengok balik jalan nak mintak tempat praktikal. Bila fikir balik, apa salah Mim sampai tak dapat tempat praktikal lagi, memang ada kekurangannya. Mim mula google camner nak mintak keje. Almaklumlah Mim tak pernah keje sebelum nih. So, memang takde unique qualifications lah kan. Cari punya cari dapatlah beberapa tips yang sangat berguna.

Mim nak share kat sini sebab Mim paham sesangat betapa tak tenangnya hati di saat orang lain bergumbira bila dah dapat tempat, kita masih terkial2 mencari dan mencari.

1-      Doa – ramai yang cakap usaha dulu baru doa. Bagi Mim doa dulu baru usaha sebab kita kena lah mintak ngan pemilik rahsia, pemegang kunci seluruh alam ini. Mintak pada DIA supaya tunjukkan kita jalan yang sebenar – benarnya. Dilarang sama sekali beranggapan bahawa dengan berdoa sahaja mencukupi. Tidak dik. Selepas berdoa, kita akan rasa lebih tenang, tuk membuat pilihan, untuk berfikir secara rasional, untuk tidak mengalah, untuk lebih yakin, untuk lebih redha bahawa setiap yang berlaku ada sebab musababnya.

2-      Mencari– maka mulakan proses pencarian company atau tempat praktikal yang berkenan di hati. Cari based on your qualifications, dan sesuai dengan apa yang awak belajar. Kalo dah belajar lain then company tu buat business lain memang idok ler depa nak terima awak. Unless awak anak tokey kat situ. Dah jumpa, buat list then mintak depa punya email hr. zaman canggih nih emel je sonang kan.

3-      Emel – nak emel pun ada caranya. Ada mukadimah yang buat orang terus nak baca emel awak. Kalo mukdimah pun hancus memang tak sempat baca emel awak akan ke tong sampah lah jawabnya. Harapan untuk bekerja di situ akan ke laut. So tajuk and isi nya biar bener gitu yaa. Boleh google kalo tak tau. Pastu jangan lupa attach awak punya CV, apa itu CV? Baca item 4, 5, 6 di bawah..


4-      Resume – benda ni sangat penting sebab all of ur informations compiled together dalam satu atau dua kertas. Sebolehnya seringkas-ringkas yang mungkin. Sebab depa pun malas nak baca panjang2. Kalo boleh wat point2. Alaa ikut kreativiti memasing lah.

5-      Cover letter – menatang apa cover letter nih? Nama pun surat, so perlu lah adanya alamat Cuma just letak alamat, no fon, n email kita kt bahagian kiri atas surat tuh. Okey yang nih kira kita punya resume yang macam karangan. Tulis dari mana kita dapat tau dia punya company, kekosongan, kenapa nak keje kat situ, apa harapan kita sepanjang keje kat situ, apa yang kita boleh janjikan tuk buat depa pandang kita dengan dua belah mata okey.  Yang ni boleh google atau tanya orang yang dah berpenglaman. Tapi satu kena ingat. Tulislah sesuatu yang dari HATI bcoz sesuatu yang dari HATI, Insya ALLAH kan tersampai ke HATI jugak kan. ^^

6-      Transkrip – bagi kita yang tengah cari tempat praktikal sememangnya sangat penting untuk melampirkan kita punya result. Macam Mim punya praktikal dekat last sem. Macam kolej/U lain, tengah study dah ada praktikal. So bolehlaa bagi latest result. Result kiranya macam prove bagi result yang kita state lam resume.  Ada company tak pandang pun results. Tapi still kena bagilah sebab nak cukupkan syarat. Macam company besar dorang sangat memandang results kecuali kalo awak anak somebody kat situ, masuk cuci kaki jelaa..hoho.

7-      KIT – Keep In Touch, dah hantar semua di atas kt companies jangan pulak awak duk melangut tunggu depa bagitau ‘cik, kami terima cik praktikal di sini’. Kalo ada yang macam ni, memang korang patut bersyukur sebab Tuhan dah permudahkan. Syukur jangan nak riak pulak. Dah hantar, rajin2kan lah diri tuk tanya depa dah dapat belom saya punya CV. Nih yang lemah nih, tak suka lah jadik pengemis, mintak2 kat orang nih. Adoiyaaiii. Nak buat camne dik, hakak dah mengalaminya, banyak gak lah kredit habis asyik duk kol orang je. Ada yang malas nk layan ada yang beria2 bagi kita harapan then haremm. Pulak kena skipping2 bagai, nak tergeliat lidah kita..kalo dah mintak company besor2 memang cakap matsaleh lah..tapi ada gak yang cakap melayu but mostly English. Hampeh

8-      Dongibab – kalo still tak dapat jangan putus asa, usaha lagi. Usaha tangga kejayaan. Siapa yang berusaha dia yang akan berjaya. Hantar banyak2 awak punya resume and all the things to banyak2 company, pastu kalo company banyak2 kol awak, awak pulak reject dorang neh. Hehehe

9-      Yahoo – apa yahoo2? Ucaplah Alhamdulillah kalo dh dapat tu, jangan lupa bersyukur. Haa dah dapat, keje sungguh2 ye dik. Awak bukan sahaja bawak nama awak sendiri, keluarga malahan U. So, sedar sikit awak belom bebas lagi. Kalo dapat boss sporting, jangan dipijak pulak kepala boss tu, kejap datang keje, kejap ponteng. Tahanlah kejap even boss cakap takde keje, jangan rasa rugi pulak datng keje ‘baik tidoq kat umah’. Yang dapat boss yang harem kejadah, bossy n sumer yang negatif tu. Sabar. ‘hoi, ingat senang ke nak sabar kalo boss tu perasan bagus, suka mengarah, suka perli, perlekeh, suka bagi keje bertimbun pastu due date esok. Wat the life?’ satu je nak cakap, kalo boss tu takde physical contact cam tampo, terajang, cubit, kutil, tumbuk awak n the worst sexual harassment (cepat cabut!!!). Awak buatlah keje diam2 ya. Kalo awak rasa boss awak tu teruk, awak taktau ada boss lagi teruk dari tuh. And awak kena tau satu benda, “Pick a boss n not the job!” Kalo gaji mahal, keje senang tapi kalo dapat boss cam hantu, hakak pun nak balik India lah. Dey yennnadey! Awak kena tau awak punya rights, so kalo dh tak tahan pi jumpa coordinator cakap nak tukar tempat praktikal. Kalo coordinator jenis yang tak kisah then off u go. Kalo jenis yang perihatin, bernanah jugaklah telinga nak kena dengar lecture dia ooii. Tapi jangan ingat kalo awak lari dari praktikal tu awak tak yah praktikal dah, still kena cari tempat praktikal baru. So boleh laa tanya, ‘geng kt tempat ko ada tempat kosong tak?’ kalo ada kabel sonang.


So, begitulah sedikit sebanyak panduan yang boleh diambil bagi yang sedang berduka lara, hati tak tenang tu. Satu je kena ingat, setiap yang berlaku ada sebabnya. Kenapa Allah bagi lambat kat kita? Mungkin Allah nak suruh kita usaha lagi, nak dengar kita merayu kat Dia lagi, nak mencuci dosa2 kita, n the best part is nak bagi yang terbaik kat kita. Apa2 pun yang berlaku jangan pernah berputus asa. AGI IDOP AGI NGELABAN !!!!

Saturday, 14 November 2015

KECERDASAN anak diwarisi dari IBU?


Hari itu Mim terbaca satu artikel nih, dia cakap ibu memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan otak anak-anak. Mungkin betul mungkin jugak tak. Untuk menjawab persoalan yang bermain di minda nih, Mim pun buatlah sedikit research pasal mende nih. 

Mengikut kajian, nih Mim amik dari UMC Nijmegen Netherlands punya ahli genetic, Dr Ben Hamel, dia cakap tahap kecerdasan seseorang dipengaruhi oleh kromosom X yang mana berasal dari ibu. Oleh yang demikian, ibu yang cerdas berpotensi melahirkan anak yang cerdas. Tak gitu? 

Dia cakap lagi, lebih baik miliki ibu yang cerdas daripada ayah yang cerdas. So kesimpulannya kat sini, kepada akak-akak jangan risau kalau husband akak tak segenius Albert Einstein, yang penting akak dah cerdik pandai pun tak pe. Huh?
Tapi, sebagai Muslim kita sangat beruntung kerana terdapat banyak surah yang boleh diamalkan untuk memiliki anak-anak yang pinter gitu yaa. 

But of course Mim rasa better ada anak yang sihat fizikal and rohaninya. Kalo ada anak yg genius itu bonus lah. Di era globalisasi nih, sangat penting untuk seseorang itu memiliki IQ yg tinggi untuk menempuhi cabaran yang mendatang. Wait! EQ pun perlu di amik kira ok. Hurm, tak nak cerita bab tu. 

Sebenarnya ada betul jugak kalo kita perhatikan, itu pun kalo kita punya minda tu jangan cuba untuk di sempitkan. Ibu memainkan peranan yang penting dalam pembentukan rohaniah anak-anak. Dari dalam rahim, si Ibu dinasihatkan supaya menjaga emosi sebab takut anak tersebut akan terpengaruh dengan emosi si ibu. 

Kalo nak cerita bab emosi semasa mengandung nih, lain kali lah cerita. Yang penting sekarang, topik kita betul ke tahap kecerdasan si anak di warisi dari ibunya? Mim ada sorang kawan mak dia keje sebagai tenaga pengajar  ilmu hisab, ada yang tanya ilmu hisab tu apa? Bagi yang lahir di zaman Mim, ilmu hisab juga dikenali sebagai ilmu kira-kira atau matematik. Mak dia memang terer bab kira-kira nih. Kalo pegi market beli ikan, sayur,  tepung, beras, gula, kopi, teh, sardin, serbuk cekelat dan lain-lain main congak aje. 

Tak sempat cashier tu bagitau jumlah yang dia kena bayar,  dia dah siap kuarkan duit dari purse. Tapi dalam jumlah genap lah. Nanti cashier tu bagi balik balance nya ye. Hehe. Jangan marah gurau je. Alkisahnya, mak dia memang terkenal dengan ilmu pengiraannya tapi yang peliknya anak dia memang tak minat langsung bab mengira nih. Persoalannya, ke mana tumpahnya kuah kalo tak kat mulut? Kenapa anak dia tak mewarisi kepandaian mak dia? 

Bila Mim perhatikan contoh yang terdekat nih, ideologi tentang anak akan mewarisi  kepandaian si ibu masih dalam samar-samar.  So, Mim tengok pulak contoh lain. Yang ni berdasarkan kisah tentang jiran sekampung Mim. Mak dia seorang tenaga pengajar jugak tapi sekarang dah bersara. Boleh dikatakan anak-anak dia semuanya berjaya. Semuanya bijak pandai dari dalam perut lagi. Cewah, mana tau nih? Salah seorang anak dia sebaya dengan Mim, memang pandai giler. Dalam kelas selalu dapat nombor satu. Teringin nak tanya masa mengandung mak dia makan apa. Hehehe

Kalo tengok contoh-contoh kat atas, Mim amik contoh ibu bekerja seorang tenaga pengajar tak kisahlah pensyarah ke guru ke. Kenapa? Sebab guru lah yang bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa menjadi orang yang berjaya. Ye dak? Berjaya bukan sahaja dunia malahan akhirat. Insya Allah. So, guru yang pertama bagi seorang anak adalah ibu dan bapanya. Kalo didikan parents tu betul, maka anak-anak akan tumbuh membesar menjadi insan yang mulia. 

Ok sekarang satu je yang Mim nak cakap, cerdas atau tidak anak itu memanglah penting. Sape cakap tak penting? Cuma tergantung jugak kepada niatnya. Untuk apa memiliki anak yang cerdas? Supaya suatu hari nanti dia boleh jadi orang yang berjaya, doktor? Lawyer? Engineer? Kalo itu yang kita mahukan dari anak kita. Insya ALLAH, Mim doakan semoga kita memperolehinya.
 
Cuba tengok dari sudut lain. Kalo kita diberikan pilihan nak anak yang cerdas otaknya sahajakah atau cerdas juga peribadinya? Mestilah nak dua-dua. Betul tak? Ada orang kaya hartanya tapi miskin hati budinya, ada orang tidak punya harta tapi akhlaknya sangat terjaga. Semuanya bermula dari zaman kecilnya. Bagaimana persekitaran dia dibesarkan, bagaimana layanan dan pandangan orang sekeliling mengajar dia erti persaudaraan, KEHIDUPAN.

Kita bukan setakat nak hidup kat dunia ni aje, ada alam lain yang menanti kita. Sebab itu, apabila kematian menjemput seseorang, semua yang pernah dia miliki akan ditinggalkan. Yang dia akan bawa hanya ada tiga perkara;
1) Ilmu yang bermanfaat
2) Sedekah dan amal jariah
3) Doa anak yang soleh

Konklusinya, saya mahu anak yang cerdas jadi saya perlulah mendidik diri dan jiwa saya terlebih dahulu. Saya mahu kehidupan yang bahagia dan berjaya jadi saya haruslah membahagiakan dalaman saya terlebih dahulu.

Dipendekkan cerita, apa yang anda mahu, anda sendiri yang menentukannya^^