Bagaimana mahu berkahwin kalau tanpa cinta..
Hari ini, aku menghadiri kursus perkahwinan..jujur, untuk berkahwin aku langsung tiada perasaan seronok atau teruja.. Malah ketika mendengar ceramah di masjid itu tiada lain yg aku rasa melainkan kesedihan..ya, air mataku hampir tumpah tapi aku tahan..aku sebak..kenapa? Sedangkan aku tengok orang lain yang menghadiri kursus itu, mereka gembira, mereka teruja.. Tapi tidak aku..ya, memang niat di hati aku ingin memperoleh ilmu..ilmu yang sudah lama aku tinggalkan..
Dahulu di zaman belajar, saban malam, pantang ada kuliah atau ceramah berkaitan agama, aku salah seorang yg takkan melepaskan peluang untuk menghadiri ceramah percuma..walaupun penat sepulang dari kuliah atau keesokannya ada ujian..aku tak pernah gagal untuk menghadiri ceramah agama. Seronok ya seronok tanpa perlu risau ujian atau kuliah keesokan harinya..ketika itu hanya tawakal sahaja jalannya..siang hari ilmu dunia yang ku tuntut, malamnya ilmu akhirat pula..
Tetapi bukanlah tidak berusaha langsung..kalau ikut sibuk, memang sibuk, tetapi sebagai pelajar, harus sentiasa membahagi masa..kalau ikut hati, memang takkan cukup masa untuk dibahagikan kepada dunia dan akhirat..yang penting disiplin diri..ya pada ketika itu, aku sungguh bertawakal, aku sudah berusaha di siang hari di kuliah, menghormati guru, menyiapkan tugasan, menjaga hubungan dengan Allah, manusia dan alam..cuma kadang2 Ada jugak mainnya😂..so, aku memperoleh keputusan sesuai dengan apa yang ku usahakan..tidaklah terlalu cemerlang..cuma apa yang boleh aku katakan..apa yang diusahakan itu yang aku dapatkan..jadi aku bersyukur 😊
Dahulu aku selalu digelar profesor oleh cikgu sekolah..tidak aku bukanlah cerdik pandai, SPM pun cukup makan..cuma kalau belajar aku cepat tangkap..berkat doa ibu bapaku,berkat hubungan dengan Allah.. Sampailah semasa diploma, aku belajarnya kurang mainnya banyak..kalau disuruh belajar, aku lagi suka tidur sampai kawanku menggeleng kepala melihatkan keputusanku.. Bukan niat mahu riak dan membangga diri..namun selepas menyambung pengajian ke peringkat Ijazah, aku mula lupa diri, aku cuba mengamalkan apa yang buat sebelum ini.. Aku lebihkan tidur seperti biasa tetapi hubunganku dengan Allah tidak seperti biasa.. Aku sudah jarang bangun malam..siang2 kadang aku menyibukkan diri dengan perkara yang melalaikan, mendengar muzik, menonton cerita Korea😁 dan keputusannya aku memperoleh keputusan biasa2 saja..
Okey, cukup dengan buang semula kenangan lalu.. Ya, aku sebak..teringat perjalanan hidupku yang dahulu.. Orang cakap barang yang lepas usah dikenang..yang perlu dihadapi adalah masa sekarang..aku sedih bertapa banyaknya ilmu tentang ibadah seharian yang aku lupa walaupun seharian aku amalkan..tentang darah wanita, tentang solat..bila diketuk kepalaku terasa berat..aku merasakan diri ini sangat kerdil dan bodoh sekali..soalan yang ringkas tentang amalan seharian tetapi aku tidak dapat menjawabnya..malu pada Allah, malu pada diri sendiri..betapa kosongnya ilmu di dada, bagaimanalah aku mahu membina keluarga yang sejahtera..
Kedua, tiada rasa tenang, tiada rasa aman ketika aku bersamanya..jujur, aku tiada perasaan pada dia..aku tidak suka akan fizikalnya (ya tidak patut menghina ciptaan tuhan sedangkan aku juga tidak sempurna), lagi aku tidak berkenan dengan kepura2an dia.. Aku sangka kan dia sudah penuh ilmu di dada untuk menyunting bunga di taman larangan tetapi dia juga 2x5 denganku..mungkin Allah menyatakan ini lah yang sesuai aku dapatkan apabila aku juga begitu..mengambil ringan tentang ilmu berumah tangga,tentang ibadah terutamanya..bagaimana? dia datang tidak diundang ditambah pula dia bukan lah pilihan hatiku..dan kenapa aku kata dia cuma berpura? Apabila dia hanya mahu bernikah di saat semua rakan2nya perlahan2 meninggalkan dia..
Ya aku belum bersedia untuk berumah tangga walaupun semua yang telah berkahwin menyatakn hal yang sama.. Tetapi sebab utama adalah aku langsung tidak teruja memikirkan bahawa aku bakal menghabiskan sisa hidupku dengan si dia.. Bagaimana bimbingan untuk zuriat yang soleh? Dia tidak matang walaupun aku tahu lelaki sememangnya lambat matang..tetapi yang paling utama ilmunya juga kurang bagaimana dia mahu membimbing aku..hal2 yang dijanjikan padaku hanyalah hal2 dunia.. Aku langsung tidak merasa terjamin dengan hal berkaitan akhirat..aku jadi tertanya-tanya sendiri, bolehkah dia membimbing aku dunia dan akhirat? Apakah kesudahan kami nanti?
Setelah penat memikirkan semua ini, hanya satu saja jawapan yang aku dapat rumuskan, aku perlu, mesti penuhkan sendiri ilmu di dada, mesti yakinkan diri dengan kuasa tuhan..dan yang paling kejam aku rasakan aku perlu ubah doaku mulai sekarang..semoga dia bukan jodohku..semoga saja kami tidak berjodoh..seandai saja tetap dia jodohku, aku mohon berikan aku kekuatan untuk menerima semua ini dan semoga dia jadi lebih beriman.. 😭😭😭😭😭😭😭😭 dan semoga juga detik ini, saat ini aku berubah untuk jadi lebih baik..😢