Wednesday, 29 November 2017

5 Dec 2017

At the age of 24, aku merasakan muka break out yang pada aku sangat teruk sebab aku tak pernah merasakan kulit muka yang kusam, berjerawat sebelum ni..kalau tumbuh jerawat pun masa menstrual cycle jelaa Itupun sikit je Kat bahagian t-zone dan cepat je blah.. Tp time breakout no,  jerawat yang tumbuh bak cendawan lepas hujan tu memang tak sedar diri orang dah tak nak bukan setakat nak menumpang lama-lama pastu siap tinggalkan parut hitam lagi..memang panas betul hati.. Dah rasa macam Takde keyakinan diri langsung..kalau tutup dengan foundation dan concealer pun still nampak.. Dahlaa kita Jenis yang tak suka make-up tebal setakat pakai bedak dan lipstik tu bolehlaa.. Tp lepas dah breakout no,  memang nak kena cover jugak tebal, satu nak lindung kulit yang rosak tu dari bertambah rosak terkena cahaya matahari, dua memang nak kurangkan sikit dari jadi tumpuan makcik2 pakcik2 Bawang.. Heeee..masa ni, pada awal tahun 2017 macam tu,  muka aku mula ditumbuhi jerawat terutamanya di bahagian kedua-dua pipi.. Memang hilang terus keyakinan diri..family aku pun mula duk tanya-tanya kenapa dengan muka aku yelah sebab sebelum ni memang mulus tanpa cela orang kata..kulit aku takdelah cerah pun orang kata sawo matang gitu.. Tapi manis lah jugak bila takde cela. Ahaha..