Friday, 9 September 2016

Jual takaful ke?

"Jual Takaful ke?" Tanya orang pada saya.

Soalan tu selalu buat saya rasa janggal. Nak kata menjual, Takaful pakai akad Tabarru' (perjanjian saling bantu membantu) sebenarnya, bukan jual beli.

Kami tak pakai istilah mencarum atau membeli, tapi kami jelaskan pada pelanggan kami bahawa duit bulanan itu ialah sumbangan/sedekah. Di mana, jika selepas 5 tahun, apa yang mereka akan dapat jika tarik diri dari menyumbang ialah pahala selama 5 tahun, jika ada lebihan dari dana Tabarru', maka itu adalah rezeki.

Tetapi selama 5 tahun seseorang peserta itu menyumbang, dia sebenarnya telah membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah sama ada Kematian, Lumpuh, Cacat mahupun ditimpa penyakit kritikal seperti Cancer.

Akad Tabarru' ialah perjanjian di mana, semua duit sumbangan peserta takaful akan disumbangkan kepada mana-mana peserta yang ditimpa musibah.

"Jual Insurance ke?" Tanya orang.

Soalan ini juga buat saya rasa janggal. Sebab Insurance dan Takaful mempunyai dua akad yang berbeza.

Satu akad jual beli, dan satu akad Tabarru'.

Satu jadi duit syarikat insurans, satu lagi jadi milik semua peserta Takaful (syarikat Takaful hanya sebagai wakil yang menguruskan duit sumbangan).

Syarikat insurans boleh melabur pada mana-mana pelaburan patuh atau tidak patuh Syariah, manakala duit sumbangan dari tabung Tabarru' mestilah dilaburkan ke pelaburan yang patuh Syariah.

Kan ada beza orang yang fasik dan orang beriman? :)

أَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ جَنَّاتُ الْمَأْوَىٰ نُزُلًا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَن يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ

Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".

As-Sajadah ayat 19-20