Friday, 12 January 2018

Sayang ayah..

Hari ini 12 Januari 2018 merupakan tarikh ulangtahun kelahiran ayah yang ke 54..ayah seorang yang sangat penyayang sewaktu kami kecil, bila semua dah besar, kami makin kurang masa bersama ayah, kurang bercakap juga..

Ayah..

Masih aku ingat,  ayah ibarat doktor keluarga kami,  bila mana ada yang sakit demam,  selsema, ayah akan ambilkan madu lebah asli suapkan ke mulut kami..sakit gigi ayah ambil playar motornya dan cabut gigi yang berlubang supaya sakit kami hilang😂, luka berdarah, ayah ambilkan ubat lembunya sebagai antiseptik.. Terlalu banyak ideanya untuk mengubati tangisan kami..😘 (Kenapa nak ke klinik,  bila doktor kami berada di rumah 🏡)

Ayah juga plumber kami,  bila mana bilik air tersumbat dengan ubat gigi kosong,  botol syampu kosong, rerambut, bila mana sinki dapur tersumbat, ayah seorang yang tak pernah kenal erti geli akan mengotorkan tangan dia demi keselesaan kami.. (kenapa nak telefon tukang paip, bila semuanya ayah boleh buat sendiri😘)

Ayah juga seorang yang suka membuat kejutan..walau ayah seakan tak mendengar permintaan kami, ayah cuba menunaikan permintaan setiap dari kami..walau kami tidak tahu betapa penat lelah ayah cuba memberikan yang termampu (maafkan kami kerna kami tidak tahu -masih kecil tika itu) masih daku ingat,  sepulang dari sekolah,  ayah hadiahkan sebuah basikal yang memang aku ternanti-nanti..betapa gembira hati bukan kepalang berbunga riang..😍😍😍

Ayah suka bergurau, ayah selalu cuba menghiburkan hati kami, memperkenalkan kami dengan gelaran dan perkataan yang pelik-pelik, tidak tahu apa maksudnya, mungkin belajar dari atoknya barangkali (moyang kami dari China)..

Sewaktu kecil,  ayah selalu masak untuk kami,  berumah di tepi pantai memungkinkan kami mencari remis di petang hari dan ayah akan memasaknya mengikut resepi dari mama.. Dan soalan yang akan selalu ditanya, 'siapa masak lagi sedap, ayah atau mama? ' riuh rendah di dapur kami dengan pelbagai jawapan.. Sungguh rasa bahagia ketika itu..(ya masakan ayah sedap sangat dan kami rindukannya kerna ayah dah tak masakkan untuk kami lagi😅)

Ayah seorang yang bekerja keras, ayah jarang tunjukkan yang dia sakit..ayah bukan seorang yang manja jadi ayah jarang menunjukkan yang dia lemah.. Ayah boleh memandu berjam-jam tanpa rehat,  ayah boleh bekerja di tengah panas sampai gelap kulitnya (makcik kami cakap,  dulu masa muda ayah berkulit cerah sebab ayah anak cucu orang Cina-kami gelak sebab gambar2 lama kan hitam putih jadi kami taktau warna asal kulit ayah😂) bila mana ayah minta dibelikan panadol, kami tahu ayah demam tapi ayah tak pernah menunjukkan wajah sakit..ayah masih keluar bekerja seperti biasa..jadi bila mana ayah batuk tak berhenti, tidur berselimut tebal,  kami baru mulai tahu ayah sakit ketika itu.. Ya,  ayah seorang yang kuat dan sebagai ketua keluarga ayah tidak mahu kami fikir ayah lemah😢

Ayah jarang marah, tetapi satu suara ayah yang tegas mampu mengecutkan hati kami.. Sewaktu kecil, kami adik beradik selalu bergurau di malam hari, ketika mama suruh diam kerana berita di kaca tv,  kami masih bercanda bergurau senda..namun apabila satu suara tegas ayah bersuara, kami bertempiaran lari.. Mama di dapur tergelak-gelak melihat gelagat kami..🙈

Sewaktu di universiti, ayah selalu bertanyakan cukup ke duit,  ada duit tak..jawapan yang daku selalu berikan, cukup je.. Pernah ayah bertanya,  berapa belanja aku sehari untuk makan di kampus, ayah risau kalau aku tak cukup makan, ayah risau Kalu aku tak cukup duit sebab Mungkin aku tak pernah meminta tapi bila ayah menghulur aku ambil jua..hehe (ya,  memang cukup, mungkin berkat dari doa ayah Dan mama, aku tak pernah merasakan kesempitan wang sewaktu belajar..jujur,  aku tak pernah menahan lapar malah makan apa sahaja yang perut ini inginkan.. Duit ku taklah banyak tapi aku sentiasa merasakan kecukupan..tidak seperti di zaman sekarang-bekerja😢)

Pernah sewaktu ayah menghantarku ke semester baru di kampus baru, aku menunjukkan tempat yang bakal aku belajar menimba ilmu,  dari kolej ke bilik kuliah aku harus menempuh tangga batu caves yang maha tinggi 😁..ayah lantas mengatakan dia akan membelikan aku motorsikal dan menyuruhku mengambil lesen (tika itu aku hanya punya lesen kereta) sungguh, pada fikiranku tika itu,  aku tidak memerlukannya kerna aku masih boleh belajar seperti biasa...akhirnya ayah mengepos motorsikal baru,  warna biru kegemaranku dari kampung.. Tika itu, aku tahu sungguh seorang ayah hanya mahu melihat puterinya selesa Dan bahagia..

Sewaktu praktikal Jauh nun di ibu kota, aku selalu tidak punya masa untuk pulang ke kampung walau hati menjerit2 mahu pulang..mamaku selalu menelefon memprovok daku mengatakan betapa seronoknya daku disini sampai tidak mahu pulang.. (Bukan mamaku sayang, bukan aku tidak mahu pulang, cuti cuma dua hari seminggu..atau itu Cuma Alaskan😩) bila mana daku bertanya pendapat mama patut daku menyambung bekerja di sini kerna tawaran majikan, mama terus mnyatakan ayah meminta daku pulang selepas tamat latihan perindustrian dan menyambung pelajaran..

*************************