Saturday, 29 October 2016

Hikmah itu perlu dicari

Assalamualaikum,

Tak jawab dosa..dah bersawang dah blog ni so niat dihati nak sapu2 sikit, mop2 sikit kasi suci bersih..

Semua orang di alam nan fatamorgana nih (ces bahasa) tak lepas dari diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan hidup..

Kadang2 tak salah untuk kita ambil masa untuk menoleh ke belakang, memandang masa lalu (by hook or by crook) yang telah kita tempuhi dengan jayanya mungkin..?

Bak kata omputeh, semua yang berlaku ada sebab musababnya. Setiap kejadian tersembunyi seribu satu hikmah yang kadangkala tak tercapai dek akal yang sihat sejahtera ini..

So,  I wonder how, I wonder why,  yesterday you told me 'bout the blue2 sky.. Dont be mad, chill lah..(nyanyi sket pn tak boleh,  apa  pun tak boleh)

Semalam Mim sampai dari Shah Alam  k kampung halaman terchenta dalam pukul 4.30 pagi camtu.. Normal la kan naik pengangkutan awam.. Tapi yang tak normalnya,  bas tu tak lalu jalan biasa, jadi nak taknak,  suka tak suka,  terpaksalah Mim merantau jauh sampai ke stesen jauh dari rumah..

Kebiasaannya,  kalau naik bas balik kampung, pukul 4.30 pagi camtu sampailah rumah.. N Mim kena berjaga2 supaya tak terlepas nak berhenti kat tepi jalan.. Dan kebiasaannya jugak mesti Mim akan mengantuk gila2 punya, macam telan sebotol pil tidur kalau nak dekat2  sampai rumah..

Selalunya kawan mim tolong kejutkan untuk bangun kalau dah nak sampai rumah. Tapi kali ni Mim balik sorang n tak berapa nak sihat pulak so sebelum bertolak ke stesen bas tu,  memang cuak sebab risau takut tak terjaga nak berhenti nanti..

Kebiasaannya bila nak buat apa2, nak pergi mana2 ke memang Mim akan solat hajat dan doa semoga segalanya dipermudahkan,  dipertemukan dengan orang yang baik2 dan diberi kesudahan yang baik2..So bertolaklah saya dengan redha Nya Inshaa Allah..

Sepanjang perjalanan tu memang lancar sangat.. Yang kelakarnya,  masa Mim sampai kat stesen bas tu,  punyalah ramai manusia mungkin sebab cuti perayaan..(macam biasalah kalau dah sorang2 fon adlah peneman setia)cakap pasal main fon..Meh, nak bagi tips sikit bila kat  tempat crowded camtu,  so sambil main fon, mata jangan lupa lilaukan sikit tengok  pakwe hensem (haha gurau je).. Mata kena peka jugak,  satu tengok2 kot ada manusia kat situ yang berniat tak baik, ingat sikit ya, hati sama merah, rambut kaler2.. Tapi selagi,  kita berniat baik2 inshaa Allah yang datang pun baik2 (eleh nak cakap yang dia baiklah tu) haipp,  haa nampak pemikiran tak baik kat situ.. Betulkan niat pleaseeee.. Satu  lagi of course taknak kena tinggal dek bas kan.. So mata  tu jangan tengok bawah je yek..

Back to the story,  eh kat mana tadi,  oh ya.. Dalam ramai2 manusia  kat situ,  ad lah seorang girl ni tegur, 'kak nak naik bas apa' entah dari mana datang tetiba je tegur.. Eh kita bukan nak menyombong just terkejut sebab baru sudah ke hulu ke hilir bertanya driver bas,  betul ke bas saya ni sambil tunjuk tiket sebab tengok kat depan cermin bas tu, arah perjalanan yang sama dah (bak kata pepatah,  malu bertanya,  sesat jalan,  tapi  in this case malu bertanya kena tinggallah jawabnya..

Bukan apa kes kena tinggal dek bas ni bukanlah perkara luar biasa dik ooiii.. Tapi Alhamdulillah setakat ni,  tak pernah lagi bas tinggalkan akak,  bas tunggu akak pernah, ( eh tak2 akak tak riak,  ujub, takbur ke apa..akak bercerita yang benar,  tiada yang benar melainkan yang benar belaka,  Inshaa Allah) bukan apa,  pernah kawan2 terdekat kena tinggal dek bas,  dah lambat memang wajarlah bas tinggal kan.. (tak sayang,  diaorang langsung tak lambat,  tapi bas tu yang gerak awal dari masa perjalanan)..

Pastu dah ko bayar tiket mahal2, packing barang dua hari dua malam,  tetiba bila sampai kat stesen, bas dah gerak meninggalkan ko terkontang-kanting tanpa arah tuju.. roh ko dah lama bertapa dalam bas tu,  ko kat stesen bas tu pulak terkelip2 sambil menyumpah-nyumpah lam hati (what a life,  what  a life,  what a lifeeeeee) boleh bayang tak.. (well akak pun taktau macam mana rasa, kalau ad geng takpelah kot) sebab dia punya panik  tu boleh dibahagi dua.. Kalau sorang2 memang menangislah kat situ(tak, tak nangis,  saya dah besar)  paling kurang pergi kaunter sembur orang kat kaunter tu..

Dialog dia pulak lebih kurang camni,   "kenapa bas tu gerak awal di luar kebiasaan? Saya datang awal kot bukan saya yang lambat,  bas tu yang cepat express sangat. Sekarang ni macam mana? Saya nak buat apa?  Saya nak balik macam mana ni?  Saya bayar kot tiket tu bukan saya tak bayar?  Saya tak tidur malam packing barang2 sampai satu rumah saya bawak,  sampai sini saya ditinggalkan enak dimakan sebegitu sahaja( macam iklan roti gardenia)  apalah nasib saya..Huaaaaa...." So begitulah dramanya kot.. Kalau tak waktu perayaan takpelah dia nak layan, kalau tak,  nasib awaklah beraya kat situ.. Huhu

Ish dah melalut dah ni.. Maaf ya,  hidup ni memang kadang2 macam drama sikit.. Sebab drama kat tv tu pun kadang2 diambil dari kisah hidup.. Hoho

Pasal girl tadi tu,  akak pun jawablah sekadar berbasa basi.. Tetiba akak nampak girl tadi berjalan ke depan..akak pun buat derk je sambil tu mata terpandang seseorang,  alahai....(pause) dalam hati berdoa,  semoga itu bas akulah.. Tak larat dah ni nak ke hulu ke hilir cari bas.. Haha

Sesampai je bas tu parking baik punya.. Akak lah orang first berdiri kat pintu bas,  eksaited nak balik kampunglah katakan.. Pintu bukak je,  akak terjengul kepala,  sempat lagi pakcik tu bergurau biawak tak bagi akak naik..sabar jelah.. Akak pn dah check in tiket dan duduk..duduk je, tetiba girl yang out of crowdedes tadi tu duk sebelah akak.. Eh,  adakah ini suratan atau kebetulan.. N kami pun bersembang macam dah lama kenal.. Padahal tak pernah jumpa pun sebelum ni.. Dan yang lagi ajaib.. Kami ni boleh dikatakan tinggal di kawasan rumah sewa yang sama kat shah alam..aneh.. Masa tu terdetik dalam hati,  'ya Allah, terima kasih menghadirkan dia sebagai teman perjalananku,  bolehlah dia kejutkan aku nanti,.' haha.. Cenggitu doanya..

So bila dh penat bercakap,  Mim pun telan ubat sebab tak berapa sihat n tidur.. Yg peliknya,  Mim tak mengantuk sangat malam tu.. Just biasa2 je.. Bila dia berhenti rehat kat hentian rehat dan rawat pun Mim dah tak sambung tidur balik..tapi Mim ada jugak terlelap dalam pukul 2 sampai pukul 3 pagi,  Mim dah pelik tengok kawasan sekeliling macam lain..? Masa tu terdetik dalam hati,  janganlah bas ni sampai ke stesen utama.. Kalau tak nak balik macam mana. Pagi2 buta manalah ada bas nak balik rumah..bukannya teksi takde cuma bila ko sorang2 dan kawasan rumah jauh so berhati-hati itu perlu..

Tapi doa Mim tak makbul bila mana bas tu memang akan terus ke stesen utama.. Taktaulah kat mana ketenangan tu datang, cuba tak mem'panik'kan diri.. Mim cuba kol mak Mim time tu..dalam hati cakap,  'ya Allah, taknak menyusahkan my parent,  bantu aku untuk menangkap hikmah di sebalik keinginan Mu ini..' bukan apa dari rumah ke stesen utama ambil masa dalam sejam.. Ya tak lama pun sejam tu,  tapi waktu2 pagi begini untuk mengejutkan dan menyusahkan orang itu namanya manusia yang langsung tiada keprihatinan (and unfortunately i became one that time) huhu

Dahlaa Mim tak biasa naik bas sampai ke stesen utama yang jauh dari rumah, waktu pagi pulak nak. Nasib baik my parent nak jemput kalau dak memang Mim kena tunggu pagi betul sampailah bas lompat mewujudkan batang hidungnya..itupun entah pukul berapalah bas tu ada.. So sampai je kat stesen bas utama,  Mim tak rasa takut ke apa, wah..saya dah besar.. Haha..walaupun pada ketika itu kewajaran untuk berasa takut itu perlu melihatkan orang sekeliling yang boleh dikira dengan jari dan ada manusia yang sekejap2 lalu depan kita dalam keadaan yang mencurigakan...bukan untuk berfikiran negatif tapi realiti kehidupan kini tak seperti dahulu.. Rentetan kehidupan sekarang memaksa sesetengah manusia untuk bertindak diluar batasan kewarasan akal dimana jenayah itu adalah salah satu cara merealisasikan impian hidup.. Hurm..?

Nauzubillah semoga kita semua terlindung dari perkara yang tidak diingini..oh ya hampir terlupa,  sambil  Mim menunggu parent jemput, terdetik di  hati ini,  betapa bersyukurnya kita masih punya rumah, tempat tinggal yang selesa,  punya ibu bapa yang sentiasa mendoakan kita.. Ya kenyataan ini ada di mana2, gambaran ini ada di mana2, di mana masih ada yang tidur berlantaikan simen yang sejuk,  berbumbung kan langit,  berselimutkan bintang-bintang..

Di pagi yang hening lagi dingin begitu,  kuasa minda perlu dicabar betapa hidup ini bukan tentang kita je, tapi tentang orang sekeliling kita.. 'kadangkala pertemuan dengan seseorang adalah kerana perlunya pertemuan itu (takdir Nya), samada dari pertemuan itu,  kita yang perlu kan dia(belajar something) atau dia perlukan kita(kita ubah dia)..tapi harap2 satu masa yang tepat lagi jitu itu datanglah menjelma dimana pertemuan itu adalah sesuatu yang saling memerlukan (jodoh pasti bertemu) hehehhehe 😊😊😊😊😊 penatlah dah bertemu asyik berpisah je...

By the way,  girl yang duduk sebelah Mim tu tetiba je hilang maybe dia dah turun masa Mim tidur.. Aii blah camtu je (dah ko syok sangat tidur).. Inilah yang dikatakan setiap pertemuan ada perpisahan.. So apa hikmahnya kat semua kenyataan2 yang dikemukakan sebentar tadi.. ?

Well ada bacakan tajuk kat atas tu,👆👆👆👆"hikmah itu perlu dicari gali, eh.... ?😉😉😉😉😉