Saturday, 28 July 2018

Sunnah pernikahan?

Berkahwin untuk merasa tenang,  aman dan bahagia.. Aman dari segi emosi,  aman dari segi fizikal, aman dari segala-galanya. Kalau berkahwin hanya untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu,  untuk bekeluarga,  untuk ada anak,  berkahwin bukanlah pilihan yang tepat. Ya berkahwin untuk berkongsi susah dan senang bersama,  berkahwin untuk berkongsi rasa dan perasaan. Jika berkahwin hanya menguntungkan sebelah pihak, baik tak payah berkahwin. Takut di kemudian hari,  ada  janji yang tak dituntut,  ada kata yang tertunas,  ada perasaan yang tak terbalas,  ada rasa tidak puas hati. Betul perkahwinan adalah salah satu sunnah yang sangat dituntut tetapi untuk merasa susah selepas berkahwin, hanya satu saja kata terucap,  'aku belum cukup suka kan kau untuk hidup susah dengan kau'. Ya aku materialistik! Siapa kau untuk datang dalam hidup ini dan menyusahkan aku?!

Setelah susah payah ibu bapaku menghantarku belajar setinggi boleh,  Kenapa baru sekarang kau bersungguh-sungguh mahukan aku.. Kenapa bukan dari dulu..maaf kau terlambat memikat hatiku..setelah senang dengan diriku,  baru kau ungkap ingin susah senang bersamaku.. Kau turut mengajak Aku supaya turut berlapang dada denganmu..tetapi kau silap..erti susah dan senang itu terlalu dalam bagiku.. Ya,  aku memang terbiasa hidup sederhana tidak terlalu susah, tidak terlalu senang..tetapi bukan bermaksud kau datang disaat aku punya segalanya, dan kau ingin hidup susah senang bersamaku..kau fikir kau siapa? Maaf hatiku tidak pada orang yang hanya mahu mempergunakanku.. Hidup ini bukan sekadar bermimpi indah.. Simpan sahajalah mimpi mu untuk orang yang lebih berhak.. Kerana saat ini aku yakin aku tidak mahu memperjudikan hidup aku dengan orang seperti engkau..

Ya,  cukup engkau tahu,  walaupun hidup ini aku lebihkan sendiri sehari-hari.. Tapi aku lebih bahagia begini daripada menghabiskan sisa hidup dengan kau, melahirkan anak2 untuk kau, memperhambakan diri ini untuk berumah tangga dengan kau..biarlah aku begini..aku lebih bahagia begini!

Tuesday, 17 July 2018

Doa

Satu per satu detik yang aku alami sekarang adalah doa yang dijawab tuhan.suatu masa dulu, disaat aku selalu bersimpuh di pertiga malam meminta menangis, merayu kesedihan..aku sering bertanya bilakah doa ku akan diperkenan? Aku selalu bertanya kenapa aku diuji sebegitu berat? Tanpa aku tahu, doa2 ku belum boleh dijawab ketika itu kerana latihan itu harus aku selesaikan. Benar. Dek kerana ujian itu, ini lah diriku sekarang.