Thursday, 29 August 2019

Menilai

Bila nampak manusia lain bertatu..siapa kita manusia untuk judge..yang berhak tuk judge adalah tuhan dia je..as long as dia tak memberi K E S A N buruk kepada diri kita, selagi tu kita takde hak langsung untuk menilai diri seseorang tu..

Dia juga manusia biasa mcam kita, yang tak pernah lepas dari melakukan dosa..

#salamjumaatbarakah
#subhanallah
#alhamdulillah
#Allahuakhbar

Thursday, 22 August 2019

Jangan menyerah

Pernah tak korang rasa, pada satu masa tu you are at the lowest point of your life.. You feel so hopeless and in despair..taknak buat apa2 pun, malas nak bergerak, malas nak mandi, malas nak keluar, malas nak makan, pendek cerita itu adalah momen malas sedunia..

Well, you are not alone. So beberapa detik waktu ni, aku merasakan aku orang paling malang  di dunia. So I started to compare my life with others. Aku jadi tertanya sendiri kenapa hidup aku macam ni, kenapa hidup aku teruk sangat, kenapa hidup aku tak macam orang lain, I keep question the same thing every day.. I feel so helpless..I feel so depressed..sampaikan aku rasa macam hidup aku ni tak berguna sangat.. Untuk apa aku hidup? Aku hidup sekadar untuk meneruskan kehidupan ke.

Yep. Agi hidup agi ngelaban.. Sampaikan aku rasakan aku cuma hidup hanya untuk melangsungkan hidup sehari-hari..yelah jalani lah apa adanya.. Walaupun hari2 yang dilalui sungguh membosankan.. Apalah lagi yang diharapkan..seolah2 hidup ini sudah tidak punya harapan.. Aku cuba bertanya lagi, apalah yang aku cari dalam hidup ini.. Tanpa sedar, hati kecik aku jawab, bukan ke hidup ni sebab Allah suruh kau cari keredhaan Nya.. Bukan ke kau dah janji dengan Allah, kau nak hidup kat dunia ni untuk cari bekalan untuk alam akhirat yang abadi..

Apalah lagi yang kau nak persoalkan..tetiba, aku bermonolog sendiri, aku cakap.pada diri, 'no, buat masa sekarang aku memang nak cari keredhaan Allah tapi dengan hati yang berat ni, aku tak mampu nak jalani hidup apa adanya.. Hati aku kosong sangat.. Aku tak mampu nak bersangka baik dengan takdir hidup aku sekarang, aku tak mampu nak pandang apa yang aku jalani sekarang dengan sudut pandang yang baik.. Serius, aku tak mampu..' Jujur saja aku tak mampu..

Sedang asyik aku duk scroll ig..tak tahu kenapa, aku jumpa banyak kata2 nasihat tentang apa yang aku tengah hadapi..gelisah, kusut, resah, sedih, marah, kecewa, derita semua lah..seakan2 tiada harapan..taktau kenapa seakan semuanya kebetulan..lepas tu, aku jumpa satu video ni tanya, 'apa yang kita cari dalam hidup ni? Kita cakap kita cari keberkatan dan keredhaan Allah tapi hakikatnya tak. Kalau kita betul2 cari semua tu, hati kita takkan ada satu perasaan tak tenang..kalau betul itu yang kita cari, takkan ada rasa putus asa dalam diri kita untuk mencari rahmat Allah..' Maknanya apa, kita tak bersungguh-sungguh pun nak cari redha Allah..

Kita tahu sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup ni, tenang dan bahagia..cuma kadang kala kita leka dengan tipu daya dunia..so bila terjatuh, tersungkur, kita question balik diri kita..kita tak sedar, bila berduka itu lah sebenarnya Allah suruh kita bangkit balik dan kembali ke jalan asal sebab kita dah tersasar.. Tapi kita tak sedar sangat sebab dah jauh tersasar sebab tu kita salahkan takdir.. Well itu yang aku rasakan sekarang.

Allah itu maha baik. Bila hati aku mula questionned semua tu Dia hantarkan pelbagai cara tuk sedarkan aku walaupun susah tuk aku sedar..aku mula jumpa atau terimbau balik kenangan lama yang positif, aku jumpa post2 yang menyatakan apa yang aku alami ni bukan aku sorang pun yang rasa..ramai lagi yang mengalami benda yang sama.. Cuma it just a matter of time whether I want to let the positive aura in or not..

So, bila mana hati aku tak tahan sangat dengan apa yang aku alami ni, aku just biarkan je diri aku.. And aku nangis puas2, aku mengadu kat Allah..aku takde sape nk mengadu sebab manusia takkan faham apa yang kita alami.. Magically, Allah itu maha mendengar.. Dia cuma nak dengar rintihan kita.. Serahkan kebergantungan diri kita pada Dia inshaaAllah, Dia akan ubati duka lara kita..again, it just a matter of time..nak sabar memang susah, ye susah sangat..tapi apa lagi yang boleh kita buat selain sabar, takkan nak bunuh diri..kalau terbunuh roh takkan aman jugak, kalau tak mati janganlah menyusahkan orang lain.. Sabar lah dan jangan menyerah.. Have a good day💪

Me - in the process of healing😢

Sunday, 18 August 2019

Semangat yang hilang

So hari raya haji baru-baru ni, something terrible happend..cuti 4 hari di kampung halaman terchenta seakan tak terasa cutinya akibat demam panas yang menggigil dan menyucuk tulang..tapi kuasa penyembuhan ibu itu real.. Hanya menelan sup ayam dan panadol, alhamdulillah dengan inayahNya, demam beransur kebah..yang tertinggal hanya kahak degil di kerongkongan...strsss..

So cuti itu seakan tidak bermakna akibat amarah yang degil. Semangat ini hilang. Hilang di laut china selatan barangkali. Pergaduhan yang meninggalkan kesan mendalam dalam diri. Memakan diri sendiri. Sukar tuk di ungkapkan. Tapi kesan itu masih terasa kini. Semangat yang hilang. Kesannya tiada pengharapan hidup lagi. Tahu. Masih ramai di luar sana yang merasakan perih yang lagi memeritkan.

Tetapi luka di hati ini, hanya Tuhan saja yang tahu. Semangat yang hilang. Hari-hari di lalui dengan penuh penyesalan dan kerinduan. Rindu. Rindu suatu masa dulu. Sesal kerana tidak melakukan yang terbaik. Sesal sekali. Syaitan berbisik supaya putus pengharapan terhadap hidup dan benci akan diri sendiri dan sekeliling. Marah dengan takdir tuhan. Sesal dengan hidup yang dijalani. Sesal dengan segala yang terjadi. Kesannya tak mampu nak tangkap hikmah dan bersangka baik dengan segala kejadian. Ya. Sukar sekali. Buat masa sekarang tak mampu. Semangat yang hilang😢

Astaghfirullahalazim

(...mcm mana nak bahagia? Pandang cermin, cakap pada diri sendiri)
Saya minta maaf, saya maafkan kamu
Saya sayang kamu
Saya cinta kamu
Saya harap kamu bahagia

Kerana Allah

Monday, 12 August 2019

Hati ini sudah tak di sini lagi

Sejak akhir-akhir ini, hati ini tertanya-tanya sendiri. Takdir apa yang membawa diri ini ke sini..tanpa disedari, rupanya ini la doa yang sering dipanjatkan suatu ketika dulu.. Doa meminta agar diri ini di bawa jauh dari semua kepahitan..doa agar diri ini jauh dari segala kelukaan.. Dan doa itu mungkin sudah terjawab tanpa disedari..manusia mana ada yang sempurna, selalu terlupa dan alpa.. Buat-buat tanya, takdir apa yang membawa ke sini sedangkan ini lah sesuatu yang dipohon sejak azali.. Sedih, kecewa dan tiada apa lagi di dalam hati..