Saturday, 19 June 2021

ZAKAT EMAS YANG DISIMPAN, EMAS YANG DIPAKAI DAN EMAS YANG DIGADAI

*ZAKAT EMAS YANG DISIMPAN, EMAS YANG DIPAKAI DAN EMAS YANG DIGADAI:*
(Dari FB Ustaz Fauzi Thahir -UNISHAM).


A.     ZAKAT EMAS YANG DISIMPAN:

Jika emas yang tidak dipakai mencapai berat minimum 85gm, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% apabila cukup haul (1 tahun). Pembayar zakat boleh bayar dengan duit.

Contoh:

Emas yang disimpan ada 200gm.
200gm × 2.5%=5gm
5gm× RM258 (contoh harga semasa)=RM1,290.00

Zakat yang wajib dibayar adalah RM1,290.00.

B.     ZAKAT EMAS YANG DIPAKAI:

Jika emas dipakai, tidak kena zakat jika beratnya maksimumnya 169gm (1 – 169gm), tetapi jika berat emas yang dipakai melebihi berat maksimum (169gm) dan cukup 1 tahun,, seperti beratnya mencapai 170gm (nisob zakat emas perhiasan negeri Kedah) atau lebih, maka wajib bayar zakat (berat tidak termasuk batu yang dipasang pada emas).

Contoh:

Katakan berat emas di badan 200gm
Ditolak 85gm=115gm
115gm × 2.5%= 2.875gm
2.875gm x RM258 (nilai semasa 1gm emas)= RM741.75

Zakat yang wajib dibayar adalah RM741.75

C.     ZAKAT EMAS YANG DIGADAI (AL-RAHNU):

Emas yang digadai adalah untuk mendapatkan hutang. Pajak gadai akan memberikan penggadai 70% dari nilai emas tersebut. Katakan emas yang digadai adalah 400gm. Emas  seberat 400gm bernilai RM64,000.00. Al-Rahnu akan bayar kepada penggadai 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM44,800.00 (280gm). Manakala baki 120gm (30% emas) adalah milik sempurna penggadai. Apabila cukup 1 tahun maka wajib dikeluarkan zakat.

Contoh:

Emas 400gm
70% dari 400gm=280gm
30% dari 400gm=120gm
120gm × 2.5%=3gm
3gm × RM258=RM774.00

Zakat yang wajib dibayar adalah RM774.00

____

ISU JIKA 30% EMAS DI AL-RAHNU TIDAK CUKUP 85gm:

Sekiranya emas di al-Rahnu adalah 50gm sahaja (contoh), maka 35gm (70%) tidak bebas  hutang, manakala 15gm (30%) masih lagi milik sempurna penggadai, maka 15gm itu akan dicampur dengan emas yang disimpan (lihat A). Jika emas A adalah 70gm, dicampur dengan 15gm, hasilnya adalah 85gm. Di sini zakat emas wajib dikeluarkan apabila cukup 1 tahun. Boleh juga emas C dicampur dengan emas B supaya cukup nisob. Jika nisob masih tidak cukup 85gm emas, maka tiada zakat yang perlu dikeluarkan.

Thursday, 17 June 2021

Suami meninggal, meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki.. .

SIMPAN SINI.!!!!!!
==============

.
Suami meninggal, meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki..
.
Ibu dapat 1/6.
Isteri dapat 1/8.
Anak lelaki dapat baki keseluruhan.
Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki.
.
Walaupun anak lelaki itu bawah umur.. walaupun anak lelaki itu masih kecil.. walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.. dia tetap ada hak faraid dia. Kalau tak tau pasal harta pusaka, janganlah tunjukkan sangat kejahilan tu. Isteri ada hak untuk uruskan harta pusaka kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya.
.
Selepas seseorang meninggal, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil harta dia walau sedikit? Adakah semuanya akan terus automatik kena faraid?
.
Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu :
.
1)Belanja pengebumian.
2)Selesaikan hutang2 si mati.
3)Badal haji jika belum menunaikan haji.
4)Laksanakan wasiat jika ada (wasiat kepada bukan waris).
5)Laksanakan hibah jika ada.
6)Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian oleh isteri terlebih dahulu
7)Kos pengurusan termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dalam menguruskan pusaka.
Dah tolak semua di atas bakinya barulah boleh difaraid.
.
Bahagian anak bawah umur, ibunya boleh jadi pentadbir dan pemegang amanah. Tugas pentadbir termasuklah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk urusan belanja harian, makan minum, urusan persekolahan dan sebagainya. Tak semestinya kena tunggu 18 tahun baru boleh digunakan harta2 tu. Umur 18 tahun tu untuk proses tukarnama dari nama pentadbir kepada nama anak tu. Tapi tak bermakna pentadbir tak boleh gunakan harta tu untuk urusan pembesaran dan perbelanjaan anak tersebut.
.
Sesungguhnya..
Perebutan harta pusaka itu benar.
Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.
Persengketaan dan salah faham tentang harta pusaka itu benar.
Kejahilan tentang faraid dan harta pusaka itu benar.
Campurtangan dari waris2 yang tidak berkenaan itu juga benar.
.
Kita tidak akan faham jika kita sendiri tidak melaluinya. Maka jangan tunggu nak terhantuk baru nak tergadah. Belajarlah dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.
.
“Sesungguhnya orang2 yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (Surah An-Nisa : ayat 10)

#taktahubertanyaambililmu
#janganmemandaimandai

Wednesday, 16 June 2021

"Zaman Nabi guna dinar. Tapi bagaimana boleh timbul nisab zakat emas sebanyak 85 gram?"

"Zaman Nabi guna dinar. Tapi bagaimana boleh timbul nisab zakat emas sebanyak 85 gram?"

1️⃣ Zakat adalah fardu ain dan rukun Islam ke-3, manakala syarat diwajibkan zakat emas ialah cukup nisab 85 gram.

2️⃣ Zaman Nabi SAW, ukuran berat bagi wang emas adalah dinar. Ukuran bagi perak adalah dirham. Satu dinar beratnya sama dengan satu mithqal.

Nabi SAW mewajibkan zakat emas setelah cukup 20 dinar sptmana dalam hadis berikut:

عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِذَا كَانَتْ لَكَ مِائَتَا دِرْهَمٍ وَحَالَ عَلَيْهَا الْحَوْلُ فَفِيهَا خَمْسَةُ دَرَاهِمَ وَلَيْسَ عَلَيْكَ شَيْءٌ يَعْنِي فِي الذَّهَبِ حَتَّى يَكُونَ لَكَ عِشْرُونَ دِينَارًا فَإِذَا كَانَ لَكَ عِشْرُونَ دِينَارًا وَحَالَ عَلَيْهَا الْحَوْلُ فَفِيهَا نِصْفُ دِينَارٍ فَمَا زَادَ فَبِحِسَابِ ذَلِكَ...

Daripada  Ali RA dari Nabi ﷺ  berkata; "kemudian apabila engkau memiliki 200 dirham dan telah mencapai haul (setahun) maka padanya terdapat zakat lima dirham. Dan engkau tidak berkewajiban apapun pada emas sehingga engkau memiliki 20 dinar. Maka apabila engkau memiliki wang 20 dinar dan telah mencapai haul maka padanya zakat ½ dinar." [Sunan Abu Daud]

3️⃣ Ulama berbeza pendapat tentang kadar sebenar nisab emas. Namun, majoriti ulama termasuk 4 mazhab utama menerima zakat emas yang diwajibkan adalah setelah cukup 20 dinar.

4️⃣ Oleh kerana dinar itu ukuran lama mengikut timbangan zaman Nabi, maka para ulama sedikit berbeza pendapat tentang zakat emas dalam ukuran gram spt goldbar.

Profesor Dr. Al-Sabhany menyimpulkan ada 4 pendapat utama tentang kadar nisab emas dalam gram;
a) 1 mithqal = 4.5 gram (berasaskan dinar yang ditempa zaman Khalifah Abdul Malik)
b) 1 mithqal = 4.25 gram (berasaskan cetakan dinar yang ditemui selepas itu)
c) 1 mithqal = 4.265 gram.
d) 1 mithqal = 4.45 gram.

5️⃣ Profesor Dr. Al-Sabhany sependapat dengan Yusuf al-Qaradawi iaitu nilai 1 dinar yang terbaik untuk tujuan zakat adalah 4.25 gram. Hampir semua fatwa rasmi negara Islam memilih pendapat ini iaitu 20 dinar = 85 gram.

6️⃣ Namun ada juga pendapat lain seperti Sheikh Abd Aziz Bin Baz, yang mengatakan nisab zakat emas ialah 92 gram. Menurut beliau ini adalah berasaskan maklumat pakar dalam bidang timbangan emas. Nisab ini lebih sesuai untuk emas 916/22 karat.

7️⃣ Kesimpulannya, kadar 85 gram ada hasil kadar ijtihad para fuqaha. Pemilihan ini adalah atas dasar ihtiyat (berhati-hati) untuk melepaskan tanggungan kewajipan (bara'ah dhimmah) rukun Islam.

Sumber : muamalat.my

Sunday, 13 June 2021

APA YANG ISTERI PERLU TAHU BERKAITAN HARTA PUSAKA SUAMI?

*APA YANG ISTERI PERLU TAHU BERKAITAN HARTA PUSAKA SUAMI?*

1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.

2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.

3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.

4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.

5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur lapan tahun dan anak lelaki berumur dua hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur dua hari.

6. Jika suami meninggal dunia dan dua hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.

7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.

8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.

9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.

10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.

11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.

12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.

13. *Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, ibu bapa, anak perempuan dan adik beradik. Suami hanya meletakan nama Isteri seorang sahaja sebagai penama Hibah Takaful, maka waris-waris lain tiada hak untuk menuntut.*

*inspirasiEmas*

*#inspirasiEmas*
KISAH PELARIAN VIETNAM (1995-1975)

PEPERANGAN DI VIETNAM

Salah satu contoh terbaik bagaimana emas boleh membantu seseorang memulakan kehidupan boleh dilihat ketika berlaku peperangan di Vietnam.
.

Ketika perang Vietnam sekitar
1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka.

.

Mereka menjual seluruh harta benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.

Kesemua ini ditukarkan ke dalam bentuk emas sebelum melarikan diri. Mereka sedar bahawa emas diterima di seluruh dunia. Dengan menyimpan emas, pelarian

Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka.

.

Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak laku.

Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas. Ia bernilai di mana sahaja. Ia boleh dicairkan dengan mudah.

Hingga kini tabiat MENYIMPAN emas adalah turun temurun diwarisi oleh orang vietnam.

#inspirasiEmas

Saturday, 12 June 2021

ANDA KELIRU????

ANDA KELIRU????

Apa beza di antara Perancangan Harta, Pentadbiran Harta Pusaka, Pengurusan Harta Pusaka dan Pembahagian Harta Pusaka?

Nampak sama sahaja tapi sebenarnya tak serupa. terdapat beberapa proses yang melibatkan Harta yang merangkumi harta alih & tidak alih. Jangan keliru, fahami dahulu konsep berkaitan harta.

1) Perancangan Harta : ( semasa hidup )
-hibah
-wasiat
-waqaf
-amanah

2) Pentadbiran Harta Pusaka : ( Agensi mengurus )
-Amanah Raya
-Unit Pusaka Kecil
-Mahkamah Tinggi

3) Pengurusan Harta Pusaka : ( selepas kematian )
-Belanja pengebumian
-Langsaikan hutang dan liabiliti
-badal haji
-fidyah
-sedekah
-wakaf
-tunaikan wasiat kepada bukan waris
-harta sepencarian

4) Pembahagian Harta Pusaka : ( selepas kematian )
-Faraid
-persetujuan bersama ( muafakat )

Siapa kata dah ada Faraid tak perlu susah-susah nak merancang harta?

Cuba tengok kat mana peringkat faraid. Peringkat yang terakhir sekali dalam bab pembahagian. Sesuatu harta pusaka tak akan dapat difaraidkan selagi tak selesai urusan pentadbiran dan pengurusannya. Urusan pentadbiran dan pengurusan harta pusaka akan memakan masa yang lama dan panjang sekiranya tidak ada perancangan harta.

Jika dengan faraid sahaja boleh selesai masalah, kenapa harta pusaka umat Islam yang beku semakin meningkat saban tahun dan hampir mencecah ke rm70 billion?

Dah nampak di mana kepentingan merancang harta??

Perancangan harta bukan mengelak faraid tetapi melengkapkan faraid itu sendiri dan hibah juga salah satu sistem pelengkap perwarisan harta until mengelakkan berlakunya persengkitaan berkaitan harta pusaka selepas kematian.

*KISAH BENAR KWSP🌿*

Sekadar perkongsian ..

*KISAH BENAR KWSP🌿*

Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.

Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.

1) Ayah si mati - 1/6
2) Ibu si mati - 1/6
3) Isteri - 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.

Contoh :

Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.

1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056

Jadi apa guna ada penama?

Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.

Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.

_#mana yg tahu, jgn ingat semua org tahu
# perkongsian membawa berkat