Wednesday, 29 July 2020

Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High

Harga emas mencapai harga US$1,974.40 pada hari Selasa (28 Julai 2020) iaitu paras All-Time High seperti yang dapat dilihat dalam dagangan komoditi berharga itu di Intercontinental Exchange (ICE).

Sebenarnya emas berada dalam tren menaik sejak penguhujung tahu 2019 lagi di mana komoditi berharga ini merekodkan kenaikan enam daripada tujuh bulan pada tahun 2020.

Emas juga membuat kenaikan lima bulan berturut-turut jika dilihat dalam dagangan di ICE. Hanya pada bulan Februari sahaja komoditi ini mengalami kerugian selepas membuat kenaikan dua bulan berturut-turut pada Disember 2019 dan Januari 2020.

Emas sering menghiasi tajuk utama berita apabila berlakunya risiko dalam pasaran yang menunjukkan peralihan pelabur kepada aset selamat. Safe-haven di sini bermaksud pelaburan yang dapat mengekalkan atau meningkatkan nilai dana pelaburan semasa pasaran dalam keadaan berisiko.

Pergerakan harga emas di ICE. Sumber: Investing.com

Bulan ini sahaja nilai emas meningkat sehingga 8% dan kenaikan lima bulan berturut-turut pada bulan Julai adalah yang pertama sejak 10 tahun yang lepas.

Penganalisis di CNBC, Jim Cramer berkata emas bukan sahaja disokong oleh ketidakpastian ekonomi global, malah kelemahan nilai US Dollar itu sendiri.

Bertrillion US Dollar yang digunakan dalam perbelanjaan kecemasan oleh kerajaan AS dan program pencetakan wang yang dilakukan oleh The Federal Reserve menyumbang kepada kelemahan US Dollar.

Dengan sifat emas sebagai penyimpan nilai (value-retainer) dan juga sebagai satu aset safe-haven, emas mendapat permintaan tinggi daripada pelabur sejak akhir-akhir ini disebabkan banyak ketidaktentuan di dalam pasaran global.

Daripada krisis penularan Covid-19 hinggalah ketegangan antara Amerika Syarikat dan China kepada ketidaktentuan dalam pakej rangsangan ekonomi AS, semua ini adalah pemangkin kepada kenaikan harga emas sejak hujung tahun lepas.

Kebiasaannya kedua-dua instrumen emas dan US Dolar ini bergerak songsang, tetapi anda boleh lihat pergerakan yang sejajar antara bulan Mac hingga Mei dan menjadi songsang semula pada Jun hingga ke hari ini.

Emas VS. Indeks US Dollar. Sumber: CNBC

Tiga Sebab Utama Kenaikan Harga Emas

Pertama, penularan wabak Covid-19 tidak dinafikan adalah risiko terbesar kepada ekonomi dunia. Bermulanya penularan wabak ini pada penghujung 2019 telah banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi global.

Aktiviti ekonomi terpaksa dihentikan, pergerakan penduduk dihadkan sehinggalah arahan perintah berkurung di sesetengah negara yang teruk terjejas oleh koronavirus. Jadi, ini sebab kepada penurunan pasaran saham pada sekitar suku pertama tahun 2020 yang menyebabkan pelabur beralih kepada emas.

Belum lagi vaksin kepada wabak Covid-19 ini dapat dihasilkan, muncul lagi satu risiko baru kepada ekonomi dunia iaitu ketegangan antara Amerika Syarikat dan China.

Sebenarnya semua ini telah bermula sejak Presiden Trump memenangi pilihanraya Presiden AS pada November 2016. Malah pasaran telah mula bergolak sejak kempen pilihanraya itu lagi apabila Trump menunjukkan bahawa dirinya tidak mesra China dan menuduh China pada masa itu banyak mengambil kesempatan terhadap Amerika Syarikat. Dan Trump berjaya mendapat sokongan rakyat hasil daripada tuduhan-tuduhan tersebut.

Nampaknya, isu ketegangan AS-China masih berterusan selepas hampir empat tahun dan tiada tanda-tanda ianya akan berakhir dalam masa terdekat. Kita dijangka akan terus melihat serangan-serangan oleh kerajaan AS terhadap China menjelang pilihanraya Presiden AS pada November ini. Serangan terhadap China adalah antara senjata ampuh Presiden Trump untuk memenangi Pilihanraya Presiden kali ini sama seperti empat tahun lalu.

Ketiga adalah isu ketidakpastian dalam pakej rangsangan ekonomi AS. Ahli-ahli yang berhormat dalam Dewan Senat AS tidak mendapat kata putus sejak beberapa minggu lalu dalam aspek pakej rangsangan fasa empat walaupun rangsangan semasa akan tamat pada hujung bulan ini.

Kemaskini terbaru dari Speaker Dewan Nancy Pelosi (Demokrat) dan Pegawai White House menunjukkan perbezaan pendapat antara Parti Republikan pimpinan Trump dan Parti Demokrat dari pihak pembangkang.

Para penganalisa global percaya emas mampu mencecah harga US$2,000 dan mampu mencapai US$2,300 jika banyak lagi ketidakpastian di dalam ekonomi. Tetapi dalam satu keadaan yang lain, ada kemungkinan juga emas membuat retracement hingga US$1,525 atau US$1,450.

Sumber Rujukan:


7 Jenis Emas Yang Ada Di Malaysia

Jenis emas selalunya ditentukan mengikut nilai gred dan nilai kualiti sesuatu emas tersebut. Emas mempunyai nilai harga yang berbeza dan boleh anda nilaikan berdasarkan jenis emas tersebut.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis emas yang tinggi ketulenannya, biasa-biasa dan juga sedikit ketulenannya. Jom lihat jenis-jenis emas di Malaysia.

1. Emas 999

Jenis emas 999 adalah emas asli yang mempunyai ketulenan 99.9%. Ia juga turut dipanggil emas 24K. 

Untuk pengetahuan anda, jenis emas yang paling mahal ini sesuai digunakan untuk pelaburan dan juga simpanan.

2. Emas 950

Emas 950 ini adalah jenis emas yang seringkali digunakan dalam pembuatan cincin dan gelang tangan. Jenis emas yang dikenali sebagai 23K ini mempunyai kandungan emas sebanyak 95% dan 5% pula adalah campuran bahan lain.

3. Emas 916

Emas 22K juga adalah nama lain bagi emas 916 ini. Emas ini paling banyak digunakan dalam penghasilan gelang tangan, rantai, cincin dan barang perhiasan wanita.

Ia terdiri daripada 91.6% emas, 5% perak, tembaga 3.4% dan bahan lain sebanyak 8.4%.

4. Emas 835

Orang Kelantan pasti amat mengenali emas ini kerana ia amat popular di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Emas yang turut digelar emas 20K ini mempunyai 83.5% kandungan emas manakala 16.5% adalah kandungan campuran bahan yang menguatkan emas tersebut.

5. Emas 18K

Emas 18K juga terdapat di Malaysia dimana ia mengandungi beberapa bahagian. Bahagian emas adalah sebanyak 18, 6 pula adalah bahagian satu atau lebih logam dengan 75% adalah emas.

6. Emas 14K

Emas 14K terdiri daripada kandungan emas sebanyak 58.3%, 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih logam. Kita boleh membuat semakan di mana-mana kedai emas untuk memastikan ketulenan emas tersebut.

7. Emas 12K

Mengandungi 12 bahagian emas, Emas 12K juga mempunyai 12 bahagian daripada satu atau tambahan logam. Ketulenan emas bagi emas 12K adalah sebanyak 50% emas.

Oleh itu, kita perlu tahu emas mana yang sesuai untuk dipakai, disimpan dan dilabur.

Sumber: Majalah Labur

Monday, 27 July 2020

Mengapa perlu melabur emas?

Mengapa perlu melabur dalam emas?

*1) Emas adalah sesuai untuk kepelbagaian.*
Emas punyai sejarah perkembangan berbeza berbanding instrumen kewangan lain, dan biasanya tidak memberi tindak balas sama terhadap keadaan pasaran yang menjejaskan saham, bon dan harta. Oleh itu, mempunyai pelaburan yang kecil dalam emas boleh meningkatkan kepelbagaian keseluruhan portfolio anda.

*2) Emas mempunyai kecairan yang baik.*
Tidak seperti pelaburan lain, emas diniagakan secara berterusan di seluruh dunia. Ini bermakna anda boleh beli atau jual pelaburan emas bila-bila masa. Ini amat berguna jika anda dapati diri anda dalam kedudukan di mana anda perlukan wang tunai. Bezakan ini dengan melabur dalam hartanah – yang mengambil beberapa bulan untuk dijual.

*3)Emas sebagai perlindung nilai terhadap inflasi.*
Emas bukan sekadar satu pelaburan. Pelabur kadang kala merujuk kepada emas sebagai sejenis mata wang. Walau bagaimanapun, tak seperti mata wang yang kerajaan boleh cetak banyak, nilai emas tak dipengaruhi oleh sebarang undang-undang kerajaan sesebuah negara.

*4) Emas melindungi terhadap ketidaktentuan.*
Melihat prestasi masa lalu, emas adalah salah satu kelas aset yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada masa yang tak menentu. Sebagai contoh, semasa krisis kewangan 2008-2009, harga emas melonjak apabila pasaran saham terhempas, pelabur panik dan mula menjual stok mereka dan membeli emas.

Sunday, 26 July 2020

BUYA HAMKA - TENTANG REZEKI

:: *BUYA HAMKA - TENTANG REZEKI* - ::

Memahami konsep rezeki sangat penting dalam menentukan sejauhmana rasa syukur seseorang itu. Tidak sedikit manusia hanyut dibawa perasaan tidak puas hati dengan apa yang mereka miliki.

Mereka menyangka yang didapat itulah rezeki mereka, padahal yang tidak didapat itu juga satu rezeki.

Kata Buya Hamka :

“ Rezeki bukan bermakna kamu dapat apa yang kamu nak, tapi bila sahaja kamu terima apa yang Tuhan beri. Kamu belajar tentang sirah Maryam a.s, tahu Maryam itu tidak berkahwin tetapi dapat anak. Itu rezeki dia. Kamu belajar tentang sirah Aisyah r.a, tahu Aisyah itu berkahwin tetapi tak dapat anak. Itu rezeki dia. “

“ Orang ada suami, isteri, anak bermakna ada tanggungjawab. Mudah dapat pahala. Itu rezeki dia. Tapi mudah dapat dosa. Yang tidak berjodoh, tidak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab risiko nak menjawab depan Allah kelak. “

“ Ada tak semestinya untung, tidak ada tak semestinya rugi “

Sumber: FB Fedtri Yahya

Saturday, 25 July 2020

Harga emas murah baru beli

Ada yang kata percayalah..nanti harga emas akan turun bila ekonomi dunia dah stabil... actually beli emas masa ade duit..xkira la emas turun ke naik..ade duit jalan..harga emas turun pun tapi hang xdak duit tiada gunanya..turun naik itu biasa... tapi setakat ni xde maknanya emas nak turun sampai zaman 1990 an dl...
Rm20/g pun cakap mahal...rm200 pun kata mahal ..so bilanya emas nak murah🤭🤭

Friday, 24 July 2020

Julia 2020: Harga emas naik mendadak

Antara faktor yang boleh meningkatkan harga emas dalam jangka masa panjang ialah persengketaan diantara US dan China.

Perkembangan terbaru hari ini 22/7/2020, US mengarahkan China untuk menutup pejabat konsulat China di Houston.

US mendakwa arahan untuk menutup konsulat jeneral China di Houston dibuat untuk melindungi harta intelek Amerika dan maklumat peribadi warganya.

China telah berikrar untuk bertindakbalas.

Mula mula mereka bergaduh pasal trade war
kemudian mereka bergaduh pasal Coronavirus.

Gais, ini adalah berita besar.
Ini kerana US adalah kuasa ekonomi dunia nombor 1 dan China adalah ekonomi dunia nombor 2.

Pertelingkahan politik antara kedua kuasa besar ini mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik dunia.

Saya percaya selagi kedua kuasa besar ini berkonflik maka potensi emas untuk menaik sangatlah tinggi.

Kenapa? Sebab China adalah pemegang hutang US yang kedua terbesar selepas Jepun (dahulu China merupakan pemegang hutang terbesar US)

Apabila US dan China bersengketa, maka dalam jangka masa panjang China akan mengelak daripada memegang hutang US. Mereka akan membeli aset lain seperti emas atau hutang negara lain. Jadi ini boleh menaikkan harga emas dalam jangka masa panjang.

Gais, lagi satu point saya nak cerita. Lebih kurang 3 bulan lagi US akan mengadakan pilihanraya presiden (3/11/2020). Berkemungkinan besar tindakan ini ada kaitan dengan pilihanraya presiden.

Dalam 3 bulan ini, saya jangkakan banyak perkara-perkara mengejutkan boleh berlaku.

Biasanya perkara-perkara mengejutkan akan melonjakkan harga emas.

Invest emas untuk jangka masa panjang ok!

Friday, 17 July 2020

Apa yg tercermin di hati itu terzahir di bibir

Pernah dengar tak orang cakap “eh aku mulut je Lazer and jahat, tapi hati baik tau!”

Saidina Mu'az bin Jabal bertanya kepada Rasullulah "Wahai Rasulullah, pesankanlah sesuatu kepadaku. Maka Rasulullah SAW lalu mengeluarkan lidahnya yang mulia dan bersabda: "Kamu hendaklah menahan ini.. Kamu hendaklah mengawal lidahmu yang seperti lidahku ini daripada berkata sesuatu yang dilarang oleh syarak atau yang menyakiti”

Rasulullah SAW juga pernah berpesan “yang membawa manusia ke dalam syurga adalah sifat taqwa dan kebaikan”. Lalu ditanya lagi oleh sahabat akan perkara yang membawa kepada neraka, lalu baginda bersabda “ lidah seseorang yang buruk akan membawa manusia ke dalam neraka”

Sy selalu ingtkan diri yang sebenarnya tajamnya kata-kata manusia ini lebih tajam dari sebilah pedang. Jika pedang mampu melukakan tubuh, kata-kata mampu melukakan hati. Lidah adalah utusan hati yang menunjukkan akal seseorang. Dan akal pula mampu membina kualiti diri.

Jom letak filter dalam mulut untuk jaga akal kita! ☺️🌹

Dr Azuraida Shahadan
Astro Prima

No money no talk

Pegang Duit tak selamat
Pegang Emas selamat

Duit akan habis dibelanja
Emas tak boleh dibelanja

Kawan datang pinjam bila dia tahu kita berDuit
Kawan tak datang pinjam bila kita kata kita hanya ada Emas

Duit semakin susut nilai
Emas semakin naik harga

Tak semua negara terima Duit kita
Semua negara terima Emas kita

Duit kertas bila dibakar jadi Abu
Emas bila dibakar masih Emas

Duit kertas kalau koyak tak laku
Emas kalau patah masih berharga

Simpan Duit sikit-sikit, lama-lama masih sikit
Simpan Emas sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Duit kertas akan hancur suatu hari nanti
Emas akan digunakan sebagai wang bila tiba waktunya nanti

Ada Duit belum tentu ada Emas
Ada Emas sudah tentu ada Duit

Thursday, 9 July 2020

APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI?

Renungan Pagi

*APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI?*

Orang yang mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya

Beberapa waktu kemudian

Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari “mimpi” buruknya.

Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.

Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain putih sambil bertanya dan terpegun,

“Dimana bajuku? Dimana seluarku?” Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah “Dimanakah aku?” “Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?” Kemudian dia mulai menyadari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.

Berteriak lah dia sekuat-kuatnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap boleh menyelamatkannya:

“Makkkkkk….!!!!
“Ayaaaaaah…!!!!”
“Abangggggg!!!"
"Atokkkkk!! "
“Neneeeek!!”
“Kakaaaaak!!!”
“Sahabaaaaat!!!”

Tidak ada seorang pun yang menjawab nya. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.

Menangis lah dia sambil meminta ampun,

“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampuni aku ya Allaaaaaaah….!!!”

Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.

Jika dia orang baik (soleh/solehah), maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan menemaninya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan layanan yang terbaik.

Jika dia orang buruk (tidak beriman/kafir), maka datang dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai dengan keburukannya.

Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur

Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.

Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah dua malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan soal jawab.

Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimana pun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk menyoalnya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”

Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.

Jangan risau setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesusahan.”

Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)

Allahu Akbar, terasa mengigil selepas membaca hadits ini. Mengigil teramat sangat, yang penuh pengharapan sekaligus kerisauan. Mengigil kerana tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus mengigil ketakutan, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.

Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapakku, dosa keluargaku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa seluruh kaum muslimin muslimat, Ya Allah, jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak sesuai berada di SurgaMu YaAllah... Aamiinnnnn.

Kredit Firdaus Danial

Kenapa ramai rakyat Malaysia tak mampu nak bersara?

09 July 2020

Purata jangka hayat rakyat Malaysia untuk lelaki adalah 72.5 tahun dan bagi perempuan 77.4 tahun.

Pada tahun 2017, KWSP (EPF) telah meningkatkan Target Simpanan Minima (Minimum Savings Target) pada umur 55 tahun dari RM197,000 ke RM228,000.

Hanya 18% ahli KWSP yang mempunyai simpanan sebanyak itu.

Lebih 68% ahli berusia 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000!!

Cuba fikir, hanya tinggal 1 tahun je lg untuk bersara, 2/3 daripada ahli KWSP, simpanan mereka kurang drpd RM50k!

RM50k ini secara purata akan hilang kurang daripada masa 5 tahun.

Ahli KWSP yg ke-5 tercorot pula purata simpanannya hanya RM6,909

70% rakyat Malaysia sangat bergantung kepada simpanan persaraan mereka.

Terdapat yg masih bekerja walaupun telah bersara. Ada yang bekerja sebagai pemandu teksi, grab, mycar..

*Salah ke fenomena ini?*

Ini tidak salah. Kerana sudah terbiasa bekerja..Tidak betah tinggal di rumah..ini antara alasan yg sering didengar..

Kebiasannya, simpanan rakyat Malaysia sebenarnya cukup untuk kehidupan yg selesa selepas bersara.

Kalau anda dalam golongan di atas, apa yg anda akan buat? Masih bekerja walaupun telah bersara? Atau berehat dan beribadat, menonton wayang, melancong mengelilingi dunia?

Dividen KWSP telah menunjukkan penurunan sejak 5 tahun yg lalu. Dan statistik menunjukkan bahawa kebergantungan sepenuhnya kepada KWSP untuk persaraan anda adalah sangat tidak relevan untuk masa kini.

Sebabnya anda tidak akan punya masa yang cukup untuk berehat dan menikmati persaraan anda dengan tenang kerana masih terpaksa bekerja.

Ini realiti masa kini. 'kalau saya tak bawa teksi, mycar, grab, uber, siapa nak bawa penumpang ke destinasi yang dituju?', 'kalau saya tak kerja sebagai pengawal keselamatan, mana ada anak muda yang sanggup bekerja seperti ini!'

Betul. Bukan semua rakyat Malaysia yang bersara menjadi pemandu, pengawal.. Dan tidak ada dosa pun, asalkan kerja nya halalan toyyiban..

Gaji yang kecil, hutang perumahan, kadar inflasi, ketidakpastian ekonomi and list goes on...

*Why it is important to start planning early?*

*what then needs to be done?*

1) *Jangan* pandang rendah keperluan persaraan anda
Bila rancang bajet persaraan, 'tanya diri sendiri, berapa banyak yg diperlukan setiap bulan?, nak kekalkan kualiti hidup yg sama, nak naikkan taraf hidup, atau nk hidup seadanya?'

2) *Simpan* seawal yg mungkin
Jangan tangguh, biar berdikit lama2 jadi bukit..
*"Your future is created by what you do today, not tomorrow"*. Jadi *start now*

3) *Diversify* ur investments
Target simpanan minima KWSP pada usia 55 tahun (RM228,000), kita hanya akan mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM950 over the next 20 years.

Inilah pentingnya untuk memulakan pelaburan anda dan bukan hanya bergantung pada dana KWSP anda sahaja!

Ingat! Rancanglah untuk melalui kehidupan selepas bersara tanpa perlu risau akan kehabisan duit atau menghabiskan simpanan persaraan anda.

For those who have been thinking about starting but havent got off the ground yet, this is the best time to start.

And for those who are already on board, it's a great time to add on.

Tuesday, 7 July 2020

Simpanan dan Takaful

08 July 2020

Kos pendidikan semakin meningkat..org cina, once anak dorang lahir, dorang akan ambil pelan pendidikan tuk anak2 dorang..orang Melayu, lebih suka cara lama, menabung di ASB, TH, dan sekarang ada SSPN-i, tp tak ramai yg terbuka untuk menyimpan dengan takaful, sebab sesetengah org fikir, insurans ni menipu..

tak ramai yang tahu, menabung dengan takaful adalah simpanan selamat dengan dividend dan perlindungan..macam mana nak tahu, kalau takde org bgtau, atau kita sendiri taknak ambil tahu..macam mana org cina tak heran nak hantar anak dorg ke private uni mahupun oversea, org Melayu lebih suka harapkan gomen dan belajarlah di mana pun sama saja..betul dah tu, tp sebagaimana anda fikir simpanan tetap adalah selamat, bukankah lebih baik simpanan tetap dan lebih menjana pulangan itu lebih baik..

Bagaimana pelan pendidikan di takaful ni? Betul ke pelan ni lagi baik dari simpanan Tabung Haji, ASB, SSPN? Kalau ada yg bijak sikit, lebih suka simpan dalam UT.. Tp kenapa org kita susah nak terima pelan pendidikan dalam Takaful? Sebab takde org bagitau? Sebab kita sendiri yang tolak mentah2? Entahlaa, otak ni cannot brain lah dengan insurans ke takaful ni..apa beza pulak insurans dengan takaful? Wait. Nanti kita rungkaikan ye..

Bagaimana pelan pendidikan bertindak? Sebenarnya, takaful ini ada pelbagai pelan perlindungan mengikut keperluan anda. Tapi hari ni, sy nak cerita pasal pelan pendidikan disebabkan kos pendidikan semakin hari semakin meningkat. Pelan pendidikan ni sebenarnya lebih kepada simpanan tetap serendah RM100 je sebulan (mengikut syarikat takaful), dengan manfaat perlindungan seperti kemalangan, bil rawatan hospital, penyakit kritikal dan manfaat kecemerlangan akademik..

Konsep insurans dan takaful sebenarnya lebih kurang sama tapi tak sama langsung..Insurans adalah conventional protection manakala Takaful adalah Islamic protection yg menggantikan insurans konvensional yg ada unsur riba (interest), gharar(uncertainty), maysir(gamble)..jadi sebagai Muslim, sekiranya diberi pilihan, pilihlaa takaful..walaupun masih ada yang kurang yakin (atau memang benci teruk) dengan takaful, again, this is not for your reading, this is only for those yg nak tahu..

TAKAFUL ni macam kutu ke? Wait, takaful bukan sekadar nk kutip bayaran bulanan anda tapi lebih kepada membantu mengumpul duit dari semua peserta (pemain kutu), dan mengagihkan kepada yang memerlukan terlebih dahulu.. Dalam bahasa mudah, takaful sebenarnya membantu anda bersedekah secara senyap di mana ada sebahagian sumbangan anda di dermakan dan di laburkan ke institusi yg patuh syariah..

Ada yang tertanya2, kalau sy tak pernah claim, burn lah kan duit sy tu? Ini yg silap. Silap anda atau silap agent yang tak terangkan secara terperinci mengenai sijil anda. Anda perlu tahu, apa tujuan anda ambil takaful (perlindungan @ pelan), dengan siapa anda berurusan (syarikat takaful)..bila tahu dan faham dua ini, mesti rasa risau duit burn macam tu je berkurangan..

Friday, 3 July 2020

*Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh*

Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelia pasaran saham. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian.

Apabila saham disenaraikan di pasaran Bursa, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.

*Kriteria Saham*

Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut:

1) Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.

2) Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.

3) Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.

*Dalil Zakat Saham*

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipananskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya…” (Sahih Muslim)

Zakat *tidak perlu dibayar* atas saham dan dividen saham *sekiranya sesebuah syarikat tersebut telah pun mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya.* Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat perniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian. 

*Pengiraan Zakat Saham*

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki *melebihi setahun* dan saham-saham yang dijual beli untuk tempoh *kurang daripada setahun.*

Saham yang disimpan selepas setahun akan dikira mengikut harga *terendah* saham dalam tempoh setahun didarabkan dengan jumlah unit saham yang dimiliki, sebagai contoh:

= Nilai Saham (dalam harga terendah) x 2.5%

*Pengiraan Zakat Saham*

= RM55,000 x 2.5%
= *RM1,375*

Bagi saham-saham yang dijual beli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya.

*Pengiraan Zakat Saham*

= Jumlah Keuntungan x 2.5%
= RM20,000 x 2.5%
= *RM500*

*Boleh ke zakat dikenakan ke atas saham yang tidak patuh syariah?*

Boleh. Tetapi tertakluk kepada wang modal asal sahaja.

Contoh; Ali melaburkan RM100,000 dengan membeli saham syarikat Arak Itu Haram Bhd. Ketika cukup Haul, modal asal Ali telah meningkat menjadi RM120,000 dengan pertambahan sebanyak RM20,000. Disebabkan saham tersebut tidak patuh syariah, maka zakat hanya diwajibkan ke atas RM100,000 sahaja. Nilai untung RM20,000 yang diterima tidak diwajibkan zakat. Ia sepatutnya diberikan kepada Baitulmal. Ali juga dinasihatkan supaya berhenti membeli saham-saham tidak patuh syariah.

*Belajar Kira Zakat Saham Sendiri & Bayar Online*

Walaupun kita hanya baru untung sedikit, perlu sekiranya kita belajar untuk mengira zakat saham hari ini. Boleh guna Kalkulator Zakat Saham yang dibangunkan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.

Kerana setiap daripada rezeki dan keuntungan yang kita perolehi, ada bahagian orang lain di dalamnya. Maka rajin-rajinlah bayar zakat agar hidup kita bertambah berkat.

#kredit to majalah labur

Pelaburan saham tidak dikenakan cukai?

Kebiasaannya, kita akan kaitkan pelaburan saham dengan golongan kaya-raya. Dan sekiranya mereka untung dalam pelaburan saham, adakah adil mereka ini tidak dikenakan cukai? Seolah-olah kita membenarkan golongan yang kaya menjadi bertambah kaya?

Soalan: Adakah Pendapatan Yang Diperoleh Daripada Pelaburan Dikenakan Cukai? Kenapa? Boleh Jelaskan?

Perkataan “pelaburan” dan “jual beli” itu merupakan dua kaedah untuk menjana keuntungan.

Malaysia tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan modal (Capital Gains Tax) kecuali cukai atas keuntungan pelupusan harta tanah dan pelupusan saham dalam Syarikat Harta Tanah di bawah CKHT seperti dinyatakan di atas.

Oleh itu, sama ada satu pelaburan itu dikenakan cukai pendapatan atau tidak, adalah satu penentuan fakta.

1) Sekiranya pelabur hanya membuat pelaburan secara pasif contohnya membeli saham dan memegang saham tersebut semata-mata bagi mendapatkan pulangan dividen, maka dalam keadaan ini keuntungan hasil daripada jualan saham tidak dikenakan cukai pendapatan.

2) Sebaliknya, sekiranya, pelabur menjalankan aktiviti jual beli saham secara aktif dan terancang maka dalam keadaan sebegini pelabur dianggap menjalankan perniagaan jual beli saham (trading of shares) dan keuntungan atas jualan saham ini adalah dikenakan cukai pendapatan sebagai keuntungan dari perniagaan.

3) Dengan lain perkataan, sekiranya pelaburan tersebut menjana keuntungan yang berulang-ulang disebabkan wujudnya ciri-ciri perdagangan (badges of trade) maka keuntungan hasil daripada aktiviti jual beli saham adalah tertakluk kepada cukai pendapatan.

Kesimpulannya, sekiranya suatu pelaburan yang dibuat itu merupakan aktiviti perdagangan atau komersil yang menjana keuntungan seperti pelaburan dalam saham, pelaburan daripada penjualan harta tanah, pelaburan emas dan sebagainya maka keuntungan daripada jual beli pelaburan ini adalah merupakan pendapatan perniagaan yang dikenakan cukai pendapatan.

Sekiranya, semasa aktiviti jual beli pelaburan ini mengalami kerugian, maka pelabur hanya perlu melaporkan kerugian dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi suatu tahun taksiran itu dan jumlah kerugian tersebut boleh dibawa ke tahun taksiran berikutnya sebagai tolakan.

Pelabur tidak boleh menyatakan alasan kerugian sebagai alasan untuk tidak melaporkan pendapatan mereka yang diterima hasil dari aktiviti pelaburan.

*Full-Time Trader Wajar Isytihar Keuntungan Mereka*

Saya percaya bahawa ramai di sini yang merupakan full-time trader dan ‘gaji’ mereka adalah daripada keuntungan jual beli saham. Kebanyakannya terdiri daripada intraday trader dan yang jual beli saham dalam jangka masa hanya beberapa jam, hari atau minggu.

*Long-Term Investor Pula Cukup Sekadar Bayar Zakat Saham*

Manakala bagi mereka yang membeli dan memegang saham untuk jangka masa yang panjang, mungkin berbulan atau bertahun pula; cukuplah sekadar membayar zakat saham. Boleh rujuk Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh (next entry).

*Tahukah Anda Ada 2,293,927 Pembayar Cukai Bagi Tahun Taksiran 2016?*

Dan yang terakhir sekali, berikut merupakan Jumlah Pembayar Cukai Kategori Individu Pendapatan Penggajian (SG) & Pendapatan Selain Penggajian (OG) Yang Dikenakan Cukai Untuk Tahun Taksiran 2016.

SG : 1,852,079
OG : 441,848

#Kredit to Majalah Labur

Harga emas turun?

Ada yg tny sy, 'harga emas akan trun lg tak?' Sejujurnya, harga emas mmg ada trun naik, tp kalau trun, dia takkan trun dan kembali kepada harga zaman nenek moyang kita dulu..contoh, EMAS 999, harga sekarang dalam lingkungan RM270 di kebanyakan tempat, kalau ia turun sekalipun, mustahil ia akan menjadi RM100++, malah untuk kembali turun RM240++ pun agak mustahil. Penting sangat ke simpan emas??? haa kita sambung di lain entry😁

Harga emas naik?

Harga emas naik banyak malam ini.
(30/06/2020)

Apa sebabnya?

Federal Reserved Chairman Jerome Powell memberikan testimoni kepada House Financial Services Committee dan menyatakan situasi ekonomi US berada di dalam situasi tidak menentu.

Perkataan yang digunakan oleh Powell untuk menggambarkan situasi di US adalah “extraordinary uncertain”

Dalam bahasa Melayu, kita translate = sangat tidak menentu.

Ini menggambarkan keadaan US yang tidak menentu samada pulih dari kesan koronavirus atau tidak.

Gais. Apabila pengerusi bank pusat US mengeluarkan kenyataan seperti itu, maka emas akan melambung naik.

Ini kerana emas adalah aset selamat. Dalam situsi tidak menentu, pelabur dan pedagang akan lari kepada emas.

Emas mencecah 1786 USD sekarang gais 📈📈

Adakah ia boleh memecahkan harga 1800 USD?

Ya boleh jika situasi di Amerika menjadi semakin teruk akibat gelombang kedua COVID-19.

Sila share berita ini 😁 #share

#NotaEmasSyukorHashim