Thursday, 11 August 2016

Kepentingan Takaful 💖

Assalam ya Sahabat2 saya yg dirahmati Allah swt sekalian.. Izinkan sy menumpang lalu.. Saya rasa sangat berdosa jika saya tidak Menyebarkan apa yang telah saya pelajari selama ini.. Anda boleh berfikir apa pun,  berkata apa pun..saya tidak kisah..jika kalian membaca ini dengan hati yang terbuka pun sudah sejuta rahmat di hari jumaat yg mulia ini.. Kenapa takaful penting kepada kita sebagai W A N I T A terutamanya:

1) Aurat
Pernahkah  anda melawat ahli keluarga, saudara Mara,  Sahabat handai, hatta saudara nun jauh disana, bau2 harum bacang sekalipun di hospital? Kerajaan mahupun swasta? Bagaimankah penempatan mereka? Solat  mereka? Tandas? Bilik air? Beramai2. Ya. Tidak salah beramai2. Sharing is caring omputeh Kata...

Tetapi sekiranya diberi pilihan apakah anda tidak mahu aurat anda n kebersihan diri anda terbela? Ya sayang..di hospital Kerajaan terutamanya, ramai jururawat yg manis2 n bertanggungjawab (macam dlm Grup ni😍)..yg boleh membantu menjaga kita apabila Sakit.. Tetapi bagaimana kalau sayang2 sekelian diberikan ruang yg lebih privasi untuk kalian and yg datang melawat..bukankah lebih baik begitu😘

Tapi,  ia nya bergantung juga pada individu.. Kalau di hospital swasta pun dia jenis tak menjaga aurat, tak solat..tak guna jugak.. Betul sayang2 ku.. Tetapi adakah sayangku sekalian orgnya begitu..tidak bukan.. Jadi, mengapa perlu memikirkan kebarangkalian itu..

Saya sayang kamu semua, Umi Elyana Mustafa,  Iffah Nadia Awi, Syahirah Alias, Tengku Nazirah Tengku Wahab Farahanim Ali, Nur Madihah Abu  Bakar,  Siti Ayuni Mahadi...takaful tidak dibeli dengan wang ringgit Tetapi dengan kesihatan..hatta kalian tunggu apabila mempunyai wang yang bnyak menggunung Tetapi ketika itu sudah terlewat jika ingin memiliki takaful..
Kenapa?  Sekali lagi..takaful tidak dibeli dengan wang ringgit cukup cuma dengan sihat..tetapi saya belajar lagi.. Saya mana Ada duit,  tunggulah saya keje mesti saya amik takaful.. Bagus..at least ada niat mahu melindungi diri dengan takaful..

2. Mati muda
Tiada siapa pun dalam grup ini kiranya bercita2 mahu meninggal di usia muda bukan..? Kalau ad pun saya..(gurau aje)  yess saya Memang pernah mengimpikan meninggal pada usia muda.. Tetapi bila memikirkan amal yang belum cukup,  jasa ibu dan ayah yg belum terbalas..bagaimana boleh saya meninggalkan mereka dengan hutang pelajaran yg beribu riban,  jerih perih, penat lelah, masa yg terluang untuk membesar dan mendidik saya sehingga kini..

Tidak. Mereka tidak Pernah minta jasa mereka dibalas.. Cukup sekadar kita membesar menjadi anak yang solehah yang boleh selalu mendoakan mereka..betul sayang2 ku.. Mereka hanya mahu melihat kita gembira membesar menjadi insan yang berguna..what if? Malang tidak berbau,  bagaimana jika kita pergi terlebih awal dari mereka? Kalau mati,  matilah..semua yang hidup pasti akan pergi.. Samada cepat atau lambat aje.. Iya betul tu,  sudah Sampai ajal, pergilah kita menghadap ya Rabb dikasihi..

Tetapi Pernahkah kita yg terpelajar ini,  berfikir sudah berapa bnyak wang ringgit yang dihabiskan untuk membesar n mendidik kita untuk menjadi seorang yang berilmu? Tetiba ajal menjemput sebelum sempat kita berbakti kepada mereka.. Mereka sedih dengan kepergian kita,  sedih lagi terpaksa menanggung bebanan hutang kita..org Kata,  hidup di bumi tuhan ini jangan menyusahkan, kalau tak mampu mempermudahkan..

Kita tak hendak mereka sedih,  tetapi hakikatnya, "yang hidup pasti akan mati"😢

3) polisi perlindungan dan pelaburan
Kenapa takaful penting sayang2?
Semestinya ramai yang memikirkan takaful hanya diperlukan ketika kita jatuh Sakit.

Betul. Tidak salah. Takaful sangat berguna jika kita jatuh Sakit.. Tetapi takaful TIDAK BOLEH DIBELI KETIKA SUDAH SAKIT! Walau kalian punya wang yang sangat banyak ketika itu sudah terlewatan.. sebab itu takaful dibeli dengan S I H A T,  bukan dengan wang ringgit ya sayang2..

Bagaimana polisi takaful boleh memberi manfaat perlindungan sekaligus pelaburan?  Hakikatnya,  takaful lebih baik dari kalian menyimpan di  bank.. Dengan manfaat takaful yang banyak,  once polisi kalian diterima, duit caruman takaful kalian akan dilaburkan kepada  institusi yang halal yang pasti membuahkan hasil.. Cukup masa kalian boleh mengeluarkan hasil itu untuk pelbagai tujuan:

a) nk kawen
b) nk buka bisnes
c) nk melabur kt tempat lain
d)  nk buat rumah
e)  nk buat umrah @ haji
f) nk besalin
g)  nk ad nurse sendiri bila sakit tua
h) nak benefit persaraan yang lumayan
I)  nk bayar hutang piutang
Dan banyak lagi😊

Tapi saya keje Kerajaan,  benefits saya dah banyak..saya tak perlu pun semua Kat atas tu👆

Sayang2ku,   Alhamdulillah,  awak diberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat sebagai kakitangan Kerajaan..pahala awak mengalir ibarat air Sampai bila2 selagi awak ikhlas.. Now let me share you the truth of real life story..

Dahulu Ada seorang pemuda datang dari keluarga yang miskin..Alhamdulillah,  berkat kesungguhannya menuntut ilmu, dia berjaya memiliki pkerjaan yang hebat Dan bergaji lumayan dan mampu memberikan ibu Dan ayahnya wang belanja yang  banyak setiap bulan.. tetapi sayang usianya tak panjang..ibu dan ayahnya hanya sempat merasa budi dan jasa mereka dibalas sekejap cuma.. Ya,  mereka sedih dengan kepergian satu2nya harapan keluarga tetapi mereka tidak disusahkan dengan bebanan hutang anak mereka..

Dahulu mereka tidak begitu bersetuju apabila anak mereka memiliki perlindungan yang dipanggil insurans penipu..tetapi sekarang dengan wang perlindungan caruman anak mereka yang diwariskan kepada mereka setelah dijemput ajal, Sekurangnya kesedihan mereka terubat..mereka sedih Tetapi masih mampu meneruskan kehidupan..

Hakikatnya ramai yang beranggapan,  berapa banyak lah pampasan yang akan diberikan kepada yang tersayang setelah kita meninggalkan dunia ini.. Tetapi kita tidak Pernah memikirkan bagaimana keadaan mereka kalau kita Tiada..

Jangan berpaksi kepada hidup segan mati tak mau..hiduplah dalam keadaan tak menyusahkan,  matilah dalam keadaan tak membebankan..

Sesiapa pun kita di dunia ini,  hidup tidak bertuhankan duit tapi segalanya yang selesa(ibadah terutamanya) perlukan duit.. Kita tak nmpak cerita hari ini,  kalau kita tak mengalaminya,. Ilmu ini sekadar dikongsi dengan hati yang terbuka.. Harap apa yang terlahir dari hati kan Sampai ke hati jua..

Salam sayang,
Mimie 😘