Saturday, 26 December 2020

#TabungEmas

*TabungEmas*

"Bang, wife saya suri rumah apa aset dia boleh simpan. Nak beli rumah dia tak ada slip gaji".

"Didik isteri belajar menabung emas, duit nafkah kita bagi. Ajarkan dia jadikan emas".

"Emas mahal bang?"

"Mahal jika kita beli pulut dakap, biji anggur, rantai gajah. Jika beli 1 gram sebulan baru RM270 sahaja".

"Lambat la nak kaya macam tu".

"Matlamat hidup bagi isteri ada aset dan harta. Emas beri 3 peluang pada kita.

1. Simpanan
2. Pelaburan
3. Perlindungan

"Ok baik faham bang".

Kawan kawan yang mulia,

Jika belum mampu beli rumah pertama, belajar himpun emas sebagai deposit rumah nanti.

Ia mengelak dari bocor simpanan kita.

Kita rasa duit tak ada, tapi ada simpanan emas baik buat keluarga.

Gegadis cepat kagum dengan lelaki yang ada emas, mereka cepat jedi lemas 😋

Azizul Azli Ahmad

#Kongsikan agar kita bijak dan tak salah beli emas nanti

Saturday, 19 December 2020

*Beli Emas jangan sampai lemas*

*Ilmu emas*

Beli emas jangan sampai lemas

1 - Nak beli emas, jangan la dengan duit yang kita nak guna dalam jangkamasa terdekat. Nanti kita lemas.

2 - Nak beli emas jangan la hanya ikut-ikutan, kena ada matlamat. Dah beli emas kena cari ilmu. Kalau tiada ilmu nanti kita lemas.

3 - Nak beli emas jangan la sampai kita buat pinjaman. Pastinya kita akan lemas.

4 - Nak beli emas jangan la dengan duit belanja dapur sampai dapur tak berasap. Cukup la beli sebulan segram tetapi secara istiqamah. Itu yang terbaik dan pastinya tak akan lemas.

5 - Beli 1 dinar atau 1 gram, jangan la anggap ianya sebagai pelaburan. 1 dinar atau 1g hanya layak dianggap sebagai simpanan.

6 - Ada yang beli emas dengan semua duit gajinya, kemudian dipajak dan gunakan duit pajakan sebagai duit perbelanjaan. Katanya dengar nasihat si penjual emas. Ini sebenarnya hanya tebalkan poket si penjual. Akhirnya anda pasti mati lemas sebab tak dapat bayar duit pajakan.

7 - Gunakan pajakan untuk pajak emas, beli emas dan pajak lagi, beli dan pajak lagi. Akhirnya anda bukan sahaja lemas tapi akan koma terus.

8 - Pastikan beli emas yang ada emas fizikalnya. Jangan beli emas yang janji dapat dividen setiap bulan. Pastinya tak sampai  setahun, anda akan mati lemas..😄

9 - Beli emas yang boleh di pajak dan mudah dijual balik dan yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi. Agar kita tak lemas mencari tempat untuk menjualnya.

10- Pakar kewangan Azizi Ali, sarankan simpanlah emas sekurang-kurangnya 10% dari kekayaan kita.

Friday, 18 December 2020

Emas vs ASB

*Emas vs ASB*

"Melabur dalam ASB lagi untung, tiap-tiap tahun dapat dividen...Emas tak boleh bagi dividen..."

"Simpan emas walaupun takde dividen tapi kenaikan harga emas lebih tinggi daripada ASB..."

Jadi, mana lebih bagus?

Sebenarnya dua-dua bagus. Yang tak bagus kita masih tak menyimpan sebab duk kaji tak sudah-sudah.

Akhirnya, duit simpanan tak bertambah dan lebih malang lagi terbeli barang yang tak perlu.

Menurut pakar-pakar kewangan, tiada istilah pelaburan sempurna kerana setiap jenis pelaburan ada fungsinya yang tersendiri.

Sebagai penyimpan emas, ada beberapa 5 jenis keuntungan yang saya peroleh sejak mengumpul emas.

Antaranya ialah:

1. Keuntungan daripada kenaikan harga dalam jangka panjang

2. Tahap kewangan bertambah baik kerana berjaya mengelakkan kebocoran wang

3. Lebih bermotivasi untuk mengumpul harta dan kekayaan

4. Suka berkongsi manfaat menyimpan emas dengan orang lain

5. Suka kumpul lebih banyak emas supaya boleh bayar zakat

Kalau tuan/puan nak tahu apa feel sebenarnya penyimpan emas, mulakan dahulu dengan 1 gram pertama dan rasai sendiri kelainannya.

Kata mentor saya, bukan emas yang menjadikan seseorang itu kaya, tetapi ilmu tentang emas.

~ simpan dulu baru melabur

Thursday, 17 December 2020

✨ Kategori Perlu Simpan Emas ✨

✨ *Kategori Perlu Simpan Emas* ✨

🍯 Tak Boleh Kawal Nafsu Belanja
- Orang yang macam ni wajib beli emas supaya nafsu suka belanja dapat dikawal.

🍯 Untung Niaga Lesap Tanpa Sedar
- Untuk elak untung berniaga lesap tak tahu dimana dibelanjakan, selamatkannya dengan beli emas.

🍯 Simpanan Di Bank Selalu Bocor
- Niat asal nak simpan, tapi sukar nak lupakan simpanan. Tukar kaedah simpanan dengan simpan emas. Emas elak duit dari bocor.

🍯 Simpanan Jangka Panjang
- Simpanan jangka panjang lebih baik simpan emas. Duit dalam jangka panjang menyusut nilai, tapi emas ianya kekal bernilai.

🍯 Tak Ada Aset Lain
- Tak mampu nak beli aset yang besar seperti rumah dan tanah. Simpan emas dulu, kemudian tukar jadi aset yang lebih besar.

Dapat sesuatu?

Monday, 14 December 2020

Harga emas naik next week

15/12/2020

Salam All

Byk pertanyaan berkenaan next week Harga Emas akan naik. Betul ka? Sejujurnya, Saya Tak tahu..

Bank muamalat tidak memberikan sebarang pendapat berkenaan harga Emas dimasa hadapan. Di Bank muamalat kita menasihatkan pelabur Untuk menyimpan emas bagi mencapai matlamat pelaburan jangka panjang.

Namun, jika ditanya berkenaan prospek kenaikan dimasa hadapan kita boleh kongsikan pendapat-pendapat penganalisa dan pakar2 Emas antarabangsa.

Pendapat yang mengatakan harga Emas akan mula meningkat minggu hadapan atau minggu terakhir 2020 adalah disebabkan tarikh akhir Untuk bank pusat U.S menentukan pakej ransangan Covid-19 pada hari jumaat ini. Ramai penganalisa menjangkakan pakej ransangan ini akan menjadi pemangkin untuk kenaikan harga emas pada tahun 2021. Dana dari pakej ransangan ini akan menyebabkan inflasi yang mana akan menyokong kenaikan harga Emas. Ada yang mengaggarkan Emas akan naik melepasi tahap $2,500 se auns pada tahun hadapan.

Tiada siapa yang dapat meneka kenaikan harga Emas Dalam jangka masa pendek. Namun, sejarah telah membuktikan harga Emas sentiasa lebih mahal dalam jangka masa panjang.

Elakkan Market Timing Dan emotion Dalam pelaburan. Simpan Emas Untuk matlamat pelaburan jangka panjang.
Inshaallah

Allah knows best

Friday, 27 November 2020

*'Harga emas semalam murah'*

Tiba-tiba rasa semalam murah.

Begitulah kitaran harga emas ni tuan/puan.

Bila murah terasa rugi sebab haritu beli mahal sekarang dah turun harga.

Bila mahal pun terasa rugi sebab tak beli masa tengah murah.

Kesudahannya keliru bila masa nak simpan emas?

Kita bukan main jackpot beli dan tunggu emas naik untuk jadi kaya raya.

Kalau tuan/puan pernah baca post saya sebelum ini, saya ada katakan. Beli lah emas ketika duit ada ditangan.

Sebab apa?
Sebab harga sentiasa turun naik untuk jangka pendek. Duit kita pun bukan selalu ada untuk beli emas sentiasa. Kalau tak beli emas pun, duit tetap akan digunakan untuk benda lain.

Jangan biarkan emosi anda terganggu. Kita bukan beli hari ini untuk jual bulan depan.

Pastikan:
1. Apa matlamat simpanan emas?
2. Guna duit yang memang nak simpan bukan duit tu juga nak guna untuk beli keperluan bulan depan

Moga bermanfaat tips ini.
Faham fungsi emas, anda akhirnya akan tahu kenapa perlu simpan emas.
💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

Wednesday, 25 November 2020

*4 TIP POWER MENYIMPAN EMAS*

*4 TIP POWER MENYIMPAN EMAS*

1. Mulakan dulu walau satu gram.

Jika mampu bermula dengan simpanan sebanyak 10 gram, simpan 10 gram. Jika mampu 5 gram, simpan 5 gram.

2. Dahulukan menyimpan, kemudian barulah berbelanja.

Dapat duit RM2000, simpan dulu sekurang-kurangnya RM200 iaitu 10% dalam bentuk emas. Baki RM1800, kita boleh gunakan pada perbelanjaan, bayar bil, hutang serta keperluan lain.

3. Bertindak sesegera yang boleh.

Usah bertangguh untuk memulakan simpanan yang pertama. Selagi tak bertindak, selagi itulah berat emas kita KOSONG.

4. Konsisten! Konsisten! Konsisten!

Ini adalah tip paling power yang membezakan penabung emas yang berjaya dan tidak berjaya. Apabila konsisten, kita pasti mencapai matlamat menyimpan.

Oh, ya! Keempat-empat tip ini akan bertambah power apabila kita ADA ILMU. Insya Allah.

Semoga bermanfaat.

Friday, 20 November 2020

*Emas dan harta*

*Emas dan harta*

Assalamualaikum
Selamat pagi
Emas juga harta. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat 14, "Dihiaskan kepada manusia suka kepada harta benda yang banyak dan bertimbun-timbun daripada emas dan perak".

Tuesday, 3 November 2020

*4 Asas beli Emas*

4 ASAS

Sebelum kita mula menyimpan emas, kita kena faham 4 asas ni. Nanti jantung tuu tak lah berdegup cemas bila tengok harga emas turun atau naik

Kita juga akan bertindak lebih pantas. On the spot teruss nak  menyimpan emas.

Asas no 1 : Beli Emas Mesti Dapat Emas.
Kalau beli emas tapi dijanjikan dividen bulanan atau tahunan. Itu tanda skim cepat kaya bertopengkan emas. Sila angkat kaki cepat-cepat.

Asas no 2 :  Emas Boleh Dijadikan Simpanan atau Pelaburan.
Jika kita mahu jadikan emas sebagai simpanan. Beli saja tanpa mengira harga. Bila nak pakai duit jual.

💰Jika mahu jadikan emas sebagai pelaburan. Beli dan tunggu harga naik.

💰Beli 100gram ke atas. Harga naik kita jual. Pelabur emas biasanya beli sekali saja tetapi dalam jumlah yang besar. Contohnya 100gram hingga 1kilogram.

Asas no 3 . Untung Emas
Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi. Keuntungan dalam emas hanyalah "Buy Low Sale High" iaitu beli harga murah jual harga mahal. Itu keuntungan yang biasa kita nampak.

💡Keuntungan yang tak biasa kita nampak pula, duit kita tak mudah bocor bila simpan dalam bentuk emas, nilainya terjamin dalam jangka panjang, emas ada magnet semula jadi yang mana kita sentiasa ingin menyimpan dan menyimpan. Tak puas dengan 1gram yang pertama.

💡Secara tak langsung simpan kita bertambah dan bertambah tanpa sedar.

Asas no 4 : Ilmu
Sebelum beli emas, carilah ilmu  tentang emas. Paling baik baca sebuah buku tentang emas, seperti buku Kaya Dengan Emas, tulisan Ustaz KAB.

📝 Bila kita ada asas ilmu emas di atas, kita kurang melakukan kesilapan.

Begitulah. 😊😊😊

Saturday, 31 October 2020

*ILMU EMAS*

#ILMU_EMAS

[SHARE] JENIS EMAS DAN KANDUNGANNYA

1. EMAS 999
✔️Ataupun dikenali sebagai (24K). Dulu dikenali sebagai emas sepuluh, emas kertas atau emas jongkong.
✔️Disebabkan kandungan emas tinggi dan lembut. Biasanya dibentuk dalam jongkong.
✔️Sesuai sebagai pelaburan.
✔️Nilai Emas 999.9 adalah paling tinggi di  antara semua jenis emas.

2. EMAS 916
✔️Ketulenan Emas 91.6%.
✔️Terdapat campuran lain 8.4% seperti perak, tembaga, aluminium dll. Ataupun dikenali (22K).
✔️Dikenali umum di Malaysia sebab grednya hanya sikit rendah dari emas 999.
✔️Sesuai dibuat sebagai barang kemas sebab kandungan emasnya tinggi tetapi tak selembut emas 999. Boleh dijadi sebagai hiasan & pelaburan.

3. EMAS 835
✔️Ketulenan Emas 83.5%. Biasanya dikenali sebagai emas 835 ataupun (20K).
✔️Dikenali umum di Malaysia sebelum emas 916 diumumkan.

4. EMAS 750
✔️Ketulenan Emas 75.0%.
✔️Terdapat 25% campuran lain.
Ataupun dikenali sebagai " emas 750" ,18 Karat. Kalau cakap "Emas Paun" . Mesti semua orang taukan😁.
✔️Sesuai untuk ikat batu-batu permata sebab kualiti lebih keras dan tahan kalau berbanding dgn emas 999, 916 & 835.
✔️Terdapat dalam bentuk barang kemas waktu zaman dulu.
✔️Tetapi zaman sekarang kebanyakan hanya digunakan untuk ikat cincin berbatu Zirconia atau permata.

5. EMAS 585
✔️Ketulenan Emas 58.5%.
✔️Ataupun dikenali sebagai emas 14Karat. Biasa digunakan untuk mengikat cincin berbatu Zirconia sebab emas jenis 585 ini lebih kukuh dan batu tidak senang tercicir.
✔️Walaupun ketulenan Emas 585 tak tinggi, tetapi masih boleh dijual ataupun untuk tukar-beli(Trade in).

6. EMAS 375
✔️Ketulenan Emas 37.5%. Emas 9karat (9K) atau dikenali sebagai "suasa"/ "emas suasa".
✔️Sesuai diguna untuk ikat batu batu permata bersize besar.
✔️Antara gred emas, suasa adalah emas gred paling rendah.

Semoga Bermanfaat 😉

Thursday, 29 October 2020

Disebalik sesuatu yang kelihatan lambat

Disebalik kelewatan sesuatu dalam hidup kita, sesungguhnya bagi Allah itu pentadbiran dan percaturan yang lebih sempurna untuk kita.

Bersabarlah.

Saturday, 24 October 2020

*SOALAN POPULAR TENTANG EMAS*

SOALAN POPULAR TENTANG EMAS

Esok harga emas naik tak?
😅

Susah ni nak jawab ni. Sebelum ni pernah ada jangkaan harga emas akan cecah RM500/g tahun 2020.

Sehingga hari ini, 21 Oktober 2020 harga emas belum lagi cecah RM500/gram.

Jangkaan hanya jangkaan. Boleh jadi betul dan boleh jadi juga tidak tepat.

Namun begitu secara purata, harga emas sentiasa naik. Hanya jangka pendek sahaja harga emas memang sentiasa turun naik.

Apa pun,sebagai penyimpan emas kita beli juga emas untuk elak kebocoran wang. Jika sebelum ini wang tak pernah bocor, fahami tentang kuasa beli wang kertas yang kian merosot dan jadikan emas ini tambahan portfolio aset anda.

Nak beli rumah dan tanah sebagai aset sebulan sekali tak mampu. Tapi beli emas 1gram sebulan sekali atau dua bulan sekali pasti mampu.
😉
Cnp

*Duit vs Emas*

*DUIT vs EMAS*

Ramai orang tak minat emas tapi minat duit.

Bukan sebab tak suka tapi sebab tak faham kenapa kita kena juga ada simpan emas sebagai salah satu pilihan dalam portfolio pelaburan jangka panjang.

Satu sebab ialah emas ni tak nampak 'nombor.'  Walhal emas tu pun adalah duit.

Jadi di mana nombor emas?
Sudah tentu di gramnya!

Setiap 1gram emas nilai makin naik. Tahun 2,000 harga emas RM35. Tahun 2008, harga emas RM95. Tahun 2016 pula RM170. Sekarang dah cecah RM 279.

Duit kertas pula?

Setiap 1 ringgit, nilai makin jatuh. Tahun lepas 80 sen,  tahun ni 70 sen.  Tahun depan 60 sen. Lagi 5 tahun maybe 30 sen.

Jadi,  emas berbanding duit kertas yang mana rasa lagi berbaloi disimpan walaupun keduanya adalah duit.

Ramai saja nanti jawab "emas". Tapi soalnya berapa orang yang nampak tapi tak nak simpan.

Kalau boleh, simpan keduanya. Emas dan duit. Lagi bagus tambah dengan hartanah dan beberapa pelaburan lain yang kita ada ilmu.

Jadi, bermula awal simpan emas ya. Bagi yang sudah bermula, simpan konsisten.😊

Monday, 19 October 2020

*EMAS*

EMAS

Makin lama disimpan, makin bernilai.

Simpan emas, bukan untuk sehari dua, tetapi sehingga dapat diwariskan kepada anak cucu kelak. Hakikatnya, ia aset kekal yang dipandang remeh oleh kebanyakan orang.

Bukan kerana mahal, tetapi kerana kurang pendedahan tentang kelebihan dan kefahaman kuasa simpanan emas fizikaI itu.

Jom teruskan menyimpan emas walaupun dengan 1 gram, ianya sangat bernilai untuk kegunaan masa hadapan.

Friday, 2 October 2020

Buat apa nak hidup kaya-raya?

Buat apa nak kaya sangat, melabur sana sini? Nnti duit banyak risau kena rompak, duit banyak bukan jaminan kebahagian pun, duit habis jugak nanti. Hidup jelah seadanya, cukup makan pakai alhamdulillah dah. Duit banyak, harta banyak, kena bayar zakat jugak. Duit atau harta banyak bukan boleh bawak mati. Nanti boleh jadi punca bergaduh anak beranak. Terseksa saya nanti. Nanti dah mati, tak bawak apa2 dah kecuali amal kita je.

Kenapa nak hidup apa adanya kalau anda berpeluang untuk upgrade hidup anda, bersara bila sampai umurnya tanpa perlu bekerja lagi. Kenapa nak risau kena bayar zakat bila harta terlebih, sedangkan zakat itu hukum Allah dan pasti ada hikmahnya kenapa Allah tetapkan begitu begini. Biarlah anak cucu cari sendiri harta mereka. Itu selfish namanya. Percayalah dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, kalau kita kumpul harta bukan untuk anak cucu, untuk siapa lagi? Sedangkan bila meninggalkan dunia ini pun, doa dari anak2 soleh, anak2 yatim , orang susah yg pernah dapat hasil dari titik peluh kita itu salah satu bekal dibawa mati.

So siapa takut harta banyak sebab takut dihisab di kemudian hari, ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan yg Islam dah ajar. Memanglah bila meninggal, tiada lagi harta yg boleh dibawa. Tapi anda boleh pilih untuk harta yg ditinggalkan itu menjadi sesuatu yg dimanfaatkan at least pahala itu mengalir sehingga ke akhirat. Anda boleh pilih untuk waqaf, infaq, sedekah..pilihan tetap di tangan kita. Jadi jangan takut untuk berharta atau hidup kaya kalau dengan harta itu boleh menjadikan kita kaya di alam sana.

Hidup ini bukan tentang diri kita saja. Kita tak minta umur yg panjang tapi sia-sia. Mintaklah umur yang sihat dan berkat. Semoga segala usaha yg kita lakukan, semoga segala harta yang kita ada itu berkat. Bila sikit ia cukup. Bila banyak ia  bermanfaat. Tak haram pun bercita2 untuk hidup senang lenang. Asal hidup tak menyusahkan orang. Nabi pun pernah berpesan, "tinggalkan anak isteri mu dengan harta adalah lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".

Hidup ini sentiasa perlu ada rancangan. Walaupun kekadang rancangan itu tak berjalan seperti dirancang. Sebab sehebat manapun rancangan anda takkan boleh lawan rancangan tuhan. Allah is the great planner afterall. Nak belajar, nak kerja, nak kahwin, nak makan mana, nak pakai apa, nak tinggal mana, nak buat apa lepas ni? Semua pun dirancang. Sekecil apa pun plan itu kalau tak dirancang, takkan menjadi. Jadi plan lah kehidupan anda bagaimana anda mahu.

Untuk pelaburan pula, kalau taktau, anda ada banyak sumber yang boleh dipertimbangkan. Kalau nk mudah lagi, meh pm saya😄 eh tiberrrr

*Dah Bersedia Ke Nak Bersara?*

“Semakin kita menghampiri harijadi kita, semakin tua dirasakan diri ini. Tarikh persaraan juga semakin dekat. Dah bersedia ke saya untuk bersara?”

Siapa pernah rasa seperti ini? Pernahkah anda terfikir pada umur berapakah anda akan bersara? Dan sudahkah anda bersedia untuk menempuhinya?

Kalau nak tahu, umur persaraan di negara kita adalah 60 tahun. Manakala purata jangka hayat rakyat Malaysia sekarang adalah 75 tahun, dengan lelaki dijangka hidup sehingga usia 73 tahun dan wanita dijangka hidup sehingga umur 78 tahun.

Sekiranya kita bersara pada umur 60 tahun, cukupkah dana persaraan kita untuk bertahan selama 15 tahun? Dengan mengekalkan gaya hidup kita tanpa perlu menjual rumah sedia ada dan tanpa perlu menjual kereta sedia ada.

Dah kira cukup atau tidak duit nak tampung bil-bil dan penjagaan kesihatan sekiranya kita mula sakit-sakit badan? Anak-anak pula dah besar ketika itu, cukup ke duit nak hantar mereka ke kolej atau universiti?

*4 Fakta Yang Menakutkan*

Mengikut data yang dikeluarkan oleh pihak KWSP sendiri:

68% ahli yang aktif tidak mencapai simpanan asas, iaitu RM240,000 apabila mencapai umur 55 tahun

70% ahli yang aktif berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000

2 daripada 3 ahli akan hidup dengan kurang daripada RM950 sebulan sehingga umur 75 tahun

7 daripada 10 ahli akan hidup dengan RM210 sebulan sehingga umur 75 tahun, atau habiskan kesemua simpanan kurang daripada 2 tahun

Sumber Rujukan: Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, MyMetro dan MalaysiaKini  

Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia memang tak bersedia untuk bersara. Kesudahannya, kita kena kerja lagi apabila sudah mencapai umur 60 tahun. Ketika badan kita dah tak larat, ketika kita sepatutnya lebih banyak berehat.

Itu belum dikira faktor inflasi lagi. Kalau 10 tahun yang lalu, sebungkus nasi lemak berharga RM0.50 dan secawan teh tarik berharga RM1.00, hari ini nak cari nasi lemak dengan harga RM1.00 pun susah. Harga teh tarik pun dah nak cecah RM2.00.

Rasanya lagi 10 tahun berapa pula harganya?

Begitu jugalah halnya dengan simpanan yang kita ada hari ini. Ianya semakin menyusut nilai dari setahun ke setahun. Simpanan kita sebanyak RM100,000 hari ini akan hanya bernilai RM50,000 pada masa depan.

Sebab itulah pentingnya kita kena buat persiapan dari sekarang.

Kena mulakan simpanan dan pelaburan hari ini juga. Semua ini memerlukan ilmu dan rebut peluang untuk belajar daripada mereka yang berpengalaman agar kita tidak tersilap langkah.

Thursday, 1 October 2020

#1 My Wealth Journey

Sejak berabad lamanya, emas merupakan sumber kekayaan yg sangat didambakan. Emas sentiasa menjadi matawang utama global, satu komoditi objek kecantikan dan pelaburan. Ia adalah salah satu daripada beberapa barang yg boleh mengekalkan nilainya semasa kemelesetan ekonomi. Emas adalah bahan yg sangat unik dan boleh memainkan peranan penting di dalam kesejahteraan kewangan anda.

*Emas di dalam al-Quran dan hadis*

Abu Bakar Ibn Maryam melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yg bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)."

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Sunday, 27 September 2020

Hadiahkan Anak 1 Gram Emas Setiap Bulan, Diam-diam Nilainya Boleh Cecah RM59k

Ramai antara kita tahu betapa struggle untuk bayar pinjaman PTPTN. Tamat belajar dah ada hutang walaupun belum ada kerja.

Kalau boleh tak mahu anak kita alami perkara yang sama. Salah satu cara untuk elakkan perkara ini berlaku pada mereka adalah dengan membuat simpanan awal.

Paling baik adalah dengan simpanan emas. Kita sendiri tahu kan harga emas tak pernah  turun. Jadi hadiahkan anak setiap bulan 1 gram. Kongsi suami isteri untuk membelinya.

Kalau buat secara tetap, bila anak dah umur 18 tahun dia dah ada simpanan RM59 ribu. Untuk sambung belajar tak perlu dah buat pinjaman PTPTN.

Tahun ini harga emas sudah cecah RM300 iaitu harga yang paling tinggi untuk tahun 2020!
Kita boleh lihat di sini dalam masa 20 tahun harga emas naik 10x ganda tingginya! Ini baru cerita untuk 1 gram.

Bayangkan kalau mak ayah yang ada anak baru lahir, setiap bulan kita hadiah simpanan 1 gram untuk dia.
*1 bulan simpan = 1 gram*
*1 tahun simpan = 12 gram*
*18 tahun dah ada simpanan emas = 216 gram*

Nampak tak nanti umur anak dah 18 tahun dah ada simpanan sebanyak RM59,400!
**RM275 harga hari ini x 216 gram = RM59,400

Ini baru darab dengan harga emas yang tengah jatuh murah hari ini. Bayangkan tahun 2038 umur anak 18 tahun, masa itu mungkin harga emas sudah mencecah RM400 – RM500 segram!

Best tak kalau anak dah besar mereka ada simpanan sebanyak itu? Dengan duit itu la anak-anak nanti boleh guna untuk bayar kos pendidikan Diploma dan Degree mereka around RM40,000.

Kita tak nak dah anak-anak generasi akan datang kena lalui macam mana ramainya anak muda lalui sekarang ini. Habis je belajar mereka kena setelkan bayar hutang belajar PTPTN dan kalau tak bayar nanti rekod di CCRIS jadi tak cantik dan banyak nombor 1,2,3. Dan kesannya anak susah nak buat pinjaman di bank untuk beli rumah nanti.

Credit to Nur Aliah Mohd Nor

Friday, 14 August 2020

Apa Akan Terjadi Kepada Harta Pusaka Orang Yang Bujang?

Soalan:

Abang sulung saya baru meninggal dunia. Walaubagaimanapun, arwah tidak pernah berkahwin semasa hayatnya kerana terlalu sibuk menjaga kedua ibu bapa kami yang sakit serta perlu menyara kami tiga beradik.

Arwah mempunyai simpanan wang tunai di Tabung Haji dan sebuah kereta. Bagaimanakan pengurusan harta pusaka arwah.

Macam mana nak kira bahagian faraid?

Untuk makluman, ibu bapa kami masih hidup. Adakah kami adik beradik mempunyai hak dalam perwarisan pusaka arwah?

Jawapan:

Apabila seseorang Muslim meninggal dunia, segala harta yang dimilikinya semasa hidup akan menjadi harta pusaka. Harta pusaka itu perlu diuruskan mengikut hukum yang telah ditetapkan.

Tidak kira ketika meninggal dunia si mati pernah berkeluarga ataupun tidak, harta yang ditinggalkan tetap perlu diuruskan mengikut aturan syariat.

Dalam kes ini, walaupun si mati tidak pernah berkahwin; tidak meninggalkan zuriat, tetapi beliau masih mempunyai kedua ibubapa.

Maka kedua-dua ibubapa akan menerima keseluruhan harta pusaka anak mereka.

Pembahagian faraidnya adalah seperti berikut.

*1/3 untuk ibu
*2/3 untuk bapa

Adik-adik arwah tidak mendapat sebarang bahagian daripada harta pusaka arwah kerana telah terdinding (mahjub) oleh bapa mereka.

Adik-adik arwah hanya akan mendapat bahagian daripada harta pusaka si mati jika bapa mereka juga telah meninggal dunia.

Turutan pembahagian harta pusaka bagi orang yang bujang adalah seperti berikut.

1. Diwarisi oleh ibu dan bapanya yang masih hidup.

2. Jika bapa dan datuk telah meninggal dunia, harta pusaka diwarisi oleh ibu dan adik beradiknya (lelaki dan perempuan).

3. Jika kedua ibubapa telah meninggal dunia, harta pusaka diwarisi oleh adik beradiknya (lelaki dan perempuan).

4. Jika si mati tidak meninggalkan waris langsung maka harta pusakanya akan jatuh kepada Baitulmal.

Kesimpulannya, sekalipun orang yang meninggal dunia itu tidak pernah berkeluarga, harta dan asset yang dimiliki si mati semasa hayatnya tetap perlu diuruskan mengikut hukum syariat Islam.

Waris perlu mengambil tanggungjawab untuk melunaskan segala hutang arwah menggunakan harta yang ditinggalkan dan kemudian mengagihkan bakinya kepada waris lain mengikut pembahagian faraid.

Walaubagaimanapun, bagi memastikan manfaat harta pusaka individu bujang itu sampai kepada orang yang dikehendaki, lebih baik si bujang tersebut merancang hartanya semasa masih hidup lagi agar waris lebih mudah menguruskannya selepas kematiannya.

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, seorang konsultan di sebuah firma runding perancangan harta dan urus pusaka. Beliau mengendalikan laman web fakhrurradzi.com.

Apa Akan Terjadi Kepada Harta Pusaka Orang Yang Bujang?

Soalan:

Abang sulung saya baru meninggal dunia. Walaubagaimanapun, arwah tidak pernah berkahwin semasa hayatnya kerana terlalu sibuk menjaga kedua ibu bapa kami yang sakit serta perlu menyara kami tiga beradik.

Arwah mempunyai simpanan wang tunai di Tabung Haji dan sebuah kereta. Bagaimanakan pengurusan harta pusaka arwah.

Macam mana nak kira bahagian faraid?

Untuk makluman, ibu bapa kami masih hidup. Adakah kami adik beradik mempunyai hak dalam perwarisan pusaka arwah?

Jawapan:

Apabila seseorang Muslim meninggal dunia, segala harta yang dimilikinya semasa hidup akan menjadi harta pusaka. Harta pusaka itu perlu diuruskan mengikut hukum yang telah ditetapkan.

Tidak kira ketika meninggal dunia si mati pernah berkeluarga ataupun tidak, harta yang ditinggalkan tetap perlu diuruskan mengikut aturan syariat.

Dalam kes ini, walaupun si mati tidak pernah berkahwin; tidak meninggalkan zuriat, tetapi beliau masih mempunyai kedua ibubapa.

Maka kedua-dua ibubapa akan menerima keseluruhan harta pusaka anak mereka.

Pembahagian faraidnya adalah seperti berikut.

*1/3 untuk ibu
*2/3 untuk bapa

Adik-adik arwah tidak mendapat sebarang bahagian daripada harta pusaka arwah kerana telah terdinding (mahjub) oleh bapa mereka.

Adik-adik arwah hanya akan mendapat bahagian daripada harta pusaka si mati jika bapa mereka juga telah meninggal dunia.

Turutan pembahagian harta pusaka bagi orang yang bujang adalah seperti berikut.

1. Diwarisi oleh ibu dan bapanya yang masih hidup.

2. Jika bapa dan datuk telah meninggal dunia, harta pusaka diwarisi oleh ibu dan adik beradiknya (lelaki dan perempuan).

3. Jika kedua ibubapa telah meninggal dunia, harta pusaka diwarisi oleh adik beradiknya (lelaki dan perempuan).

4. Jika si mati tidak meninggalkan waris langsung maka harta pusakanya akan jatuh kepada Baitulmal.

Kesimpulannya, sekalipun orang yang meninggal dunia itu tidak pernah berkeluarga, harta dan asset yang dimiliki si mati semasa hayatnya tetap perlu diuruskan mengikut hukum syariat Islam.

Waris perlu mengambil tanggungjawab untuk melunaskan segala hutang arwah menggunakan harta yang ditinggalkan dan kemudian mengagihkan bakinya kepada waris lain mengikut pembahagian faraid.

Walaubagaimanapun, bagi memastikan manfaat harta pusaka individu bujang itu sampai kepada orang yang dikehendaki, lebih baik si bujang tersebut merancang hartanya semasa masih hidup lagi agar waris lebih mudah menguruskannya selepas kematiannya.

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, seorang konsultan di sebuah firma runding perancangan harta dan urus pusaka. Beliau mengendalikan laman web fakhrurradzi.com.

Tuesday, 11 August 2020

KENAPA HARGA EMAS TURUN?

KENAPA HARGA EMAS TURUN?

President Rusia, Vladimir Putin petang tadi telah mengumumkan bahawa Russia telah berjaya menemui vaksin untuk covid-19.

Berita positif ini memberi harapan positif kepada pasaran saham Eropah dan US.

Dalam waktu stress ini, berita positif ini amat diperlukan oleh pedagang dan pasaran.

Walaupun ada pihak-pihak yang sangsi dengan pengumuman Rusia, namun berita begini memberi harapan kepada pasaran.

Harga emas jatuh banyak akibat berita ini. Ia berlegar-legar di harga support 1950++ usd.

Adakah penurunan ini akan berterusan?

Ia bergantung kepada berita-berita pada masa hadapan.

Berita positif akan menjatuhkan harga emas manakala berita negatif akan melonjakkan harga emas.

Berita yang boleh menggerakkan harga emas nanti adalah isi kandungan program stimulus US.

Ini berita yang dinanti-nantikan oleh pelabur-pelabur dan saya 😄

#NotaEmasDaripadaMahaguru

Saturday, 8 August 2020

Kalau takut rugi dalam pelaburan

Jika kau takut sangat rugi bila melabur kat saham, unit trust, ASB Financing, hartanah, emas, bisnes, maka apa yang saya boleh cadangkan adalah laburkan ia ke jalan Allah dengan infaq dan sedekah.

Allah dah janji ia akan diganti dengan ganjaran hingga 700 kali ganda. Guranteed return. Logik kita, kalau kita sedekah RM100 maka harta kita berkurang RM100. Buang logik kita tu dan yakin dengan janji Allah.

Sedekah dan infaq takkan menyebabkan harta kita makin berkurang, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah. - HF

#harithfaisal

Kenapa harga emas jatuh semalam?

Kenapa harga emas jatuh semalam?

Jawapannya, semalam 7/8/2029 (Jumaat) ada berita yang besar dan boleh menggerakkan pasaran telah keluar.

Namanya non-farm payroll ini.

Data ini mengukur samada pekerjaan bertambah atau berkurangan di US pada bulan lepas.

Data ini penting kerana ia memberi gambaran terhadap kekuatan ekonomi US. Apatah lagi ketika US menghadapi ancaman COVID-19.

Adakah Covid-19 menyebabkan orang US hilang pekerjaan? Berapa banyak peluang pekerjaan baru dicipta? Ini semua dijawab di dalam

Data pekerjaan semalam adalah positif.

Ia menunjukkan pertambahan 1.8 juta pekerjaan, melepasi jangkaan penganalisis iaitu 1.48 juta pekerjaan.

Maklumat ini menggambarkan ekonomi US kuat kerana berjaya mencipta lebih banyak peluang pekerjaan meskipun mereka menghadapi ancaman Covid-19.

Pasaran saham meningkat dan emas jatuh.

Action plan. Beli emas dan perak untuk jangka masa panjang. Sebab masih banyak faktor untuk kekalkan momentum kenaikan harga.

#NotaEmasDaripadaMahaguru

Wednesday, 29 July 2020

Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High

Harga emas mencapai harga US$1,974.40 pada hari Selasa (28 Julai 2020) iaitu paras All-Time High seperti yang dapat dilihat dalam dagangan komoditi berharga itu di Intercontinental Exchange (ICE).

Sebenarnya emas berada dalam tren menaik sejak penguhujung tahu 2019 lagi di mana komoditi berharga ini merekodkan kenaikan enam daripada tujuh bulan pada tahun 2020.

Emas juga membuat kenaikan lima bulan berturut-turut jika dilihat dalam dagangan di ICE. Hanya pada bulan Februari sahaja komoditi ini mengalami kerugian selepas membuat kenaikan dua bulan berturut-turut pada Disember 2019 dan Januari 2020.

Emas sering menghiasi tajuk utama berita apabila berlakunya risiko dalam pasaran yang menunjukkan peralihan pelabur kepada aset selamat. Safe-haven di sini bermaksud pelaburan yang dapat mengekalkan atau meningkatkan nilai dana pelaburan semasa pasaran dalam keadaan berisiko.

Pergerakan harga emas di ICE. Sumber: Investing.com

Bulan ini sahaja nilai emas meningkat sehingga 8% dan kenaikan lima bulan berturut-turut pada bulan Julai adalah yang pertama sejak 10 tahun yang lepas.

Penganalisis di CNBC, Jim Cramer berkata emas bukan sahaja disokong oleh ketidakpastian ekonomi global, malah kelemahan nilai US Dollar itu sendiri.

Bertrillion US Dollar yang digunakan dalam perbelanjaan kecemasan oleh kerajaan AS dan program pencetakan wang yang dilakukan oleh The Federal Reserve menyumbang kepada kelemahan US Dollar.

Dengan sifat emas sebagai penyimpan nilai (value-retainer) dan juga sebagai satu aset safe-haven, emas mendapat permintaan tinggi daripada pelabur sejak akhir-akhir ini disebabkan banyak ketidaktentuan di dalam pasaran global.

Daripada krisis penularan Covid-19 hinggalah ketegangan antara Amerika Syarikat dan China kepada ketidaktentuan dalam pakej rangsangan ekonomi AS, semua ini adalah pemangkin kepada kenaikan harga emas sejak hujung tahun lepas.

Kebiasaannya kedua-dua instrumen emas dan US Dolar ini bergerak songsang, tetapi anda boleh lihat pergerakan yang sejajar antara bulan Mac hingga Mei dan menjadi songsang semula pada Jun hingga ke hari ini.

Emas VS. Indeks US Dollar. Sumber: CNBC

Tiga Sebab Utama Kenaikan Harga Emas

Pertama, penularan wabak Covid-19 tidak dinafikan adalah risiko terbesar kepada ekonomi dunia. Bermulanya penularan wabak ini pada penghujung 2019 telah banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi global.

Aktiviti ekonomi terpaksa dihentikan, pergerakan penduduk dihadkan sehinggalah arahan perintah berkurung di sesetengah negara yang teruk terjejas oleh koronavirus. Jadi, ini sebab kepada penurunan pasaran saham pada sekitar suku pertama tahun 2020 yang menyebabkan pelabur beralih kepada emas.

Belum lagi vaksin kepada wabak Covid-19 ini dapat dihasilkan, muncul lagi satu risiko baru kepada ekonomi dunia iaitu ketegangan antara Amerika Syarikat dan China.

Sebenarnya semua ini telah bermula sejak Presiden Trump memenangi pilihanraya Presiden AS pada November 2016. Malah pasaran telah mula bergolak sejak kempen pilihanraya itu lagi apabila Trump menunjukkan bahawa dirinya tidak mesra China dan menuduh China pada masa itu banyak mengambil kesempatan terhadap Amerika Syarikat. Dan Trump berjaya mendapat sokongan rakyat hasil daripada tuduhan-tuduhan tersebut.

Nampaknya, isu ketegangan AS-China masih berterusan selepas hampir empat tahun dan tiada tanda-tanda ianya akan berakhir dalam masa terdekat. Kita dijangka akan terus melihat serangan-serangan oleh kerajaan AS terhadap China menjelang pilihanraya Presiden AS pada November ini. Serangan terhadap China adalah antara senjata ampuh Presiden Trump untuk memenangi Pilihanraya Presiden kali ini sama seperti empat tahun lalu.

Ketiga adalah isu ketidakpastian dalam pakej rangsangan ekonomi AS. Ahli-ahli yang berhormat dalam Dewan Senat AS tidak mendapat kata putus sejak beberapa minggu lalu dalam aspek pakej rangsangan fasa empat walaupun rangsangan semasa akan tamat pada hujung bulan ini.

Kemaskini terbaru dari Speaker Dewan Nancy Pelosi (Demokrat) dan Pegawai White House menunjukkan perbezaan pendapat antara Parti Republikan pimpinan Trump dan Parti Demokrat dari pihak pembangkang.

Para penganalisa global percaya emas mampu mencecah harga US$2,000 dan mampu mencapai US$2,300 jika banyak lagi ketidakpastian di dalam ekonomi. Tetapi dalam satu keadaan yang lain, ada kemungkinan juga emas membuat retracement hingga US$1,525 atau US$1,450.

Sumber Rujukan:


7 Jenis Emas Yang Ada Di Malaysia

Jenis emas selalunya ditentukan mengikut nilai gred dan nilai kualiti sesuatu emas tersebut. Emas mempunyai nilai harga yang berbeza dan boleh anda nilaikan berdasarkan jenis emas tersebut.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis emas yang tinggi ketulenannya, biasa-biasa dan juga sedikit ketulenannya. Jom lihat jenis-jenis emas di Malaysia.

1. Emas 999

Jenis emas 999 adalah emas asli yang mempunyai ketulenan 99.9%. Ia juga turut dipanggil emas 24K. 

Untuk pengetahuan anda, jenis emas yang paling mahal ini sesuai digunakan untuk pelaburan dan juga simpanan.

2. Emas 950

Emas 950 ini adalah jenis emas yang seringkali digunakan dalam pembuatan cincin dan gelang tangan. Jenis emas yang dikenali sebagai 23K ini mempunyai kandungan emas sebanyak 95% dan 5% pula adalah campuran bahan lain.

3. Emas 916

Emas 22K juga adalah nama lain bagi emas 916 ini. Emas ini paling banyak digunakan dalam penghasilan gelang tangan, rantai, cincin dan barang perhiasan wanita.

Ia terdiri daripada 91.6% emas, 5% perak, tembaga 3.4% dan bahan lain sebanyak 8.4%.

4. Emas 835

Orang Kelantan pasti amat mengenali emas ini kerana ia amat popular di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Emas yang turut digelar emas 20K ini mempunyai 83.5% kandungan emas manakala 16.5% adalah kandungan campuran bahan yang menguatkan emas tersebut.

5. Emas 18K

Emas 18K juga terdapat di Malaysia dimana ia mengandungi beberapa bahagian. Bahagian emas adalah sebanyak 18, 6 pula adalah bahagian satu atau lebih logam dengan 75% adalah emas.

6. Emas 14K

Emas 14K terdiri daripada kandungan emas sebanyak 58.3%, 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih logam. Kita boleh membuat semakan di mana-mana kedai emas untuk memastikan ketulenan emas tersebut.

7. Emas 12K

Mengandungi 12 bahagian emas, Emas 12K juga mempunyai 12 bahagian daripada satu atau tambahan logam. Ketulenan emas bagi emas 12K adalah sebanyak 50% emas.

Oleh itu, kita perlu tahu emas mana yang sesuai untuk dipakai, disimpan dan dilabur.

Sumber: Majalah Labur

Monday, 27 July 2020

Mengapa perlu melabur emas?

Mengapa perlu melabur dalam emas?

*1) Emas adalah sesuai untuk kepelbagaian.*
Emas punyai sejarah perkembangan berbeza berbanding instrumen kewangan lain, dan biasanya tidak memberi tindak balas sama terhadap keadaan pasaran yang menjejaskan saham, bon dan harta. Oleh itu, mempunyai pelaburan yang kecil dalam emas boleh meningkatkan kepelbagaian keseluruhan portfolio anda.

*2) Emas mempunyai kecairan yang baik.*
Tidak seperti pelaburan lain, emas diniagakan secara berterusan di seluruh dunia. Ini bermakna anda boleh beli atau jual pelaburan emas bila-bila masa. Ini amat berguna jika anda dapati diri anda dalam kedudukan di mana anda perlukan wang tunai. Bezakan ini dengan melabur dalam hartanah – yang mengambil beberapa bulan untuk dijual.

*3)Emas sebagai perlindung nilai terhadap inflasi.*
Emas bukan sekadar satu pelaburan. Pelabur kadang kala merujuk kepada emas sebagai sejenis mata wang. Walau bagaimanapun, tak seperti mata wang yang kerajaan boleh cetak banyak, nilai emas tak dipengaruhi oleh sebarang undang-undang kerajaan sesebuah negara.

*4) Emas melindungi terhadap ketidaktentuan.*
Melihat prestasi masa lalu, emas adalah salah satu kelas aset yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada masa yang tak menentu. Sebagai contoh, semasa krisis kewangan 2008-2009, harga emas melonjak apabila pasaran saham terhempas, pelabur panik dan mula menjual stok mereka dan membeli emas.

Sunday, 26 July 2020

BUYA HAMKA - TENTANG REZEKI

:: *BUYA HAMKA - TENTANG REZEKI* - ::

Memahami konsep rezeki sangat penting dalam menentukan sejauhmana rasa syukur seseorang itu. Tidak sedikit manusia hanyut dibawa perasaan tidak puas hati dengan apa yang mereka miliki.

Mereka menyangka yang didapat itulah rezeki mereka, padahal yang tidak didapat itu juga satu rezeki.

Kata Buya Hamka :

“ Rezeki bukan bermakna kamu dapat apa yang kamu nak, tapi bila sahaja kamu terima apa yang Tuhan beri. Kamu belajar tentang sirah Maryam a.s, tahu Maryam itu tidak berkahwin tetapi dapat anak. Itu rezeki dia. Kamu belajar tentang sirah Aisyah r.a, tahu Aisyah itu berkahwin tetapi tak dapat anak. Itu rezeki dia. “

“ Orang ada suami, isteri, anak bermakna ada tanggungjawab. Mudah dapat pahala. Itu rezeki dia. Tapi mudah dapat dosa. Yang tidak berjodoh, tidak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab risiko nak menjawab depan Allah kelak. “

“ Ada tak semestinya untung, tidak ada tak semestinya rugi “

Sumber: FB Fedtri Yahya

Saturday, 25 July 2020

Harga emas murah baru beli

Ada yang kata percayalah..nanti harga emas akan turun bila ekonomi dunia dah stabil... actually beli emas masa ade duit..xkira la emas turun ke naik..ade duit jalan..harga emas turun pun tapi hang xdak duit tiada gunanya..turun naik itu biasa... tapi setakat ni xde maknanya emas nak turun sampai zaman 1990 an dl...
Rm20/g pun cakap mahal...rm200 pun kata mahal ..so bilanya emas nak murah🤭🤭

Friday, 24 July 2020

Julia 2020: Harga emas naik mendadak

Antara faktor yang boleh meningkatkan harga emas dalam jangka masa panjang ialah persengketaan diantara US dan China.

Perkembangan terbaru hari ini 22/7/2020, US mengarahkan China untuk menutup pejabat konsulat China di Houston.

US mendakwa arahan untuk menutup konsulat jeneral China di Houston dibuat untuk melindungi harta intelek Amerika dan maklumat peribadi warganya.

China telah berikrar untuk bertindakbalas.

Mula mula mereka bergaduh pasal trade war
kemudian mereka bergaduh pasal Coronavirus.

Gais, ini adalah berita besar.
Ini kerana US adalah kuasa ekonomi dunia nombor 1 dan China adalah ekonomi dunia nombor 2.

Pertelingkahan politik antara kedua kuasa besar ini mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik dunia.

Saya percaya selagi kedua kuasa besar ini berkonflik maka potensi emas untuk menaik sangatlah tinggi.

Kenapa? Sebab China adalah pemegang hutang US yang kedua terbesar selepas Jepun (dahulu China merupakan pemegang hutang terbesar US)

Apabila US dan China bersengketa, maka dalam jangka masa panjang China akan mengelak daripada memegang hutang US. Mereka akan membeli aset lain seperti emas atau hutang negara lain. Jadi ini boleh menaikkan harga emas dalam jangka masa panjang.

Gais, lagi satu point saya nak cerita. Lebih kurang 3 bulan lagi US akan mengadakan pilihanraya presiden (3/11/2020). Berkemungkinan besar tindakan ini ada kaitan dengan pilihanraya presiden.

Dalam 3 bulan ini, saya jangkakan banyak perkara-perkara mengejutkan boleh berlaku.

Biasanya perkara-perkara mengejutkan akan melonjakkan harga emas.

Invest emas untuk jangka masa panjang ok!

Friday, 17 July 2020

Apa yg tercermin di hati itu terzahir di bibir

Pernah dengar tak orang cakap “eh aku mulut je Lazer and jahat, tapi hati baik tau!”

Saidina Mu'az bin Jabal bertanya kepada Rasullulah "Wahai Rasulullah, pesankanlah sesuatu kepadaku. Maka Rasulullah SAW lalu mengeluarkan lidahnya yang mulia dan bersabda: "Kamu hendaklah menahan ini.. Kamu hendaklah mengawal lidahmu yang seperti lidahku ini daripada berkata sesuatu yang dilarang oleh syarak atau yang menyakiti”

Rasulullah SAW juga pernah berpesan “yang membawa manusia ke dalam syurga adalah sifat taqwa dan kebaikan”. Lalu ditanya lagi oleh sahabat akan perkara yang membawa kepada neraka, lalu baginda bersabda “ lidah seseorang yang buruk akan membawa manusia ke dalam neraka”

Sy selalu ingtkan diri yang sebenarnya tajamnya kata-kata manusia ini lebih tajam dari sebilah pedang. Jika pedang mampu melukakan tubuh, kata-kata mampu melukakan hati. Lidah adalah utusan hati yang menunjukkan akal seseorang. Dan akal pula mampu membina kualiti diri.

Jom letak filter dalam mulut untuk jaga akal kita! ☺️🌹

Dr Azuraida Shahadan
Astro Prima

No money no talk

Pegang Duit tak selamat
Pegang Emas selamat

Duit akan habis dibelanja
Emas tak boleh dibelanja

Kawan datang pinjam bila dia tahu kita berDuit
Kawan tak datang pinjam bila kita kata kita hanya ada Emas

Duit semakin susut nilai
Emas semakin naik harga

Tak semua negara terima Duit kita
Semua negara terima Emas kita

Duit kertas bila dibakar jadi Abu
Emas bila dibakar masih Emas

Duit kertas kalau koyak tak laku
Emas kalau patah masih berharga

Simpan Duit sikit-sikit, lama-lama masih sikit
Simpan Emas sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Duit kertas akan hancur suatu hari nanti
Emas akan digunakan sebagai wang bila tiba waktunya nanti

Ada Duit belum tentu ada Emas
Ada Emas sudah tentu ada Duit

Thursday, 9 July 2020

APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI?

Renungan Pagi

*APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI?*

Orang yang mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya

Beberapa waktu kemudian

Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari “mimpi” buruknya.

Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.

Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain putih sambil bertanya dan terpegun,

“Dimana bajuku? Dimana seluarku?” Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah “Dimanakah aku?” “Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?” Kemudian dia mulai menyadari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.

Berteriak lah dia sekuat-kuatnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap boleh menyelamatkannya:

“Makkkkkk….!!!!
“Ayaaaaaah…!!!!”
“Abangggggg!!!"
"Atokkkkk!! "
“Neneeeek!!”
“Kakaaaaak!!!”
“Sahabaaaaat!!!”

Tidak ada seorang pun yang menjawab nya. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.

Menangis lah dia sambil meminta ampun,

“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampuni aku ya Allaaaaaaah….!!!”

Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.

Jika dia orang baik (soleh/solehah), maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan menemaninya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan layanan yang terbaik.

Jika dia orang buruk (tidak beriman/kafir), maka datang dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai dengan keburukannya.

Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur

Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.

Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah dua malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan soal jawab.

Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimana pun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk menyoalnya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”

Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.

Jangan risau setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesusahan.”

Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)

Allahu Akbar, terasa mengigil selepas membaca hadits ini. Mengigil teramat sangat, yang penuh pengharapan sekaligus kerisauan. Mengigil kerana tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus mengigil ketakutan, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.

Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapakku, dosa keluargaku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa seluruh kaum muslimin muslimat, Ya Allah, jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak sesuai berada di SurgaMu YaAllah... Aamiinnnnn.

Kredit Firdaus Danial

Kenapa ramai rakyat Malaysia tak mampu nak bersara?

09 July 2020

Purata jangka hayat rakyat Malaysia untuk lelaki adalah 72.5 tahun dan bagi perempuan 77.4 tahun.

Pada tahun 2017, KWSP (EPF) telah meningkatkan Target Simpanan Minima (Minimum Savings Target) pada umur 55 tahun dari RM197,000 ke RM228,000.

Hanya 18% ahli KWSP yang mempunyai simpanan sebanyak itu.

Lebih 68% ahli berusia 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000!!

Cuba fikir, hanya tinggal 1 tahun je lg untuk bersara, 2/3 daripada ahli KWSP, simpanan mereka kurang drpd RM50k!

RM50k ini secara purata akan hilang kurang daripada masa 5 tahun.

Ahli KWSP yg ke-5 tercorot pula purata simpanannya hanya RM6,909

70% rakyat Malaysia sangat bergantung kepada simpanan persaraan mereka.

Terdapat yg masih bekerja walaupun telah bersara. Ada yang bekerja sebagai pemandu teksi, grab, mycar..

*Salah ke fenomena ini?*

Ini tidak salah. Kerana sudah terbiasa bekerja..Tidak betah tinggal di rumah..ini antara alasan yg sering didengar..

Kebiasannya, simpanan rakyat Malaysia sebenarnya cukup untuk kehidupan yg selesa selepas bersara.

Kalau anda dalam golongan di atas, apa yg anda akan buat? Masih bekerja walaupun telah bersara? Atau berehat dan beribadat, menonton wayang, melancong mengelilingi dunia?

Dividen KWSP telah menunjukkan penurunan sejak 5 tahun yg lalu. Dan statistik menunjukkan bahawa kebergantungan sepenuhnya kepada KWSP untuk persaraan anda adalah sangat tidak relevan untuk masa kini.

Sebabnya anda tidak akan punya masa yang cukup untuk berehat dan menikmati persaraan anda dengan tenang kerana masih terpaksa bekerja.

Ini realiti masa kini. 'kalau saya tak bawa teksi, mycar, grab, uber, siapa nak bawa penumpang ke destinasi yang dituju?', 'kalau saya tak kerja sebagai pengawal keselamatan, mana ada anak muda yang sanggup bekerja seperti ini!'

Betul. Bukan semua rakyat Malaysia yang bersara menjadi pemandu, pengawal.. Dan tidak ada dosa pun, asalkan kerja nya halalan toyyiban..

Gaji yang kecil, hutang perumahan, kadar inflasi, ketidakpastian ekonomi and list goes on...

*Why it is important to start planning early?*

*what then needs to be done?*

1) *Jangan* pandang rendah keperluan persaraan anda
Bila rancang bajet persaraan, 'tanya diri sendiri, berapa banyak yg diperlukan setiap bulan?, nak kekalkan kualiti hidup yg sama, nak naikkan taraf hidup, atau nk hidup seadanya?'

2) *Simpan* seawal yg mungkin
Jangan tangguh, biar berdikit lama2 jadi bukit..
*"Your future is created by what you do today, not tomorrow"*. Jadi *start now*

3) *Diversify* ur investments
Target simpanan minima KWSP pada usia 55 tahun (RM228,000), kita hanya akan mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM950 over the next 20 years.

Inilah pentingnya untuk memulakan pelaburan anda dan bukan hanya bergantung pada dana KWSP anda sahaja!

Ingat! Rancanglah untuk melalui kehidupan selepas bersara tanpa perlu risau akan kehabisan duit atau menghabiskan simpanan persaraan anda.

For those who have been thinking about starting but havent got off the ground yet, this is the best time to start.

And for those who are already on board, it's a great time to add on.

Tuesday, 7 July 2020

Simpanan dan Takaful

08 July 2020

Kos pendidikan semakin meningkat..org cina, once anak dorang lahir, dorang akan ambil pelan pendidikan tuk anak2 dorang..orang Melayu, lebih suka cara lama, menabung di ASB, TH, dan sekarang ada SSPN-i, tp tak ramai yg terbuka untuk menyimpan dengan takaful, sebab sesetengah org fikir, insurans ni menipu..

tak ramai yang tahu, menabung dengan takaful adalah simpanan selamat dengan dividend dan perlindungan..macam mana nak tahu, kalau takde org bgtau, atau kita sendiri taknak ambil tahu..macam mana org cina tak heran nak hantar anak dorg ke private uni mahupun oversea, org Melayu lebih suka harapkan gomen dan belajarlah di mana pun sama saja..betul dah tu, tp sebagaimana anda fikir simpanan tetap adalah selamat, bukankah lebih baik simpanan tetap dan lebih menjana pulangan itu lebih baik..

Bagaimana pelan pendidikan di takaful ni? Betul ke pelan ni lagi baik dari simpanan Tabung Haji, ASB, SSPN? Kalau ada yg bijak sikit, lebih suka simpan dalam UT.. Tp kenapa org kita susah nak terima pelan pendidikan dalam Takaful? Sebab takde org bagitau? Sebab kita sendiri yang tolak mentah2? Entahlaa, otak ni cannot brain lah dengan insurans ke takaful ni..apa beza pulak insurans dengan takaful? Wait. Nanti kita rungkaikan ye..

Bagaimana pelan pendidikan bertindak? Sebenarnya, takaful ini ada pelbagai pelan perlindungan mengikut keperluan anda. Tapi hari ni, sy nak cerita pasal pelan pendidikan disebabkan kos pendidikan semakin hari semakin meningkat. Pelan pendidikan ni sebenarnya lebih kepada simpanan tetap serendah RM100 je sebulan (mengikut syarikat takaful), dengan manfaat perlindungan seperti kemalangan, bil rawatan hospital, penyakit kritikal dan manfaat kecemerlangan akademik..

Konsep insurans dan takaful sebenarnya lebih kurang sama tapi tak sama langsung..Insurans adalah conventional protection manakala Takaful adalah Islamic protection yg menggantikan insurans konvensional yg ada unsur riba (interest), gharar(uncertainty), maysir(gamble)..jadi sebagai Muslim, sekiranya diberi pilihan, pilihlaa takaful..walaupun masih ada yang kurang yakin (atau memang benci teruk) dengan takaful, again, this is not for your reading, this is only for those yg nak tahu..

TAKAFUL ni macam kutu ke? Wait, takaful bukan sekadar nk kutip bayaran bulanan anda tapi lebih kepada membantu mengumpul duit dari semua peserta (pemain kutu), dan mengagihkan kepada yang memerlukan terlebih dahulu.. Dalam bahasa mudah, takaful sebenarnya membantu anda bersedekah secara senyap di mana ada sebahagian sumbangan anda di dermakan dan di laburkan ke institusi yg patuh syariah..

Ada yang tertanya2, kalau sy tak pernah claim, burn lah kan duit sy tu? Ini yg silap. Silap anda atau silap agent yang tak terangkan secara terperinci mengenai sijil anda. Anda perlu tahu, apa tujuan anda ambil takaful (perlindungan @ pelan), dengan siapa anda berurusan (syarikat takaful)..bila tahu dan faham dua ini, mesti rasa risau duit burn macam tu je berkurangan..

Friday, 3 July 2020

*Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh*

Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelia pasaran saham. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian.

Apabila saham disenaraikan di pasaran Bursa, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.

*Kriteria Saham*

Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut:

1) Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.

2) Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.

3) Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.

*Dalil Zakat Saham*

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipananskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya…” (Sahih Muslim)

Zakat *tidak perlu dibayar* atas saham dan dividen saham *sekiranya sesebuah syarikat tersebut telah pun mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya.* Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat perniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian. 

*Pengiraan Zakat Saham*

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki *melebihi setahun* dan saham-saham yang dijual beli untuk tempoh *kurang daripada setahun.*

Saham yang disimpan selepas setahun akan dikira mengikut harga *terendah* saham dalam tempoh setahun didarabkan dengan jumlah unit saham yang dimiliki, sebagai contoh:

= Nilai Saham (dalam harga terendah) x 2.5%

*Pengiraan Zakat Saham*

= RM55,000 x 2.5%
= *RM1,375*

Bagi saham-saham yang dijual beli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya.

*Pengiraan Zakat Saham*

= Jumlah Keuntungan x 2.5%
= RM20,000 x 2.5%
= *RM500*

*Boleh ke zakat dikenakan ke atas saham yang tidak patuh syariah?*

Boleh. Tetapi tertakluk kepada wang modal asal sahaja.

Contoh; Ali melaburkan RM100,000 dengan membeli saham syarikat Arak Itu Haram Bhd. Ketika cukup Haul, modal asal Ali telah meningkat menjadi RM120,000 dengan pertambahan sebanyak RM20,000. Disebabkan saham tersebut tidak patuh syariah, maka zakat hanya diwajibkan ke atas RM100,000 sahaja. Nilai untung RM20,000 yang diterima tidak diwajibkan zakat. Ia sepatutnya diberikan kepada Baitulmal. Ali juga dinasihatkan supaya berhenti membeli saham-saham tidak patuh syariah.

*Belajar Kira Zakat Saham Sendiri & Bayar Online*

Walaupun kita hanya baru untung sedikit, perlu sekiranya kita belajar untuk mengira zakat saham hari ini. Boleh guna Kalkulator Zakat Saham yang dibangunkan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.

Kerana setiap daripada rezeki dan keuntungan yang kita perolehi, ada bahagian orang lain di dalamnya. Maka rajin-rajinlah bayar zakat agar hidup kita bertambah berkat.

#kredit to majalah labur

Pelaburan saham tidak dikenakan cukai?

Kebiasaannya, kita akan kaitkan pelaburan saham dengan golongan kaya-raya. Dan sekiranya mereka untung dalam pelaburan saham, adakah adil mereka ini tidak dikenakan cukai? Seolah-olah kita membenarkan golongan yang kaya menjadi bertambah kaya?

Soalan: Adakah Pendapatan Yang Diperoleh Daripada Pelaburan Dikenakan Cukai? Kenapa? Boleh Jelaskan?

Perkataan “pelaburan” dan “jual beli” itu merupakan dua kaedah untuk menjana keuntungan.

Malaysia tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan modal (Capital Gains Tax) kecuali cukai atas keuntungan pelupusan harta tanah dan pelupusan saham dalam Syarikat Harta Tanah di bawah CKHT seperti dinyatakan di atas.

Oleh itu, sama ada satu pelaburan itu dikenakan cukai pendapatan atau tidak, adalah satu penentuan fakta.

1) Sekiranya pelabur hanya membuat pelaburan secara pasif contohnya membeli saham dan memegang saham tersebut semata-mata bagi mendapatkan pulangan dividen, maka dalam keadaan ini keuntungan hasil daripada jualan saham tidak dikenakan cukai pendapatan.

2) Sebaliknya, sekiranya, pelabur menjalankan aktiviti jual beli saham secara aktif dan terancang maka dalam keadaan sebegini pelabur dianggap menjalankan perniagaan jual beli saham (trading of shares) dan keuntungan atas jualan saham ini adalah dikenakan cukai pendapatan sebagai keuntungan dari perniagaan.

3) Dengan lain perkataan, sekiranya pelaburan tersebut menjana keuntungan yang berulang-ulang disebabkan wujudnya ciri-ciri perdagangan (badges of trade) maka keuntungan hasil daripada aktiviti jual beli saham adalah tertakluk kepada cukai pendapatan.

Kesimpulannya, sekiranya suatu pelaburan yang dibuat itu merupakan aktiviti perdagangan atau komersil yang menjana keuntungan seperti pelaburan dalam saham, pelaburan daripada penjualan harta tanah, pelaburan emas dan sebagainya maka keuntungan daripada jual beli pelaburan ini adalah merupakan pendapatan perniagaan yang dikenakan cukai pendapatan.

Sekiranya, semasa aktiviti jual beli pelaburan ini mengalami kerugian, maka pelabur hanya perlu melaporkan kerugian dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi suatu tahun taksiran itu dan jumlah kerugian tersebut boleh dibawa ke tahun taksiran berikutnya sebagai tolakan.

Pelabur tidak boleh menyatakan alasan kerugian sebagai alasan untuk tidak melaporkan pendapatan mereka yang diterima hasil dari aktiviti pelaburan.

*Full-Time Trader Wajar Isytihar Keuntungan Mereka*

Saya percaya bahawa ramai di sini yang merupakan full-time trader dan ‘gaji’ mereka adalah daripada keuntungan jual beli saham. Kebanyakannya terdiri daripada intraday trader dan yang jual beli saham dalam jangka masa hanya beberapa jam, hari atau minggu.

*Long-Term Investor Pula Cukup Sekadar Bayar Zakat Saham*

Manakala bagi mereka yang membeli dan memegang saham untuk jangka masa yang panjang, mungkin berbulan atau bertahun pula; cukuplah sekadar membayar zakat saham. Boleh rujuk Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh (next entry).

*Tahukah Anda Ada 2,293,927 Pembayar Cukai Bagi Tahun Taksiran 2016?*

Dan yang terakhir sekali, berikut merupakan Jumlah Pembayar Cukai Kategori Individu Pendapatan Penggajian (SG) & Pendapatan Selain Penggajian (OG) Yang Dikenakan Cukai Untuk Tahun Taksiran 2016.

SG : 1,852,079
OG : 441,848

#Kredit to Majalah Labur

Harga emas turun?

Ada yg tny sy, 'harga emas akan trun lg tak?' Sejujurnya, harga emas mmg ada trun naik, tp kalau trun, dia takkan trun dan kembali kepada harga zaman nenek moyang kita dulu..contoh, EMAS 999, harga sekarang dalam lingkungan RM270 di kebanyakan tempat, kalau ia turun sekalipun, mustahil ia akan menjadi RM100++, malah untuk kembali turun RM240++ pun agak mustahil. Penting sangat ke simpan emas??? haa kita sambung di lain entry😁

Harga emas naik?

Harga emas naik banyak malam ini.
(30/06/2020)

Apa sebabnya?

Federal Reserved Chairman Jerome Powell memberikan testimoni kepada House Financial Services Committee dan menyatakan situasi ekonomi US berada di dalam situasi tidak menentu.

Perkataan yang digunakan oleh Powell untuk menggambarkan situasi di US adalah “extraordinary uncertain”

Dalam bahasa Melayu, kita translate = sangat tidak menentu.

Ini menggambarkan keadaan US yang tidak menentu samada pulih dari kesan koronavirus atau tidak.

Gais. Apabila pengerusi bank pusat US mengeluarkan kenyataan seperti itu, maka emas akan melambung naik.

Ini kerana emas adalah aset selamat. Dalam situsi tidak menentu, pelabur dan pedagang akan lari kepada emas.

Emas mencecah 1786 USD sekarang gais 📈📈

Adakah ia boleh memecahkan harga 1800 USD?

Ya boleh jika situasi di Amerika menjadi semakin teruk akibat gelombang kedua COVID-19.

Sila share berita ini 😁 #share

#NotaEmasSyukorHashim

Monday, 29 June 2020

Zakat Emas

Sbg org Muslim wajib tahu pasal zakat emas. Emas perhiasan ni ada dua ktegori.

1) Emas yg dipakai
2) emas yg disimpan

Emas yg dipakai dibadan:

‘Uruf emas yg paling banyak dipakai dibadan adalah 150gm. Katalah dia pakai lebih dlm 250gm..yg dia kena bayar adalah 100gm mengikut ‘uruf yg ditetapkan...bukannya 250gm.

Kiraannya adalah:

250gm(pakai) - 150gm(‘uruf) = 100gm

100gm(lebihan pemakaian) x Rm145.12(kiraan emas skrg) x 2.5% (kiraan kadar zakat tetap) = RM362.80 (inilah jumlah kiraan yg kena bayar jika pakai melebihi yg ditetapkan dlm islam)

Bagi emas yg disimpan pula:

Limit simpanan adalah:

85gm - jik melebihi 85gm WAJIBLAH MEMBAYAR ZAKAT EMAS

Contoh simpan gold bar 100gm.

Kiraan:

100gm x rm145.12 x 2.5% = RM362.80 wajib dibayar SOLID HARGA BARANG YG DISIMPAN.....

Jdi sbb tu apabila kita nak memilikinya hendaklah kita berilmu.

P/s: ‘uruf tidak melebihi 150gm adalah bagi kwasan KL

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak
terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?? (Sahih Muslim)

Semoga bermanfaat.

Bagus soalan Fa'izatul Akma Mustafha sbb beliau rsa bertanggungjawab utk mengetahuinya.

Boleh share sbb saya juga dapat ilmu ini dari Ustaz Don Daniyal. Dh faham dan jelaskan? Jangan lupa dalam berhias dan berharta, BERZAKATLAH.tunaikan hak agamamu.

Thursday, 25 June 2020

Wasiat

Harta yang boleh diwasiatkan ialah:
(a) harta alih seperti kenderaan, wang tunai, wang
simpanan, barang kemas, syer, insurans, liutang dan
lain-lain.
(b) harta tak alih seperti rumah, tanah, bangunan dan lain-lain.

Kadar harta yang boleh diwasiatkan:
(a) tidak boleh melebihi kadar 1 /3 daripada jumlah
keseluruhan harta pusaka
(b) perlu mendapat persetujuan ahli waris selepas
meninggal dunia sekiranya melebihi kadar 1 /3.

Orang yang digalakkan berwasiat:

orang yang berhartaorang yang lanjut usiaorang yang tidak berkahwinorang yang mempunyai anak angkatorang yang berhutangorang yang tiada warismualaf

Keutamaan Pentadbiran Harta Pusaka
1.   Perbelanjaan Pengurusan Jenazah
2.   Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Agama
3.   Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Manusia
4.   Pembahagian Harta Sepencarian
5.   Menunaikan Wasiat (jika anda membuat arahan berwasiat kepada bukan waris seperti badan amal makisma 1/3 dari harta anda)
6.   Pembahagian Kepada Waris

*Pembahagian kepada waris anda akan dilakukan selepas 5 perkara di atas diselesaikan terlebih dahulu.  Ini kerana menurut wasiat Islam hutang tidak akan langsai sekalipun anda sudah meninggal dunia. Menyelesaikan hutang dengan Allah dan manusia menjadi keutamaan pentadbiran wasiat.

Bahagian Penting Dokumen Wasiat

Nasihat dan pesanan yang baik kepada isteri/suami , anak-anak dan ahli keluarga yang lain.Nama isteri/suami, anak-anak dan ahli waris.Pengagihan harta dan hutang yang dimiliki semasa hidup.Arahan untuk melunaskan segala hutangMenyatakan hasrat pengagihan harta kepada insan yang disayangi atau tujuan kebajikan.Pelantikan Wasi/Pentadbir, Pemegang Amanah dan Penjaga bagi anak di bawah umur.Arahan Pewasiat terhadap perbelanjaan yang diperlukan untuk mentadbir harta pusaka. Pewasiat boleh menyatakan larangannya supaya tidak menggunakan hartanya bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang ditinggalkan.Dokumen Wasiat mesti ditandantangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh 2 orang saksi yang berkelayakan. Ini bagi mengelakkan pertikaian kesahihan dokumen Wasiat selepas kematian Pewasiat. Jangan tunggu lagi sila hanta mesej anda kepada Perunding Wasiat Islam kami yg profesional sekarang.

Perlaksanaan Wasiat
Perlaksanaan wasiat akan dilakukan sebaik sahaja pewasiat meninggal dunia. Ia bermula dengan pihak Wasi membacakan dokumen wasiat kepada semua waris benefisiari dan yang ada hubungan dengan simati.

Tuesday, 16 June 2020

Takaful & Insurance Benefit Protection System

*Takaful & Insurance Benefit Protection System*

Ramai yg taktau, selain deposit bank, sijil takaful dan polisi insurans juga turut dilindungi *PIDM*

PIDM melindungi Sijil Takaful anda sehingga RM500,000 atau lebih jika sekiranya berlaku sesuatu yg tidak diingini kepada Operator Takaful atau Syarikat Insurans anda.

Perlindungan ini adalah automatik dan tidak memerlukan permohonan. 

*Apakah yg dilindungi?*

1)Kematian

2)Kecacatan Kekal

3)Perbelanjaan Perubatan - 100% expenses (Hospitalisation & healthcare costs)

4)Nilai Matang

5)Nilai Serahan Awal

6)Kerosakan @ Kerugian Harta Benda

*tertakluk kepada Sijil Takaful dan Polisi Insurans yg di isu kan di Malaysia dan menggunakan denominasi RM Sahaja.






Thursday, 11 June 2020

Perlukah saya tulis wasiat?

Kelebihan membuat Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka semasa hidup ialah ia akan mempercepatkan proses mendapatkan Surat Kuasa Pentadbiran sama ada di Pejabat Pusaka Kecil ataupun di Mahkamah Tinggi.

Kenapa majoriti rakyat Malaysia tidak berminat untuk menulis wasiat?

- tiada ilmu tentang pengurusan harta
- beranggapan bahawa faraid sudah mengcukupi sebagai penyelesaian. Tetapi, hakikatnya, faraid adalah kaedah pembahagian harta pusaka bukan cara pengurusan harta yg perlu diuruskan oleh waris
- tiada pendedahan situasi sebenar pengurusan harta tanpa wasiat
- tidak mahu memikirkan soal wasiat kerana menganggap diri sihat dan belum sampai masanya
- beranggapan wasiat hanya sesuai dibuat ketika uzur
- beranggapan kos pengurusan wasiat terlalu mahal

Jika saya tiada harta, perlukah saya berwasiat?

Wasiat bukan sekadar untuk mereka yang ada harta sahaja. Mereka yang mempunyai hutang juga wajib membuat wasiat dan jika anda ingin menyampaikan apa2 pesanan kepada waris selepas kematian, digalakkan juga untuk membuat wasiat.

Perancangan pusaka bukanlah menidakkan Faraid, tetapi ia memberi ruang untuk kita merancang kepada siapa kita hendak berikan harta kita.

Secara jelas dapat dilihat wasiat boleh membantu menjadikan proses tuntutan harta pusaka menjadi lebih mudah dan cepat.

Adakah esok kita masih ada?

Wednesday, 10 June 2020

*WANG VS EMAS*


*WANG VS EMAS*

Ada orang tanya wang fiat tu apa?
Wang fiat ialah duit kertas, syiling. Duit yg kita pakai ni di panggil wang fiat. Sebab sekarang ni duit yang dicetak tak disandarkan kepada emas.

Jadi, ianya mudah 'floating' dan mudah dimanipulasi dan itu sebab duit kita ni ade inflasi! Cuba tengok tiap-tiap tahun nak raya jer tengok macam-macam jenis warna duit keluar.

Anda tahu tak berapa kos cetak duit? Kos dlm sekeping tu mungkin dalam 20 sen jer tapi bila dicetak RM100 tengok berapa besar margin keuntungan!

Siapa yang keluarkan duit nie?? Tu sebab bila duit dah melambak kat pasaran sampai masa kita akan alami 'inflation static'

Malaysia ni selalu kata tahap inflation dalam 4%. Tapi hakikatnya dah dekat 10% tau! Sebab itulah simpanan kita dalam bentuk wang tu kena tolak inflasi 10% dan itulah sebenarnya nilai duit kita

JADI bila kita simpan EMAS FIZIKAL sebenarnya kita dah selamatkan kekayaan kita. Tahukah anda bahawa kita sebenar ditahap inflatisi yang tinggi. Barang akan sentiasa melambung naik! Segala-galanya akan naik!

JADI selamat la siapa yang ade simpanan EMAS FIZIKAL!
Dan sememangnya GOLD is REAL MONEY!!!
RM yang kita guna hari-hari tu sebenarnya wang fiat. Bukan matawang sebenar. Dan dari zaman nabi lagi dinar dan dirham (Emas dan Perak ) yang digunakan.

#kopipasta

Sunday, 7 June 2020

Kalau ada duit lebih, simpanlah emas...

Sy tulis, kalau ada duit lebih, simpanlah emas, tak rugi pun simpan emas. Terus dijawabnya,

"Kalau saya ada duit lebih, sy lebih suka simpan dalam ASB, TH dan lain2, lebih terjamin. Saya dah buat simpanan utk anak2, tak perlu pun ambil takaful or insurans."

Kawan-kawan. Begini. Cara kita nikmati kepuasan hidup tak sama. Cara kita memberi hadiah untuk diri sendiri pun tak sama. Minat kita juga berbeza-beza.

Ada orang, cukup suka memasak. Tapi dia tak kisah guna alat memasak kedai RM2. Ada orang, dia suka hadiahkan diri sendiri dengan benda yang memberi kepuasan pada dia.

Contohnya periuk harga mahal. Pada sesetengah orang, mungkin tak sesuai. Namun pada dia, dia puas dan bahagia sangat. Jadi rajin masuk dapur, jadi memasak dengan senyuman memanjang.

Sama juga dengan orang yang sangat minat travel. Ada duit lebih, terus pergi travel. Dia tak kalut nak simpan unit trust, dia tak kalut nak beli emas.

Bagi dia, travel itu bahagia. Biar tiada simpanan berjuta, namun dia ada sejuta memori yang orang lain tiada. Hidup singkat, dia nak nikmati dunia kiriman Tuhan ini seberapa banyak dia mampu.

Apakah dia salah? Pada saya tidak.

Apakah peminat periuk itu salah? Pun tidak.

Apakah yang suka membeli emas itu salah? Tidak juga.

Apakah yang suka beli rumah, melabur unit trust itu salah? Pun tidak.

Semua betul dengan cara yang tersendiri. Semua bahagia dengan cara mereka. Tiada penimbang mampu mengukur unit kebahagiaan kerana bahagia orang ini berbeza!

Yang salah cuma orang yang rasa dia betul dan nak suruh orang ikut dia sahaja. Dia suka emas, dia salahkan kaki travel tak simpan emas. Dia suka beli rumah, dia marah orang suka beli periuk mahal tak beli rumah. Bila kita selalu galakkan invest, dia ingat kita suruh dia masuk MLM, eh...dia tau dak MLM tu apa?

Haa, itu yang salah.

Kita tak sama. Emosi dan pemikiran juga tak sama. Apa target yang kita nak pun tak sama.

Tidak salah cuba educate orang berdasarkan apa tindakan paling tepat yang kita rasa orang perlu ikut.

Namun adalah salah jika kita paksa orang ikut cara kita tanpa meraikan pendapat orang. Nak ke taknak, tepuk dada, tanya iman. Kita ni sementara je di bumi Tuhan.

Haa, gituh!
Taklaa kakak tak marah, kakak cakap aje😊

#kopipasta entah dari mana, xleh nk quote, maaf🙇

Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,
'akan tiba satu zaman di mana tiada apa yg bernilai dan boleh digunakan umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan).
-Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal-

Sunday, 12 April 2020

EMAS KEKAYAAN TERUNGGUL, TETAPI KENAPA ADA YANG RUGI?

13/4/2020

EMAS KEKAYAAN TERUNGGUL,
TETAPI KENAPA ADA YANG RUGI?

Emas adalah kekayaan yang bersifat EVERGREEN.

Ia dianggap kekayaan yang unggul sejak dari sejarah awal manusia, dan akan terus dianggap unggul sampai kiamat sehingga Allah menggambarkan di dalam Al-Quran, emas sebagai ganjaran di Syurga!

(Rujuk Surah Al-Hajj, ayat 23)

Tidak seperti aset kewangan lain yang baru dijadikan sebagai aset kekayaan hanya beberapa ratus tahun kebelakangan ini, emas sudah dijadikan aset kekayaan manusia sudah beribu tahun. Tidak ada aset kewangan yang digunakan lebih lama dalam sejarah manusia berbanding emas.

Maka siapa rasa rugi simpan emas,  masalahnya bukan pada emas. Tapi masalahnya pada diri sendiri iaitu ILMU sendiri tentang emas.

Maka kalau nak menyimpan emas, pastikan dapatkan ilmunya sekali. Ilmu itulah yang akan membuatkan kita lebih kaya, dan sentiasa happy walauapapun situasi harga emas! InsyaAllah.

Credit to En Bad

EMAS ASET FIZIKAL MUDAH DIURUS

13/4/2020

EMAS ASET FIZIKAL MUDAH DIURUS
  
Emas Aset Fizikal yang mudah diurus berbanding aset fizikal yang lain. kelebihan nya:

Salah satu sebab saya suka emas ialah ia aset fizikal yang mudah diurus. Ia tak perlukan penyelenggaraan bulanan atau tahunan, tak perlukan geran pemilikan, tak perlu dimasukkan dalam pengistiharan harta, dan tiada bersangkut paut dengan sesiapa. Kekayaan tu SOLID berada di tangan kita dan ia aset fizikal yang paling senang diwariskan bila berlaku kematian.

Ia juga lebih peace of mind sebab emas tak terjejas daripada sebarang ketidaktentuan ekonomi dan politik. Pendek kata, kalau ekonomi dan politik negara tonggang terbalik sekalipun, simpanan emas kita tak akan jejas.

Yang kita hanya perlu fikir ialah aspek penyimpanannya sahaja. Bila dah disimpan di tempat yang selamat, dah tak perlu risau apa-apa dah. Biarkan emas tu duduk diam-diam di situ sehinggalah kita memerlukannya.

Sharing is caring
#mybankmuamalat
#muamalatgoldaccount
#cawangankemaman

Credit to En Bad

Aku manusia itu

Apa yg suka tentang keje sy adalah, setiap hari sy dpt ilmu, dan jumpa ramai org yg positif, baik dan membuat hari2 yg sy lalui terasa hebat.. Sy tak baik, tp takdelah jahat sgt (tetibe perasan😅) dan sy sedang cuba untuk berubah menjadi hambaNya yg lebih baik..apa yg sy share adalah apa yg sy dpt melalui org2 yg positif dan baik ini..sy juga manusia biasa yg tak lepas drpd melakukan dosa..kadang ada antara mereka yang Allah hantar untuk tegur saya..amal sy juga tak seberapa. Tp sy seboleh mungkin ingin berkongsi sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia lain. Sebab sy pernah terbaca, kalau kita tak mampu berkata yg baik, lebih baik diam.

Alang2 kita nak berkongsi sesuatu, berilah perkongsian yang membawa kepada kebaikan. Dan mana tahu, jika ada yg mengamalkannya, mungkin kita dapat tambah tabung pahala😁. Sy juga berharap seperti itu. Sy berharap sgt setiap perkongsian sy dpt melalui org2 hebat ini, dpt memberi kebaikan kepada org lain. Pun begitu, sy hanya manusia biasa, yang tidak lepas dari khilaf. Moga Allah ampunkan sy dan kita semua. Hidup ini cuma seketika, untuk apa bersengketa. Andai ada bicara yang menikam jiwa, andai ada tulisan mengguris sukma, andai ada perkongsian yg mengundang jelek di mata, hanya satu yg sy pinta, ampun dan maaf🙏 ikhlas dari saya, manusia biasa😊.

Thursday, 9 April 2020

Emas adalah pelaburan yg selamat

10/4/2020

Harga emas meningkat sebanyak RM6/gm hari ini, berbanding semalam RM243. Hari ini (10/4/2020), RM249/gm, harga emas semakin menghampiri RM250/gm. COVID 19 telah memberi kesan kepada ekonomi global. Hampir seluruh negara turut terkesan disebabkan pandemik ini. Kadar inflasi dan pengangguran di US semakin meningkat. Tidak dapat tidak, kita semakin menuju ke arah kemerosotan ekonomi secara serius. Disebabkan hal ini, ramai pelabur mula mencari pelaburan yang selamat iaitu emas.

Wednesday, 1 April 2020

Menunaikan Haji melalui simpanan emas

1 April 2020

Sudah tentu orang Islam mempunyai keinginan untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu ibadat Haji jika ia berkemampuan.

Untuk menunaikan objektif ini, ada yang sanggup menabung hampir seluruh hayat mereka melalui simpanan akaun simpanan tabung haji atau pelaburan dalam unit amanah. Ada juga yang sanggup menjual aset seperti hartanah atau kediaman sendiri. Ini tidak salah.

Tetapi ada alternatif lain yang ramai tidak tahu iaitu melalui simpanan emas. Bagaimana melalui simpanan emas, kita dapat menunaikan haji?

Dari sumber yang dikongsikan oleh Tabung Haji, Kos bagi menunaikan Haji dengan Tabung Haji adalah RM9980.

Pada tahun 2010, kos menunaikan Haji bersamaan 78.58gm emas. Apakah terjadi selepas 10 tahun? Pada tahun 2020, kos menunaikan haji tetap sama akan tetapi kita hanya memerlukan 45.36gm emas sahaja.

Kos Haji menurun sebanyak 42% sepanjang 10 tahun kalau dihitung menggunakan emas. Cuba bayangkan 10 tahun kehadapan. Adakah dengan hanya 20gm emas cukup untuk menunaikan haji?

Justeru simpanlah emas sekarang untuk kegunaan masa hadapan, untuk apa jua sebab samada menunaikan haji atau umrah, pembiayaan kos IPT, pengubahsuaian kediaman dan lain-lain.

Kesimpulannya, katakan kita menyimpan 1gm emas setiap bulan. Selepas 5 tahun, kita akan mempunyai 60gm emas yg sudah cukup untuk menampung kos haji berdasarkan kadar masa kini.

Tetapi jangan lupa, trend jadual menunjukkan harga emas sentiasa meningkat mengikut masa, justeru kita memerlukan kurang emas berbanding tahun2 yg lepas.

Bank Muamalat membuat pelaburan mudah untuk anda dengan menawarkan dari RM10 sahaja. Ini bermakna anda boleh menyimpan mengikut kemampuan anda.

Jangan cakap takde duit, sememangnya duit penting untuk hidup tapi tidak pernah cukup untuk gaya hidup.

Ingat, biar pun sikit-sikit, lama-lama jadi bukit😊

Nota kaki: pelaburan emas tidak memberikan keuntungan tetap. Tidak ada dividen atau kadar keuntungan yg berkaitan pelaburan emas. Keuntungan adalah berdasarkan potensi peningkatan nilai emas tersebut. Prestasi masa hadapan tidak tertakluk kepada prestasi masa lampau. Harga emas boleh naik turun mengikut aliran pasaran.

Monday, 16 March 2020

Covid 19- it's a right time to purchase gold

Assalamualaikum. Gold price drop another RM 3.00 today. US stocks market tumble,all commodities tumble too. The situation is similar to 2008 subprime ,where by the interest was brought down to 0% and funds was injected to the financial markets. Central Banks through out  the world have brought down the interest rate. The only difference is in current situation is we have COVID 19 to make things worse. Gold and other commodities on sell out to cover the margin call or to cover investors losses in the stock market. As mention earlier Central Banks have been injecting fund to the market to minimize losses. How long? So in current situation you are to invest with extra cash that you have after taken care your other commitments which is more important..As said many times invest regularly even as minimum of RM 50 to gain in long term.Be a smart investor . Be safe all. For free advise You can call or pm 011-32299267

Sunday, 15 March 2020

Family Takaful

M-Tiara Linked @ Education

Death- 150k,
TPD-100k
Hospitalisation- 100, 200, 500
Khairat Kematian- 2k
Critical illness - 36 diseases
Early payout- disease Diagnose
Partial withdrawal-at least 1000k
Waiver right-parent free -death, tpd, CI
Waqaf (5% to 30%) @ Badal Hajj

Saturday, 29 February 2020

End of political crisis 2020 for Malaysia: ALHAMDULILLAH

29 Febuari 2020

Selesai sudah kemelut ....angkat sumpah isnin ini.....

Perdana Menteri : Muhyiddin Yassin ( Menteri Dalam Negeri) (BERSATU)

Timbalan Perdana Menteri : Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan) (UMNO)

Timbalan Menteri KDN : Aziz Jamman ( WARISAN)
Timbalan Menteri Pertahanan : Saifuddin Abdullah

Menteri Kewangan 1 : Azmin Ali
Menteri Kewangan 2 : Mohamad Bin Hasan (senator) (UMNO)

Timbalan Menteri Kewangan : Tiong King Sing (GPS)

Menteri di JPM : Nik Zawawi (PAS)
Menteri di JPM: Nancy Syukri (GPS)
Menteri di JPM : Ahmad Maslan (UMNO)
Menteri di JPM: Ronald Kiande (Bersatu)

Timbalan Menteri di JPM : V.Saravanan (MIC )
Timbalan Menteri di JPM : Dr Asyraf Wajdi (Senator) (UMNO)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi : Mustapha Mohamad (Bersatu)
Timbalan Menteri : Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO)

Menteri Pengangkutan : Wee ka siong (MCA)
Timbalan Menteri : Jonathan Yasin

Menteri Pendidikan : Mahadzir Khalid (UMNO)
Timbalan Menteri : Liew Vui Keong (WARISAN)

Menteri Pengajian Tinggi : Shamsul Anuar Nasarah (UMNO)
Timbalan Menteri : Nik Mohamad Abduh (PAS)

Menteri Wilayah : Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri : Rozman Isli (WARISAN)

Menteri Pertanian : Shahidan Kassim (UMNO)
Timbalan Menteri : Awang Solahudin Hashim (PAS)

Menteri Sumber Manusia : Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
Timbalan Menteri : Syed Saddiq (Bersatu)

Menteri Pelancongan : Rina harun ( Bersatu )
Timbalan Menteri : Reezal Marican ( UMNO)

Menteri Luar : Takiyuddin Hassan ( PAS)
Timbalan Menteri : Hasbullah Osman (UMNO)

Menteri Pembangunan Wanita : Datuk Noraini (UMNO)
Timbalan Menteri : Mas Ermiyanti (Bersatu)

Menteri Kemajuan Luar Bandar : Ismail Sabri (UMNO)
Timbalan Menteri : Henry Sum Agong (GPS)

Menteri Belia dan Sukan : Khairy Jamaluddin (UMNO)
Timbalan Menteri : Ahmad Fadhli Shaari (PAS)

Menteri Industri Utama : Mohammadin Ketapi (WARISAN)
Timbalan Menteri : Halimah Mohd Sadique (UMNO)

Menteri Komunikasi dan Multimedia :Baru Bian
Timbalan Menteri : Shahar Abdullah (UMNO)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna : Hamzah Zainudin ( Bersatu)
Timbalan Menteri : Che Abdullah Mat Nawi (PAS)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri : Dorell Leiking ( WARISAN)
Timbalan Menteri : Jalaluddin Alias (UMNO)

Menteri Kerja Raya : Fadillah Yusof (GPS)
Timbalan Menteri : Ir Khairil Nizam (Senator) (PAS)

Menteri Tenaga Teknologi Sains & Alam Sekitar : Ismail Mohamad Said (UMNO)
Timbalan Menteri : Amiruddin Hamzah (BERSATU)

Menteri Kesihatan :Joseph Kurup (GBS)
Timbalan Menteri : Dr Shahruddin Md Salleh (Bersatu)

Menteri Pembangunan Usahawan : Marzuki Yahya (Senator) (Bersatu)
Timbalan Menteri : Robert Lawson (GPS)

Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan : Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS)
Timbalan Menteri :Ikmal Hisham Abdul Aziz (BERSATU)

Kredit to group whatsapp😄

Tuesday, 25 February 2020

Badal Hajj

HADIAHKAN BADAL HAJI KEPADA INSAN TERSAYANG

Adakah anda tercari-cari wakil untuk badal haji?

Buktikan kasih sayang anda kepada arwah ibu bapa atau saudara terdekat dengan menghadiahkan badal haji untuk mereka.

Di Bank Muamalat, kami menawarkan perkhidmatan badal haji.

PAKEJ BADAL HAJI 2020/ 1441H

Pakej Badal Haji 1(BHU1) RM1,900
Badal Haji dan Umrah

Pakej Badal Haji 2 (BHU2) RM2,500
Badal Haji, Umrah,  Tahlil, Khatam Al Quran dan Wakaf Al Quran

Pilihan - Aqiqah atau Qurban (RM650)
Seekor kambing atau satu bahagian lembu

Upah haji akan dilaksanakan oleh rakan niaga kami Tradewinds Travel Sdn Bhd hanya untuk ahli keluarga yang meninggal dunia sahaja.

Sijil dan Cenderahati akan diberikan kepada waris.

DAFTARKAN NAMA ARWAH AWAL UNTUK BADAL HAJI INI!

Untuk Keterangan lanjut sila pm
https://wasap.my/601132299267.

Friday, 21 February 2020

Wasiat

Lebih RM 70 Bilion nilai harta terbeku disebabkan tiadanya perancangan harta pusaka. Waris mengalami kesukaran untuk mencairkan aset si mati disebabkan proses pentadbiran yang rumit terutama bagi kes yang tidak mempunyai wasiat atau wasiat tidak lengkap.

23/2/2020
Faraid itu cantik dah, lelaki akan dapat DUA, perempuan dapat SATU. Yes lelaki dapat lebih, dapat hak dan tanggungjawab. Tapi zaman sekarang, ramai yang berminat dengan hak, tanggungjawab xnak ambil. Tak semua. Tapi ramai yang berubah watak jadi puaka sebab harta pusaka. Yes, kita tak nampak benda ni kalau tak jadi dalam keluarga kita.

Ramai yg xtau, selepas kematian seseorang, bank negara akan freeze kan acc si mati. Dan waris hanya dapat keluarkan RM3000 SAHAJA! What? Why? Itu kan duit peninggalan ayah sy untuk sy! Boleh keluarkan, tetapi selesaikan dulu prosedur2 yg ditetapkan. Kalau cukup semua dokumen yang diperlukan, barulah wang peninggalan si mati boleh dikeluarkan. Haa, itu baru wang dalam bank, bangaimana harta yang lain? Boleh ambil tahu dalam masa terdekat? Haa di sini lah wasiat itu perlu. Di dalam wasiat itu akan tercatat segala tentang harta peninggalan si mati. Walaupun yg ada cuma duit rm0.50, tak salah pun buat wasiat.

Macam mana wasiat ni berjalan? Betul ke boleh jamin saya akan dapat harta peninggalan arwah? Cop. Wasiat ni bukan penting kepada waris saja tau, penting juga kepada pemilik harta supaya hartanya itu diuruskan dgn betul. Yes kita mati, yg hidup akan teruskan hidup. Tapi ingatlah di dalam kubur nanti akan dipersoalkan, ke mana harta anda di laburkan di atas dunia ini. Hutang anda settle dah? Anak2 anda terbela ke? Isteri anda bagaimana? Mak ayah anda bagaimana? Kemaslahatan ini berlaku secara menyeluruh. Bukan semasa hidup saja, selepas meninggal pun tak aman. Tetapi jika harta kita diuruskan dengan betul inshaaAllah, pahala dan kebaikan itu sentiasa mengalir.

Macam mana nak buat wasiat? Wasiat boleh je ditulis di mana2 saja. Tetapi bagi menjaga keaslian dan kepentingan wasiat itu, lantiklah mana2 org yang dipercayai untuk dipertanggungjawabkan untuk menjalan kan wasiat tersebut setelah kita meninggal dunia. Kebiasaannya, untuk yang banyak harta pusaka yang akan ditinggalkan, lantiklah seorang wasi yang berkaliber, yang mana tidak akan mudah dipertikaikan oleh mana-mana waris nanti.

Kerana hanya wasi yang dilantik saja, yang boleh ambil tahu di mana, berapa jumlah total harta yang anda tinggalkan. Dengan wasiat inilah, harta peninggalan dapat diuruskan dengan cepat, mudah dan selamat. Dalam wasiat ini, boleh terkandung apa saja, permintaan doa, yasin, al fatihah, nasihat kepada waris, minta bayarkan hutang, dan harta diagih2 kan mengikut permintaan si mati, inshaaAllah.

Jadi jangan ingat selepas mati, kita pergi begitu saja, niatkanlah untuk pergi dalam keadaan baik, dan semuanya berjalan lancar ketika bertemu pencipta kita. Ok, nanti kita cerita lagi bab wasiat ni😘

Friday, 14 February 2020

Amal apa yang kita bawa?

15 Feb 2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Buat renungan di hujung minggu..sedikit perkongsian pagi ini.

4 Amanah Yang Akan Ditanya Kelak –
UMUR, ILMU, HARTA & DIRI

…Amanah berasal daripada perkataan Arab (أمن) yang bermaksud dapat dipercayai. Maksud dari sudut bahasanya boleh difahami sebagai tenteram, aman, selamat dan harmoni.

…Manakala dalam maksud yang lebih luas, amanah adalah penjagaan terhadap janji dan pemeliharaan terhadap apa yang diamanahkan. Menurut Ibn Araby, amanah adalah segala sesuatu yang diambil dengan izin pemiliknya atau sesuatu yang diambil dengan izin pemiliknya untuk diambil manfaatnya.

…Antara amanah yang paling jelas dapat dilihat pada diri seorang manusia adalah amanah usia (masa), ilmu, harta serta tubuh badannya sendiri seperti mana yang terkandung dalam hadis di bawah.

…Disebutkan daripada Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya” (HR Tirmizi, no.2341 – Status Hadis Sahih)

…Ibnu Kathir rahimahullah berkata, “Menunaikan amanah yang dimaksudkan adalah umum merangkumi segala yang diwajibkan pada seorang hamba, baik hak Allah atau hak sesama manusia”
(Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 4:124)

°°Umur dan masa yang dipinjamkan, ke mana dihabiskan dan dimanfaatkan?

…Ilmu yang dicari dan diperoleh pula bukan untuk tujuan bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk.

…Antara persoalan yang perlu difikirkan ialah.

°°Adakah ilmu yang dimiliki bermanfaat?
°°Adakah ilmu tersebut diamalkan?
°°Adakah ilmu tersebut disebarkan?

…Setiap harta yang dimiliki juga akan ditanya.

°°Adakah ianya diperoleh melalui jalan yang halal atau haram?
°°Setiap sen yang dibelanjakan pula akan ditanya ke mana ia dibelanjakan?
°°Adakah manusia menjadi kedekut kerananya?
°°Adakah manusia mengeluarkan sedekah daripadanya?

…Tubuh badan yang kita gunakan untuk melakukan pekerjaan setiap hari ini juga akan ditanya.

°°Adakah ia melihat perkara yang baik, mendengar perkara yang baik?
Adakah kita menggunakannya untuk mendatangkan kebaikan kepada manusia °°atau menyakiti manusia dengannya?

…Justeru, semasa hidup, persoalan penting ini perlu sentiasa ditanyakan kepada diri supaya kita sedar tentang hakikat amanah yang dipegang sebagai seorang hamba. Semoga ia menjadi pelaburan yang menguntungkan di akhirat kelak.

ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ …

Mudah2an Kita Semua tergolong didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah SWT ...aamiin yra...

Kredit: IWA group w/app