Assalamualaikum,
Apa itu khairat kematian? Pernah dengar tak ni pasal khairat kematian? Orang yang pernah mengalami kematian keluarga terdekat je tahu bertapa persedian untuk mati itu tersangatlah perlu. Yes. Mati itu pasti. Semua orang itu akan mati. Semua yang hidup pasti akan mati. Dan dalam Islam, mengingati mati itu adalah sangat baik. Ianya bagi mengelakkan kita dari terlalu taksub dengan hal-hal duniawi, membantu kita berpada-pada dalam bertindak, untuk tidak menyakiti sesama kita. Untuk sentiasa berfikir, 'kalau aku buat macam ni, apa kesannya nanti.'
Sejak belajar tentang khairat kematian ni, saya selalu terfikir, 'bersediakah aku untuk mati? Ilmu tak cukup lagi. Bekalan rasanya jauh sangat ni'. Hari-hari buat dosa je. Hari-hari mengumpat, mengata orang, riak, takkabbur tu toksah cerita lah. Ini pengalaman sendiri. Setiap kali naik tren, kalau duduk sebelah orang berbau, dulu saya selalu cakap dalam hati, 'eiii busuknya orang ni, tak mandi ke apa.' Tapi sekarang, membuatkan saya terfikir, kalau dosa tu boleh bau, 'tentulah aku ni manusia yang busuk jugak sebab dosa-dosa aku yang bertimbun'.
Haa, ingat mati ni macam tu je ke? Dah mati berakhirlah semua penderitaan. Dah pergi, biar je orang yang hidup uruskan semua. Aku mati jelah. Sayang-sayang, kesiannya kat waris-waris kita yang masih hidup. Zaman sekarang nak lakukan pengebumian pun perlukan upah. Sekarang bukan musim percuma semua benda. Nak masuk toilet pun RM 0.50. Inikan pulak nak lakukan proses pengebumian. Kita dah meninggal, yes. Nanti akan ada orang uruskan jenazah kita. Adalah nanti orang yang akan selesaikan. Tengok. Nak mati pun masih menyusahkan orang. Ke kalau mati, biar je mayat kita mereput kat situ?
Sebab itu, tak boleh cakap, 'hal aku, kau jangan sibuk, kubur kita masing-masing kan'. No sayang. Memang kubur awak dan saya asing tapi awak masih memerlukan orang lain untuk uruskan jenazah awak nanti. Disebabkan inilah, munculnya perkataan khairat kematian tu. Khairat kematian ini adalah satu persediaan untuk uruskan jenazah, perlengkapan jenazah.dan sebagainya untuk melancarkan lagi proses si mati meninggalkan dunia ini.
Kebiasaannya, kalau orang yang tinggal di kampung atau kawasan perumahan, akan ada satu tabung di sediakan oleh pihak masjid bagi membantu ahli-ahlinya yang meninggal dunia. Bila mana berlakunya kematian, pihak masjid tadi akan datang untuk uruskan semua hal tentang kematian, dari mandi, kafan, solat jenazah, tanam, talkin, tahlil. Haaa, ingat kalau mati terus tanam ke? Ada banyak lagi proses-proses dia tau.
Itu kalau orang yang tinggal di kampung, kalau yang tinggal di bandar? Jiran sebelah rumah pun belum tu kenal, macam mana pulak ye? Sebab itu, tak rugi pun kalau kita ambil tahu serba sedikit tentang khairat kematian ni. Ilmu ni bukan ilmu yang sia-sia. Ilmu ni jugak dapat membantu kita dalam menghadapi kematian. Kalau kita mati takpe, nanti inshaaAllah pandai-pandailah orang uruskan. Kalau keluarga yang tersayang meninggal? Macam mana, apa nak buat? Kat rumah dah ada kain putih, kapur barus, kapas, selimut lebar, keranda semua? Ilmu nak uruskan mayat dah ada ke? Apa nak buat kalau ada keluarga kita meninggal?
Alaa takpe, nanti saya panggil lah ahli masjid uruskan, telefon saudara mara terdekat, telefon hospital, polis. Kalau macam tu baguslah. Kalau yang jenis anti sosial, tak bercampur dengan orang, tak kenal sesiapa, macam mana? Macam mana kita pergi nanti? Pernah ada satu kes, ini kat kampung dulu punya cerita, bila mana si bapa ni meninggal, anak-anak tak tahu nak buat apa, tak reti nak uruskan jenazah, dah telefon pihak masjid, kebetulan ada kematian lain jugak di kampung tu, jadi pihak masjid agak lambat datang. Nak dijadikan cerita, kebetulan, seorang anak si mati ini mengenali seorang ustaz jadi dia mintak ustaz ni uruskan jenazah. Bila sampai ustaz ni terkejut, mayat tak diuruskan lagi. Dengan tak ditukarkan pakaiannya, mandi tentulah belum. Jadi ustaz ni mintaklah kelengkapan seperti kain putih, kapur barus, tuala atau kain pelikat. Malangnya semua tiada. Dahlaa mayat dibiarkan lama sampai keras. Kelengkapan pulak tak ada. Jadi ini menyebabkan urusan pengkebumian agak terbantut.
Sedangkan kita tahu, jenazah perlu diuruskan secepat mungkin untuk elakkan daripada menyeksa jenazah terbabit. Dipendekkan cerita urusan pengkebumian pun selesai. Jadi ustaz tadi mintaklah dengan anak-anak si mati tadi, bayaran terhadap semua kelengkapan yang terpaksa dibeli seperti kain putih, kapur barus dan sebagainya yang totalnya makan ratus-ratus jugak. Semua anak berkira-kira nak bayar. Yelah, semua balik kampung untuk uruskan jenazah si bapa. Tapi tak seorang pun bersedia untuk.keluarkan belanja. Jadi di sinilah kepentingannya khairat kematian.
Kadang-kadang setiap kejadian tersembunyi banyak hikmah. Bila terjadi sesuatu baru kita nak terngadah. Kisah tadi bukan untuk membuka aib sesiapa. Tapi nak ceritanya kat sini bahawa, bersedia kah kita untuk mati. Dan bersediakah kita untuk uruskan kematian orang yang tersayang. Ya , sedih memang sedih tapi hidup perlu diteruskan. Dan mengingati mati itu fardu bagi umat Islam. Jadi buat kita yang masih hidup ini, sediakanlah persediaan secukupnya untuk tinggalkan dunia ni. Persedian untuk kita sendiri dan untuk orang yang tersayang. InshaaAllah, kalau kita mudahkan urusan orang, Allah juga turut akan mudahkan urusan kita.
Ok, dah mukadimah panjang lebar kat atas tu, saya rasa bertanggungjawab untuk share bahawa, kalau ada yang meminta anda join khairat kematian, jangan rasa terbeban sebab khairat kematian ini ibarat satu tabung akhirat untuk kita memudahkan urusan orang lain. Sebab yang pastinya, semua orang akan meninggalkan dunia ini. Mungkin hari ini hari dia. Esok hari kita pula. Khairat kematian ini ibarat sedekah kita kepada waris ahli yang meninggal untuk memudahkan urusan ahli yang meninggal tersebut. Kalau nak tahu, kos pengurusan jenazah semakin meningkat setiap tahun, nak uruskan jenazah perlu upah orang, kelengkapan pengurusan jenazah perlu dibeli, nak buat zikir tahlil perlukan wang, batu nisan perlu ditempah, waris yang masih tinggal masih perlukan penyaraan kehidupan. Dan semua ini bukan percuma dan bukan sedikit belanjanya. Ya, zaman sekarang perlukan wang. Nak tinggalkan dunia ini pun masih perlu susahkan orang lain. Itu belum termasuk bekalan kita untuk berjumpa dengan Allah. Ya, persediaan untuk mati itu sangat perlu kakak abang. Nak pergi sekolah segala kelengkapan diuruskan, nak pergi kerja segalanya disiapkan, nak pergi travel semuanya di setelkan. Pendek kata, apa pun yang kita buat, semuanya perlu persedian. Jadi bersediakah kita untuk mati?
Jadi jangan rasa rugi untuk join khairat kematian. Semua yang hidup pasti akan mati. Marilah kita berdoa selain meminta, urusan kehidupan kita dipermudahkan, mintalah juga husnul khatimah (pengakhiran yang baik), agar kita hidup dalam keredhaanNya dan mati dalam keredhaanNya juga😊 inshaaAllah.
Jom sama-sama mengingati mati.