Wednesday, 20 November 2019

Angan jadi nyata

Dulu masa I kecik2 I selalu berangan, sebelum kahwin, I seorang pengurus yg berwibawa, baik, dan disegani, ada rumah sendiri, ada kereta sendiri. Then, baru lah I nak ada cinta hati. I selalu berangan bawak kereta best, hujung minggu keluar sorang2 tengok wayang, makan kat kafe best sorang, pergi kedai buku, beli buku2 best, shopping baju2 cantik, takyah fikir harga. I nak jalan2 dalam shopping mall sorang2, kalau berkenan apa2 grab je tak payah tengok harga.

Pagi2 I nak bangun dalam keadaan gembira, hati berbunga2 macam jatuh cinta, hirup secawan kopi sambil senyum sorang2, yelah sebab tengah bahagia. Tanpa perlu risaukan apa2, tanpa perlu fikirkan apa2, selalu ada Allah dalam hati I.

Lepas I ada semua tu, barulah I nak bertemu cinta hati I then baru kahwin. Yep, I nak ada semua baru I nak kahwin. Bagi I, it's not wrong to marry late than to marry a wrong guy. Kalau dia buat hal ke apa, at least I dah ada semua, satu lg I dah cukup lama hidup kat atas dunia tu untuk menyia2kan waktu bersama orang2 yg I sayang. Means that, I dah cukup matang waktu I kahwin tu. Kalau ada apa2 yg kurang dalam sesuatu perhubungan tu semua salah diri sendiri bukan salah orang lain.

Alhamdulillah, yang dulu angan2 jadi nyata. Itu pemikiran I dan tak semua orang ada pemikiran mcm I. And I'll never judge them. Ada orang dia taknak kahwin lambat sebab nanti orang pandang serong. I pun kalau boleh nak berjaya di usia muda so that I boleh jumpa cinta hati I awal2. Tapi setiap ketentuan Dia punya hikmah. Walaupun garis masa I bergerak agak perlahan berbanding kawan2 sebaya I yg lain tapi I dah tak menyesal. Later, I tengok balik, betapa cantiknya susunan jalan hidup I yg Allah dah aturkan.

I bahagia dengan hidup I sekarang, I dah ada segalanya yg I angan2 dulu. Never disregard the power of dua. Sebab melalui doa itu, Allah mula tunjuk jalan2Nya. Dan mintaklah sesuatu yg mendekatkan lagi diri kita kepada Dia. Sebab tujuan hidup kita sebagai Muslim ni satu je, nak mencapai keredhaan-Nya. Jadi, sia2 lah hidup kalau kita hidup dalam kemurkaanNya.

Yup, angan-angan jadi nyata.
'...aku inginkan hidup senang, aku inginkan hati tenang, setiap doaku untukmu, setiap doaku untukku..'
Alhamdulillahirabbil alamin😘

Saturday, 2 November 2019

Out of comfort zone

3/11/2019

Orang yg berjaya adalah org yg berani. Berani ambil peluang, berani mengharungi cabaran..

Susah nak keluar dari zon selesa. Siapa je yang suka keluar dari kebiasaan. Tapi orang yang berani sahut cabaran, cabar diri sendiri untuk buat sesuatu yang tak pernah dia buat itulah orang yg hebat.

Pada usia 27 tahun, sy merasakan hidup sy tak tentu arah, maksud sy bila sy tengok keliling sy, sy tgk ada yg lagi muda drpd sy, ada kereta sendiri, ada rumah sendiri, ada pasangan, ada anak..tapi saya? Takde apa. Masa tu sy tengah jalani latihan protege, bukan kerja tetap pun. Tapi sy bersyukurlah jugak ada jugak kerja untuk sy teruskan kehidupan.

Masa dalam latihan tu, dekat2 nak habis, dalam bulan terakhir tu, sy selalu terjaga tengah malam dlm 2-4 pagi mcm tu, agaknya malaikat kejut suruh bangun tahajjud. Tapi sy tak bangun solat pun, tak mengantuk tapi malas. Sy terjaga dalam keadaan sedih dan risau sampai menangis dalam tidur, betapa berfikiran dunianya sy masa tu. Sy cuma fikir apa aku nak buat lepas ni. Padahal siang sy tak fikir pun pasal tu, sy langsung tak risau, bila tengah tidur boleh pulak terjaga sebab risau. Agaknya roh sy yang terlebih risau, jasad sy steady je sambung tidur balik.

Allah tu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Maha Mendengar. Dalam pada keadaan sy yg terumbang ambing tu, Allah selalu hantar orang yg baik2 untuk sy harungi hidup sy.

Masa tengah menganggur tu, sy ckp pada Allah, ya Allah, kalau ada lelaki yg boleh terima diri sy seadanya sekarang, dia lah lelaki yg sy cari. Padahal masa tu sy langsung takde sape2 pun. Eh, main cakap je macam tu. Sebab sy berpegang pada satu prinsip ni, apa2 boleh doa, kalau dia bukan seorang yang baik akhlaknya, imannya, ubah lah dia untuk jadi yg terbaik untuk sy dari segi akhlaknya, agamanya, rupanya, ceh pandang rupa, harta dan keturunannya.

Sy selalu percaya, apa2 yg kita buat mesti kena doa, doa bnyk2. Ada orang ckp kena usaha dulu baru doa. Tak bagi sy, doa itu untuk mintak petunjuk sebab Allah Maha Mengetahui, Maha Merancang. Apa2 yg kita mintak, kita doa, Dia yg akan tunjukkan arah, lorongkan jalan, pandu hati kita untuk dapatkan sesuatu tu. Sebab tu, jangan pernah ada rasa menyesal bila buat sesuatu, walaupun sesuatu tu result yg kita tak suka sebab Dia yg izinkan sesuatu tu berlaku. Mesti ada hikmahnya sesuatu berlaku cuma cepat atau lambat baru kita nampak hikmah yang tersembunyi.

Macam mana pulak dengan takdir. Takdir yg dah memang sejak azali lg, lahir2 kita dah memang macam tu, macam ni, nak salahkan tuhan tak boleh, berdosa. Takdir boleh berubah. Dengan doa lah. Semakin sukar kita rasa takdir kita. Semakin bnyklah kita kena mintak dengan Allah. Allah tak bagi lagi sebab Dia nak dengar kita merintih lagi dan lagi. Kita rasa penat nya nak hadap hidup macam ni, penat nya nak teruskan hidup. Doa. Solat sunat taubat banyak2, mohon ampun. Boleh jadi kita rasa serabut sebab ada dosa yg belum terampun, ada dosa dengan seseorang yang kita kecilkan hati dia.
Kita abaikan orang tua, tak peduli, tak hormat mak n ayah kita. Kita lupa nak sayang diri sendiri. Lupa nak berterima kasih kat sekeliling kita.

Ek elleh poyo je cakap macam ni. Doa, mohon ampun, baca quran, buat baik. No. Kenapa kita selalu dengar orang cakap macam ni sebab benda ni real, back to basic. Kita sebagai manusia, kita ada satu fitrah yg memang lahir2 mahu bertuhan, mahu kembali kepada pencipta, mahu jadi baik. Suka tak kalau tiba2, ada org bagi dia duit, nah sepuluh hengget. Haa rezeki dia lah sebab duduk sebelah saya. Nanti belanja kawan tau, jangan beli benda mengarut. macam tu jugak dengan Allah, Dia bagi kat kita banyak sangat tapi kita lupa nak bersyukur.

Dulu sy selalu doa, sy nak jadi kaya, supaya sy dapat bagi lebih lagi. Tp kalau ada sikit, itu pun berkira2 nak bagi ke tak. Memang taklah Allah nak bagi jadi kaya. Jadi jangan berkira bila nak buat baik. Walaupun masa buat baik tu, kita pulak dapat musibah, itu ujian Allah untuk hati kita, ikhlas ke tidak ni. Kena ingat satu benda je, hidup ni bukan tentang kita je, tapi tentang orang sekeliling kita jugak. Jadi sebelum nak buat sesuatu yg bodoh ke sesuatu yg orang marah buat tp kita nak buat jugak, fikir dulu dalam2, kalau aku buat ni bagi kesan tak kat orang lain?  orang marah kenapa erk? Sebab tu, ada kata2, fikir dulu masak2, biar masak sikit otak tu. Allah bagi akal untuk kita fikir benda yang baik2, benda yg mendatangkan faedah🐱

Friday, 1 November 2019

Keep moving on

Woke up this morning with a little flashbacks..

My boss said, 'rezeki ni bukannya letak pada orang tapi pada Allah..no matter what u r doing (job), even u keje tukang sapu sekalipun, bersyukur apa adanya, dan tetap terus berdoa dan berusaha...Attract what u want to achieve in ur life, it's a law of attraction, be positive, stop @ limit urself from mingle around with toxic people, never forget about ur roots (parent), jgn segan memberi (sedekah)..' those words come from a very humble, successful person I've ever met..

'..hidup ini bukan kita yg pilih tapi kita tetap punya banyak pilihan..pilih lah sesuatu yg mendekatkan diri kita dgn Allah. Never disregard the power of dua, perancangan kita mungkin dah baik tp perancangan Allah yg terbaik, jgn pernah ada 'kalau' (menyesal dgn pilihan yg dah kita buat), sebab sesuatu takkan terjadi tanpa izin Dia. And dont let anyone rush u with their timelines.. Kita mungkin takkan berjaya macam mereka, tapi kita berjaya dengan cara kita..kita mungkin takkan nampak sekarang, tapi akan datang kita akan tengok balik perjalanan yang penuh liku2 yg pernah kita lalui..'