Friday, 24 January 2020

Adab kat mana?

Memang betul tak belajar tinggi boleh jadi petani. Tapi petani memerlukan penyelidik. Dan penyelidik semestinya seorang graduan universiti. Penyelidik memerlukan guru. Dan guru juga pernah mengajar petani dan penyelidik. Mungkin dalam satu kelas yang sama. Pokoknya, apa pun rezeki kita, usah ada pertikaian. Rezeki dia berjaya masuk universiti, rezeki awak berjaya dengan cara awak sendiri. ALHAMDULILLAH.. Tapi orang yang betul2 berjaya adalah orang yang berakhlak dan beradab tak kira dalam apa jua situasi. Bila kaya, berilmu hormat orang, bila miskin, kurang ilmu pun hormat orang.. #adabkatmana?

Saturday, 18 January 2020

Takkan Melayu hilang di dunia tapi hilang di mana?

_*Wahai Melayu Islam di Malaysia yang bangga menggunakan sistem pembayaran terkini.. lihatlah bagaimana kesedaran rakyat Indonesia bangkit menolak satu sistem yang dicipta oleh pihak berkepentingan dgn nama "AliPay"..*_

_*Di Malaysia dinamakan "E-Wallet".. Kenapa berlaku kemasukan "Cina" yang luar biasa bermula tahun lepas.Tetiba Kerajaan melalui PM Melayu mengumumkan "Free Visa" utk rakyat China bermula tahun 2020? Dan Kerajaan beria2 menurunkan harga kondo dan rumah berharga tinggi dan membuka kepada warga asing dari China untuk membelinya?? Dan Imigresen mengistiharkan lebih 500 ribu pelancong hilang?? Apakah ini semua merupakan perancangan Bangsa DAP yang menggunakan hayat kuasa yg ada untuk meletakkan asas kukuh utk memastikan mereka terus berkuasa selepas ini?*_

_*Bangsa DAP ini sedar dgn kebangkitan Melayu. Mereka sedar akan bahaya menanti mereka bila PRU15 nanti. Tanpa melakukan sesuatu pasti mereka kalah. Justeru itu satu strategi harus dilaksanakan dgn cara menguasai sistem jualbeli rakyat. Caranya dgn menghapuskan ekonomi orang melayu.*_

_*Berapa banyak kedai melayu yg menerima "E-Wallet" ini. Bantuan Kerajaan juga melalui E-Wallet. Segala bayaran dan jualbeli selepas ini harus menggunakan E-Wallet. Siapa yang akan kaya dari E-Wallet ini jika bukan Bangsa DAP yang menguasai Kementerian Kewangan hari ini*_

_*Hari ini kita masih simpan cash dgn kita samaada di tangan atau di bank. Lepas ni semua duit kita harus diletakkan dalam E-Wallet. Sekarang kita nak beli baru guna duit tetapi selepas ini belum beli apa lagi kita dah kena bagi duit tu kepada syarikat yg menguasai E-Wallet. Mereka akan mengumpulkan semua harta dan duit rakyat ini untuk mereka niagakan dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari jumlah duit rakyat yang diletakkan dalam satu sistem itu. Untuk membeli dan membayar, satu lagi syarikat yang akan menerima faedah setiap jumlah pembelian kita iaitu "GrabPay". Syarikat ini hanya menyediakan sistem bayaran tetapi mereka bakal menjadi "Orang Tengah" yang paling kaya kerana syarikat ini akan menerima kesemua urusniaga yang menggunakan EWallet tadi.. Semua duit rakyat dikumpulkan dalam satu sistem EWallet ini. Duit dan kewangan kita sendiri  bukan lagi dibawah kawalan kita tetapi orang lain. Sehingga nak membeli pun kita telah dijuruskan dan dihalakan kemana urusniaga kita. Toko dan kedai mana yang akan mendapat manfaat dari pembelian kita. Berbalik kepada masalah berapa buah kedai melayu menggunakan "GrabPay" atau "EWallet ini. Apakah kedai Pak Syukur di kampung guna EWallet?? Adakah kedai runcit Mak Esah guna EWallet?*_

_*Justeru itu peniaga dan peruncit melayu akan mati mcm tu jer bila sistem ini sepenuhnya menguasai sistem jualbeli negara satu hari nnti. Bangsa mereka akan menguasai segalanya tak lama lagi jika Bangsa ini terus berkuasa.*_

_*Memang Melayu takkan hilang didunia tetapi apa guna wujud jika merempat dibumi sendiri yang dikuasai kaum dan bangsa yang pernah membunuh dan menyiksa nenek moyang kita tatkala mereka menjadi pemberontak suatu masa dahulu yang dinamakan sebagai Komunis*_

_*Fikir2kan lah sama ada mahu msg ini disimpan dlm tepon anda atau mahu sampaikan kepada semua Melayu Islam yang harus faham dan sedar kita diambang kehancuran dan kemusnahan kekal*_

#kredit to group whatsapp

Tuesday, 7 January 2020

Sakit rindu

7 Januari 2020

Sejujurnya, banyak cerita sedih yang berlaku tahun lepas. Tahun yang perit dan penuh cerita air mata.

Permulaan 2020, kebiasaannya aku yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada dia. Tetapi hari ini dia pulak yang tinggalkan aku. Alah bukan tinggal jauh pun, dekat je. Tapi ia sangat terkesan di hati. Rindu nak bergaduh, bergurau manja dengan dia.

Masih teringat, dulu sewaktu dia kecil, setiap kali aku pulang ke rumah, mesti dia akan mengekor aku ke mana saja. Sampaikan aku ke tandas, dia bertanya mahu ke mana. Aku selalu memilih untuk tidur daripada melayan karenah dia. Andai aku tahu, masa itu sangat berharga, pasti aku akan lebih meluangkan masa untuk dia. Dulu setiap kali pulang ke rumah, aku banyak menghabiskan masa di bilik, lebih melayan telefon daripada menatap, melayan dia bercakap. Setiap kali dia bercerita perihal kawan atau sekolah, kadang aku menyuruh dia diam dan bermain di luar kerana aku lebih memilih untuk tidur. Aku tahu ada riak kecewa di wajahnya. Kadang dia lebih memilih untuk tetap duduk di sisi katil ku dan bermain dengan senyap supaya tidak mengganggu aku tidur.

Pernah dia meminta supaya aku tidak tidur dan bermain dengannya tetapi tetap juga aku tidak mengendahkannya dengan menyuruh dia keluar menonton tv. Pernah juga, sewaktu menonton tv bersama, aku ingin menukar siaran kartun kegemarannya tetapi dia meminta supaya aku bertahan sehingga cerita kartun nya habis. Tetapi aku tidak sanggup menunggu dan dek kerana ego seorang dewasa lalu aku menggugutnya supaya menonton seorang diri kerana aku mahu beradu di bilik. Dia dengan cepat menghalang aku dan sanggup mengalah walaupun kartun nya berbaki lagi beberapa minit. Kadang aku tetap berlalu kerana mengantuk walaupun dia merayu supaya aku tidak tidur siang dan menemaninya. Betapa sunyi hidup dia sewaktu kecil. Apabila kakaknya pulang, ingin bermanja tetapi aku lebih memilih untuk tidur.

Dia lah seorang yang sentiasa menjadi hamba kepada kakak-kakaknya. Apabila dimarahi kerana tidak mengikut piawaian yang ditetapkan, dia tetap mengubahnya tanpa banyak soal. Padahal dia boleh saja membentak kerana apa yang dilakukan bukanlah hal dia. Betapa innocent nya anak kecil itu. Jujur aku rindu pada sosok kecil itu, yang manja, yang suka bergurau, suka tersenyum, suka menari, tak pernah marah walaupun dia dimarahi, tak pernah merajuk walaupun itu bukan salah dia, malah dia yang berusaha memujuk dengan membeli aiskrim dan gula-gula. Selalu cuba berbaik apabila bergaduh.

Tanpa aku sedari semua itu sedang berlalu pergi. Kenangan yang takkan kembali sama lagi. Dia semakin dewasa kini, sudah pandai melawan balik apabila dimarah, sudah tidak suka ditegur lagi, sudah tidak boleh di atur lagi. Dia kini lebih dengan kawan-kawan nya. Ya. Usia yang sentiasa melebihkan kawan. Aku juga pernah melalui fasa itu. Walau seberapa banyak aku ungkapkan kerinduan terhadap dia yang dulu, semua itu hanya akan tinggal kenangan. Dulu, setiap kali pulang ke rumah, dia yang akan sentiasa mencari-cari kelibat aku. Tapi sekarang, terbalik pula. Aku yang akan mencari-cari kelibat dia. Seakan rumah ini hilang seri nya tanpa dia.

Aku perasan kini, apa yang mungkin dia lalui dulu, aku pula yang merasainya. Sakit rindu. Rasa aneh. Rasa pelik bila dia tiada. Ya. Ini kali pertama, aku di rumah dan dia tiada. Kebiasaannya aku lah yang akan meninggalkan dia. Tetapi kini, dia pula meninggalkan aku. Walaupun cuma seketika, di dunia saja. Tetapi hanya tuhan saja yang tahu. Aku tahu ibu ku lebih merasakannya lagi kerana tak pernah berjauhan dengan si bongsu begitu lama. Tiada lagi gelak tawa, pembuat lawak bodoh di rumah ini. Si bongsu semakin dewasa. Semuanya takkan sama lagi. Kalau sebelum ini, dia cuma ke kem beberapa hari. Tetapi kini kita mungkin hanya akan berjumpa beberapa kali setahun itupun sekejap-sekejap mengikut waktu yang ditetapkan.

Ya. Boleh saja kita berjumpa tetapi ada suatu perasaan yang sukar untuk di ungkap kan. Dia semakin ada kehidupannya sendiri selepas ini. Tuntutan hidup dunia nya takkan lagi lebih masanya dengan kami. Jujur. Aku rindu dia yang dulu. Tetapi aku tidak mahu terlalu mementingkan diri dengan menggamitnya agar sentiasa dengan ku. Seakan-akan terngiang-ngiang suaranya memanggil ku. Seakan-akan kelihatan kelibatnya memasuki kamar ku. Setiap kali terlihat tempat tidurnya, hati ini rindu. Sesungguhnya perpisahan dunia ini ternyata agak sukar apatah lagi perpisahan yang abadi.

Semoga rindu ini hanya aku saja yang rasa. Kerana sakitnya rindu ini tak tertahan. Semuanya takkan selamanya ada dengan kita. Ia akan beransur pergi. Kadang kita terasa ingin menoleh ke belakang tanpa kita sedar, kita takkan dapat menikmati keadaan yang sudah tertinggal. Kita hanya boleh teruskan perjalanan sambil menoleh dan meneruskannya kembali. Masa yang lalu hanya tinggal sejarah dan kenangan yang sentiasa terpahat di minda. Seberapa rindu pun terhadap kenangan itu, bibir hanya mampu tersenyum dan mata hanya mampu menitiskan air mata. Sakit rindu.  Dan sakit rindu yang paling dalam adalah rindu terhadap sesuatu yang takkan pernah kembali lagi.

Semoga dia kuat dalam menempuhi fasa yang baru. Semoga dia sentiasa gembira dengan dunia baru nya😊 semoga Allah sentiasa memberkati hidup nya dunia dan akhirat. Dan sekali lagi, semoga sakit rindu ini, hanya aku yang rasa😢