Wednesday, 20 November 2019

Angan jadi nyata

Dulu masa I kecik2 I selalu berangan, sebelum kahwin, I seorang pengurus yg berwibawa, baik, dan disegani, ada rumah sendiri, ada kereta sendiri. Then, baru lah I nak ada cinta hati. I selalu berangan bawak kereta best, hujung minggu keluar sorang2 tengok wayang, makan kat kafe best sorang, pergi kedai buku, beli buku2 best, shopping baju2 cantik, takyah fikir harga. I nak jalan2 dalam shopping mall sorang2, kalau berkenan apa2 grab je tak payah tengok harga.

Pagi2 I nak bangun dalam keadaan gembira, hati berbunga2 macam jatuh cinta, hirup secawan kopi sambil senyum sorang2, yelah sebab tengah bahagia. Tanpa perlu risaukan apa2, tanpa perlu fikirkan apa2, selalu ada Allah dalam hati I.

Lepas I ada semua tu, barulah I nak bertemu cinta hati I then baru kahwin. Yep, I nak ada semua baru I nak kahwin. Bagi I, it's not wrong to marry late than to marry a wrong guy. Kalau dia buat hal ke apa, at least I dah ada semua, satu lg I dah cukup lama hidup kat atas dunia tu untuk menyia2kan waktu bersama orang2 yg I sayang. Means that, I dah cukup matang waktu I kahwin tu. Kalau ada apa2 yg kurang dalam sesuatu perhubungan tu semua salah diri sendiri bukan salah orang lain.

Alhamdulillah, yang dulu angan2 jadi nyata. Itu pemikiran I dan tak semua orang ada pemikiran mcm I. And I'll never judge them. Ada orang dia taknak kahwin lambat sebab nanti orang pandang serong. I pun kalau boleh nak berjaya di usia muda so that I boleh jumpa cinta hati I awal2. Tapi setiap ketentuan Dia punya hikmah. Walaupun garis masa I bergerak agak perlahan berbanding kawan2 sebaya I yg lain tapi I dah tak menyesal. Later, I tengok balik, betapa cantiknya susunan jalan hidup I yg Allah dah aturkan.

I bahagia dengan hidup I sekarang, I dah ada segalanya yg I angan2 dulu. Never disregard the power of dua. Sebab melalui doa itu, Allah mula tunjuk jalan2Nya. Dan mintaklah sesuatu yg mendekatkan lagi diri kita kepada Dia. Sebab tujuan hidup kita sebagai Muslim ni satu je, nak mencapai keredhaan-Nya. Jadi, sia2 lah hidup kalau kita hidup dalam kemurkaanNya.

Yup, angan-angan jadi nyata.
'...aku inginkan hidup senang, aku inginkan hati tenang, setiap doaku untukmu, setiap doaku untukku..'
Alhamdulillahirabbil alamin😘

Saturday, 2 November 2019

Out of comfort zone

3/11/2019

Orang yg berjaya adalah org yg berani. Berani ambil peluang, berani mengharungi cabaran..

Susah nak keluar dari zon selesa. Siapa je yang suka keluar dari kebiasaan. Tapi orang yang berani sahut cabaran, cabar diri sendiri untuk buat sesuatu yang tak pernah dia buat itulah orang yg hebat.

Pada usia 27 tahun, sy merasakan hidup sy tak tentu arah, maksud sy bila sy tengok keliling sy, sy tgk ada yg lagi muda drpd sy, ada kereta sendiri, ada rumah sendiri, ada pasangan, ada anak..tapi saya? Takde apa. Masa tu sy tengah jalani latihan protege, bukan kerja tetap pun. Tapi sy bersyukurlah jugak ada jugak kerja untuk sy teruskan kehidupan.

Masa dalam latihan tu, dekat2 nak habis, dalam bulan terakhir tu, sy selalu terjaga tengah malam dlm 2-4 pagi mcm tu, agaknya malaikat kejut suruh bangun tahajjud. Tapi sy tak bangun solat pun, tak mengantuk tapi malas. Sy terjaga dalam keadaan sedih dan risau sampai menangis dalam tidur, betapa berfikiran dunianya sy masa tu. Sy cuma fikir apa aku nak buat lepas ni. Padahal siang sy tak fikir pun pasal tu, sy langsung tak risau, bila tengah tidur boleh pulak terjaga sebab risau. Agaknya roh sy yang terlebih risau, jasad sy steady je sambung tidur balik.

Allah tu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Maha Mendengar. Dalam pada keadaan sy yg terumbang ambing tu, Allah selalu hantar orang yg baik2 untuk sy harungi hidup sy.

Masa tengah menganggur tu, sy ckp pada Allah, ya Allah, kalau ada lelaki yg boleh terima diri sy seadanya sekarang, dia lah lelaki yg sy cari. Padahal masa tu sy langsung takde sape2 pun. Eh, main cakap je macam tu. Sebab sy berpegang pada satu prinsip ni, apa2 boleh doa, kalau dia bukan seorang yang baik akhlaknya, imannya, ubah lah dia untuk jadi yg terbaik untuk sy dari segi akhlaknya, agamanya, rupanya, ceh pandang rupa, harta dan keturunannya.

Sy selalu percaya, apa2 yg kita buat mesti kena doa, doa bnyk2. Ada orang ckp kena usaha dulu baru doa. Tak bagi sy, doa itu untuk mintak petunjuk sebab Allah Maha Mengetahui, Maha Merancang. Apa2 yg kita mintak, kita doa, Dia yg akan tunjukkan arah, lorongkan jalan, pandu hati kita untuk dapatkan sesuatu tu. Sebab tu, jangan pernah ada rasa menyesal bila buat sesuatu, walaupun sesuatu tu result yg kita tak suka sebab Dia yg izinkan sesuatu tu berlaku. Mesti ada hikmahnya sesuatu berlaku cuma cepat atau lambat baru kita nampak hikmah yang tersembunyi.

Macam mana pulak dengan takdir. Takdir yg dah memang sejak azali lg, lahir2 kita dah memang macam tu, macam ni, nak salahkan tuhan tak boleh, berdosa. Takdir boleh berubah. Dengan doa lah. Semakin sukar kita rasa takdir kita. Semakin bnyklah kita kena mintak dengan Allah. Allah tak bagi lagi sebab Dia nak dengar kita merintih lagi dan lagi. Kita rasa penat nya nak hadap hidup macam ni, penat nya nak teruskan hidup. Doa. Solat sunat taubat banyak2, mohon ampun. Boleh jadi kita rasa serabut sebab ada dosa yg belum terampun, ada dosa dengan seseorang yang kita kecilkan hati dia.
Kita abaikan orang tua, tak peduli, tak hormat mak n ayah kita. Kita lupa nak sayang diri sendiri. Lupa nak berterima kasih kat sekeliling kita.

Ek elleh poyo je cakap macam ni. Doa, mohon ampun, baca quran, buat baik. No. Kenapa kita selalu dengar orang cakap macam ni sebab benda ni real, back to basic. Kita sebagai manusia, kita ada satu fitrah yg memang lahir2 mahu bertuhan, mahu kembali kepada pencipta, mahu jadi baik. Suka tak kalau tiba2, ada org bagi dia duit, nah sepuluh hengget. Haa rezeki dia lah sebab duduk sebelah saya. Nanti belanja kawan tau, jangan beli benda mengarut. macam tu jugak dengan Allah, Dia bagi kat kita banyak sangat tapi kita lupa nak bersyukur.

Dulu sy selalu doa, sy nak jadi kaya, supaya sy dapat bagi lebih lagi. Tp kalau ada sikit, itu pun berkira2 nak bagi ke tak. Memang taklah Allah nak bagi jadi kaya. Jadi jangan berkira bila nak buat baik. Walaupun masa buat baik tu, kita pulak dapat musibah, itu ujian Allah untuk hati kita, ikhlas ke tidak ni. Kena ingat satu benda je, hidup ni bukan tentang kita je, tapi tentang orang sekeliling kita jugak. Jadi sebelum nak buat sesuatu yg bodoh ke sesuatu yg orang marah buat tp kita nak buat jugak, fikir dulu dalam2, kalau aku buat ni bagi kesan tak kat orang lain?  orang marah kenapa erk? Sebab tu, ada kata2, fikir dulu masak2, biar masak sikit otak tu. Allah bagi akal untuk kita fikir benda yang baik2, benda yg mendatangkan faedah🐱

Friday, 1 November 2019

Keep moving on

Woke up this morning with a little flashbacks..

My boss said, 'rezeki ni bukannya letak pada orang tapi pada Allah..no matter what u r doing (job), even u keje tukang sapu sekalipun, bersyukur apa adanya, dan tetap terus berdoa dan berusaha...Attract what u want to achieve in ur life, it's a law of attraction, be positive, stop @ limit urself from mingle around with toxic people, never forget about ur roots (parent), jgn segan memberi (sedekah)..' those words come from a very humble, successful person I've ever met..

'..hidup ini bukan kita yg pilih tapi kita tetap punya banyak pilihan..pilih lah sesuatu yg mendekatkan diri kita dgn Allah. Never disregard the power of dua, perancangan kita mungkin dah baik tp perancangan Allah yg terbaik, jgn pernah ada 'kalau' (menyesal dgn pilihan yg dah kita buat), sebab sesuatu takkan terjadi tanpa izin Dia. And dont let anyone rush u with their timelines.. Kita mungkin takkan berjaya macam mereka, tapi kita berjaya dengan cara kita..kita mungkin takkan nampak sekarang, tapi akan datang kita akan tengok balik perjalanan yang penuh liku2 yg pernah kita lalui..'

Sunday, 6 October 2019

Definisi bahagia

6th October 2019

Definisi bahagia itu letaknya pada diri. Bukan dengan mencari sesuatu. Sebab bila sesuatu itu hilang, bahagia itu juga akan hilang. Bahagia itu tak datang dengan sendirinya, kita yang perlu cipta dan bina bahagia itu. Sebab tu, bukan bererti punya segalanya baru bahagia. Ada orang miskin harta tapi kaya dan bahagia jiwanya. Ada orang kaya, punya rumah selesa, tapi empunya sebenar pembantu rumah, punya tilam empuk tapi erti lena tiada, punya pasangan kacak, cantik tapi masa bersama tiada. Hakikatnya apa pun yang kita punya, cubalah berbahagia dengannya. Allah tak bagi sesuatu yang kita mahu bersebab Allah Maha Tahu apa yang kita lagi perlu. Kita je taknak dan malas bersyukur. 😉

Wednesday, 2 October 2019

What a life

Life aku biasa-biasa je. Kadang-kadang aku rasa memang takde life. Pergi kerja balik kerja. Takde istilah nak melepak ke apa. Dulu adalah jugak. Tapi mungkin faktor usia, aku lebih suka duduk kat rumah je. Selalu jugak rasa sunyi. Tapi nak buat macam mana, aku jugak yang memilih kehidupan begini.

Tahun ni aku decide untuk tukar kerja. Dari kerja tetap ke kontrak. Kau rasa? Konon nak cari pengalaman dan suasana baru. Pilihan aku salah ke? Bila nak habis kontrak baru aku terfikir, lepas ni nak buat apa? Takkan nak menyusahkan mak ayah lagi? Aku pun bukannya muda lagi. Secara jujurnya, aku tak menyesal pun tinggalkan kerja lama memang nak berhenti tu dah lama. Sebab takde hati dah kat sana. Orang cakap 'pick the boss not the job'. Betullah tu, aku berhenti pun sebab tu lah. Takde saluran yang boleh aku improve kan lagi diri aku ditambah dengan toxic surrounding.

Dan jujur aku suka sangat dengan suasana kerja kat tempat baru. Best. Boss yang positive dan rakan sekerja yang baik-baik. Walaupun aku ni agak slow dalam buat kerja tapi dorang tak prejudice dan sabar je ajar aku. Aku doakan urusan dorang selalu dipermudahkan Allah. Even though aku rasa ada sorang senior yang tak berapa gemar dengan aku. Tapi aku memilih untuk abaikan je dia. Dulu sebelum berhenti kerja lama, aku selalu doa, aku nak kejar dunia dan akhirat dalam kerja aku. Tak sangka Allah makbulkan. Aku pun tak expect langsung apa yang aku harapkan lain tapi Allah bagi lagi baik. Alhamdulillah.

Kadang tu ada jugak rasa rindu dengan tempat kerja lama tapi takdelah rindu banyak pun cuma teringat dekat sesorang. Gitu. Tempat kerja sekarang seronok sebab as a Muslim, aku tahu tempat ni penuh dengan barakah. InshaaAllah. Semoga Allah redha. Bila dah nak tamat kontrak ni, aku baru mula rasa risau. Bulan depan nak buat apa? Dengar cerita, dorang memang takkan ambil kami bekerja. Aku takdelah berharap seratus peratus pun nak kerja kat sini pada mulanya, tapi bila bertukar ke department baru yang aku rasa kena dengan jiwa, hati aku rasa nak sangat kerja kat sini.

Jujur, pertama kali dalam hidup aku temui tempat kerja yang sama macam zaman aku belajar dulu. Ada tazkirah, ceramah, program agama, solat berjemaah, semua Muslim berpakaian sopan dan baik-baik semuanya. InshaaAllah. Sebelum aku bertukar kerja dulu, aku selalu terfikir, aku rindu zaman belajar sebab rohani aku terisi. Dan sekarang aku dah temuinya. Tapi takdir Tuhan siapalah dapat mengagaknya. Pernah aku tidur tetiba terjaga dan risau pasal ni. Aku nak kerja kat sini tapi aku tak boleh nak berharap sangat. Kalau dorang nak kat aku, mungkin dorang ambil aku bekerja. Entahlah apa-apa pun, semoga apa juga pilihan dan takdir jalan hidup aku lepas ni adalah atas keredhaan Allah. Allah Maha Tahu apa yang terbaik.

Semoga aku terus kuat dalam menempuhi hidup inj dan bersyukur dengan pilihanNya..aamiin

Tuesday, 17 September 2019

Sepi

I have seen a thousand things
A thousand minds and what they bring
To this world and to this home
But where I stand, well, I don't know

I'm an open book, I'll tell you everything I know
To the darkest corners of my mind
My kingdom is wide
So wide-eyed I can't track the time between the spaces of my mind

'Cause I have seen a thousand things
A thousand minds and what they bring
To this world and to this home
But where I stand, well, I don't know

I have little trouble walking
In directions I don't know of
And I'm walking, I'm walking blind

'Cause I have seen a thousand things
A thousand minds and what they bring
To this world and to this home
But where I stand, well, I don't know
And people come and people go, people I will never know
But if I did and if I could, I'd wonder when and where they stood

'Cause I have seen a thousand things
A thousand minds and what they bring
To this world and to this home
But where I stand, well, I don't know

Something about fashion

When I wore my sister' s favourite scarf, be it B**i**a Hijabista..I am not a fan of it..because I think my face look weird on it..but I'll never ever want to be prejudiced over a scarf..I'll never condemn my sister's appearance whenever she wears those scarfs..however, what I feels is very important too..so I think something looks good on others doesn't mean will look good on you too.. Moral of the story here, something in trend, something unique doesn't mean something to be considered for your overall look..other's opinion is something to be taken into account as well..therefore, please don't be 'Hamba Fesyen'.. Just be yourself with 'redha Allah'😉

Thursday, 29 August 2019

Menilai

Bila nampak manusia lain bertatu..siapa kita manusia untuk judge..yang berhak tuk judge adalah tuhan dia je..as long as dia tak memberi K E S A N buruk kepada diri kita, selagi tu kita takde hak langsung untuk menilai diri seseorang tu..

Dia juga manusia biasa mcam kita, yang tak pernah lepas dari melakukan dosa..

#salamjumaatbarakah
#subhanallah
#alhamdulillah
#Allahuakhbar

Thursday, 22 August 2019

Jangan menyerah

Pernah tak korang rasa, pada satu masa tu you are at the lowest point of your life.. You feel so hopeless and in despair..taknak buat apa2 pun, malas nak bergerak, malas nak mandi, malas nak keluar, malas nak makan, pendek cerita itu adalah momen malas sedunia..

Well, you are not alone. So beberapa detik waktu ni, aku merasakan aku orang paling malang  di dunia. So I started to compare my life with others. Aku jadi tertanya sendiri kenapa hidup aku macam ni, kenapa hidup aku teruk sangat, kenapa hidup aku tak macam orang lain, I keep question the same thing every day.. I feel so helpless..I feel so depressed..sampaikan aku rasa macam hidup aku ni tak berguna sangat.. Untuk apa aku hidup? Aku hidup sekadar untuk meneruskan kehidupan ke.

Yep. Agi hidup agi ngelaban.. Sampaikan aku rasakan aku cuma hidup hanya untuk melangsungkan hidup sehari-hari..yelah jalani lah apa adanya.. Walaupun hari2 yang dilalui sungguh membosankan.. Apalah lagi yang diharapkan..seolah2 hidup ini sudah tidak punya harapan.. Aku cuba bertanya lagi, apalah yang aku cari dalam hidup ini.. Tanpa sedar, hati kecik aku jawab, bukan ke hidup ni sebab Allah suruh kau cari keredhaan Nya.. Bukan ke kau dah janji dengan Allah, kau nak hidup kat dunia ni untuk cari bekalan untuk alam akhirat yang abadi..

Apalah lagi yang kau nak persoalkan..tetiba, aku bermonolog sendiri, aku cakap.pada diri, 'no, buat masa sekarang aku memang nak cari keredhaan Allah tapi dengan hati yang berat ni, aku tak mampu nak jalani hidup apa adanya.. Hati aku kosong sangat.. Aku tak mampu nak bersangka baik dengan takdir hidup aku sekarang, aku tak mampu nak pandang apa yang aku jalani sekarang dengan sudut pandang yang baik.. Serius, aku tak mampu..' Jujur saja aku tak mampu..

Sedang asyik aku duk scroll ig..tak tahu kenapa, aku jumpa banyak kata2 nasihat tentang apa yang aku tengah hadapi..gelisah, kusut, resah, sedih, marah, kecewa, derita semua lah..seakan2 tiada harapan..taktau kenapa seakan semuanya kebetulan..lepas tu, aku jumpa satu video ni tanya, 'apa yang kita cari dalam hidup ni? Kita cakap kita cari keberkatan dan keredhaan Allah tapi hakikatnya tak. Kalau kita betul2 cari semua tu, hati kita takkan ada satu perasaan tak tenang..kalau betul itu yang kita cari, takkan ada rasa putus asa dalam diri kita untuk mencari rahmat Allah..' Maknanya apa, kita tak bersungguh-sungguh pun nak cari redha Allah..

Kita tahu sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup ni, tenang dan bahagia..cuma kadang kala kita leka dengan tipu daya dunia..so bila terjatuh, tersungkur, kita question balik diri kita..kita tak sedar, bila berduka itu lah sebenarnya Allah suruh kita bangkit balik dan kembali ke jalan asal sebab kita dah tersasar.. Tapi kita tak sedar sangat sebab dah jauh tersasar sebab tu kita salahkan takdir.. Well itu yang aku rasakan sekarang.

Allah itu maha baik. Bila hati aku mula questionned semua tu Dia hantarkan pelbagai cara tuk sedarkan aku walaupun susah tuk aku sedar..aku mula jumpa atau terimbau balik kenangan lama yang positif, aku jumpa post2 yang menyatakan apa yang aku alami ni bukan aku sorang pun yang rasa..ramai lagi yang mengalami benda yang sama.. Cuma it just a matter of time whether I want to let the positive aura in or not..

So, bila mana hati aku tak tahan sangat dengan apa yang aku alami ni, aku just biarkan je diri aku.. And aku nangis puas2, aku mengadu kat Allah..aku takde sape nk mengadu sebab manusia takkan faham apa yang kita alami.. Magically, Allah itu maha mendengar.. Dia cuma nak dengar rintihan kita.. Serahkan kebergantungan diri kita pada Dia inshaaAllah, Dia akan ubati duka lara kita..again, it just a matter of time..nak sabar memang susah, ye susah sangat..tapi apa lagi yang boleh kita buat selain sabar, takkan nak bunuh diri..kalau terbunuh roh takkan aman jugak, kalau tak mati janganlah menyusahkan orang lain.. Sabar lah dan jangan menyerah.. Have a good day💪

Me - in the process of healing😢

Sunday, 18 August 2019

Semangat yang hilang

So hari raya haji baru-baru ni, something terrible happend..cuti 4 hari di kampung halaman terchenta seakan tak terasa cutinya akibat demam panas yang menggigil dan menyucuk tulang..tapi kuasa penyembuhan ibu itu real.. Hanya menelan sup ayam dan panadol, alhamdulillah dengan inayahNya, demam beransur kebah..yang tertinggal hanya kahak degil di kerongkongan...strsss..

So cuti itu seakan tidak bermakna akibat amarah yang degil. Semangat ini hilang. Hilang di laut china selatan barangkali. Pergaduhan yang meninggalkan kesan mendalam dalam diri. Memakan diri sendiri. Sukar tuk di ungkapkan. Tapi kesan itu masih terasa kini. Semangat yang hilang. Kesannya tiada pengharapan hidup lagi. Tahu. Masih ramai di luar sana yang merasakan perih yang lagi memeritkan.

Tetapi luka di hati ini, hanya Tuhan saja yang tahu. Semangat yang hilang. Hari-hari di lalui dengan penuh penyesalan dan kerinduan. Rindu. Rindu suatu masa dulu. Sesal kerana tidak melakukan yang terbaik. Sesal sekali. Syaitan berbisik supaya putus pengharapan terhadap hidup dan benci akan diri sendiri dan sekeliling. Marah dengan takdir tuhan. Sesal dengan hidup yang dijalani. Sesal dengan segala yang terjadi. Kesannya tak mampu nak tangkap hikmah dan bersangka baik dengan segala kejadian. Ya. Sukar sekali. Buat masa sekarang tak mampu. Semangat yang hilang😢

Astaghfirullahalazim

(...mcm mana nak bahagia? Pandang cermin, cakap pada diri sendiri)
Saya minta maaf, saya maafkan kamu
Saya sayang kamu
Saya cinta kamu
Saya harap kamu bahagia

Kerana Allah

Monday, 12 August 2019

Hati ini sudah tak di sini lagi

Sejak akhir-akhir ini, hati ini tertanya-tanya sendiri. Takdir apa yang membawa diri ini ke sini..tanpa disedari, rupanya ini la doa yang sering dipanjatkan suatu ketika dulu.. Doa meminta agar diri ini di bawa jauh dari semua kepahitan..doa agar diri ini jauh dari segala kelukaan.. Dan doa itu mungkin sudah terjawab tanpa disedari..manusia mana ada yang sempurna, selalu terlupa dan alpa.. Buat-buat tanya, takdir apa yang membawa ke sini sedangkan ini lah sesuatu yang dipohon sejak azali.. Sedih, kecewa dan tiada apa lagi di dalam hati..

Friday, 26 July 2019

I just hate u

Its hurt. And its hurt even more. Ur words bleed. My wound becomes deeper. U even make me hates myself even more. I just hate u. What r u trying to prove? U think u r perfect enough? U never make mistakes before? U r soo good when making people  feel less than what they are. Then bravo to u..

Tuesday, 23 July 2019

Ujian itu barakah

Setiap kejadian tersembunyi seribu satu hikmah..tetapi jujur, untuk menangkap hikmah itu tidak mudah bila mana ujian itu s e d a n g dijalani. Ya, sangat sukar. Hanya ketika ujian itu sudah habis dilalui barulah hikmah yang tersembunyi itu memunculkan diri. Itupun kalau tersedar sendiri atau ada yang mengingatkan..

Hidup ini sememangnya sarat dengan ujian. Dan tidak ada jiwa yang tenang tinggal di dunia ini sunyi tanpa ujian, dugaan, cubaan. Kerana dengan ujian itulah tanda manusia itu masih hidup. Tetapi bagaimana harus ujian itu dilalui? Syukur? Mengeluh?

Takpe, hadapilah ujian itu dengan mengadu kepada Tuhan. Kerana hanya padaNya, tersirat pengharapan dan pengabdian. Tunggu dan tetaplah berdoa. Dia Maha Mendengar. Digenggamnya pengharapan itu lalu disebar dengan kemanisan iman😊

Semoga sentiasa di bawah R A H M A T  tuhan....

Monday, 22 July 2019

What a conflict

When something dont go in ur way...susah nak kekal positif dan menangkap hikmah sesuatu tu terjadi..especially when u tried ur very best to avoid it and be ur best to get what u want but still u dont get it..yup its so hard to say 'alhamdulillah for this ujian'.. Instead u'll just say, why this is happening to me? Why? What it has to be me? Why today?

Well actually, it just a small case..when u woke up really early in the morning..and u just 5 minutes late..and the bus gone..and u have to wait for half an hour..waiting for nothing, wishing for a miracle to happen..but still there is nothing happen..u will just feel so frustrated that u think, why do I  have to woke up early this morning just to wait like an idiot.. Moreover, duzitong suddenly come up..and u will be thinking, am I able to make on time or not if I go to the toilet..

And u decided to take a grabcar and it still does not go in ur way..every path the car took, everytime there will be traffic light and its red..and suddenly there are so many cars coming out nowhere..and smile😊 u still late..it just like this is not ur day..and really not ur day..and when someone tell u be patient and be positive..well hey, it is so hard to remain positive if u r in my position and i'm still late..it is like I have to be late today.. And I hate this late and this nature keep calling me...argggggghhhhhh

And u will just hate this feeling and ur self even more..should I just quit my job?

Friday, 28 June 2019

My first real job

Today, it is a final day of work. When I decided to move on and quit. I have been thinking a lot. There are so many things in my mind. My thoughts are in chaos. But, at the end of the day, I told to myself that this is the perfect time before I change my mind again.

I enjoyed working with this organization even though it is still a bitter sweet memories. There are many times I am so excited to go to work but lately, there is no such feeling of overwhelming anymore. The quote pick a boss and not the job is real. In my case, pick your colleagues and not the job is definitely true. Yup, I dont feel like to go to work just because of them.

It is the toxic people that you are facing everyday make you feel demotivated and always in sorrows. I have learnt that, people can be fake sometimes. They are laughing in front of you and they start to talk behind your back at the very same time. But, it is the lesson of life anyway. We can not treat people the same way we have been brought up. Our breeds are not the same.

Even sibling who come from same paternal and maternal genes are different in personality. So it goes to outsiders. The difference of personality sometimes can be a crucial issue. Just because you are an outspoken does not mean you can look down on the weak. If everything in this world come to you the same way you thought it would be then there will be no fun anymore.

I guess that is the way it has to be. You will be facing the same problem anywhere. However, the least thing that you can do is to change your perspective of others. Though, it might hurt you that people do not want to see the same as your eyes. Let it be. That is P A T I E N C E has to be called up. Based on many motivators, you choose what you want to see based on your eyes. Be it good or bad. It is you to decide. And one thing for sure, as you see good in others, the reflections will be showed up to your face.

I have read a lot of success people saying that you can read people's personality based on their F A C E. I guess it is true. So when I get the chance to work and mingle around with people from different walks of life, I take this opportunity to study their behavior based on their face. Well, it come to a conclusion that, a good in heart people turn to have a beautiful face eventhough they are old no matter the gender they are. They have a side that makes you feel at ease and enjoy the conversation. Of course there are times, when the same person come again, you dont get the same aura as the other day. It feels lacking somewhere.

That is the fact that as a human being, it is very hard to stay in the same momentum. It is the thing that you have to figure out yourself whether, you want to treat them as the first day you are meeting them or the day that you do not want to talk to them at all. It is  Y O U to choose. Although it is difficult sometimes. The precious thing that I have learnt is that, it is you to decide what you want to see in other people (heart). Be it good so that you have a good face 😉

P/s
I am not saying that my attitude is the best. I know it well that it sucks to certain people sometimes. As for myself, when I hate someone or a situation, my complexion does not feel good. At that moment, I even hate the mirror 😅
And for those who stay in my life after knowing who I am, I am so thankful and grateful..I pray for your happiness and always meet great people and see good in others as always - you know who you are😘

Thursday, 23 May 2019

Ujian atau balasan

Tidak kira ia nya ujian daripada Allah Swt atau balasan daripada Allah ke atas dosa-dosa kita yang lalu.
Kedua-dua tujuan nya sama.
Iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Matlamat perkahwinan

Bukan sekadar hanya menginginkan zuriat, hanya ingin menutup mata dan memekakkan telinga orang sekeliling. Bukan sekadar ingin berkongsi rasa, kasih dan sayang. Malah lebih dari itu.

Matlamat perkahwinan yang sebenar adalah untuk memohon keredhaan Allah SWT. Berkahwin untuk memperjuangkan sunnah, menjadi lebih baik, mencari erti kata kehidupan berumah tangga yang sebenar.

Bersedia untuk menghadapi kelemahan pasangan?
Bersedia untuk saling memberi dan menerima?
Bersedia untuk saling sayang menyayangi, setia sampai syurga?
Bersedia kah?

Tuesday, 5 March 2019

Underneath....

Today im feeling a bit down (well x bit sgt,  bnyk laa jugak) sedih sgt sampai affect the whole day😥😢

I dont know why but it seems like whenever im meeting that person feels like my day will be ruined completely. Sampai terbawak-bawak balik umah.. Kat umah sambung nangis 😭😭😭😭😭

She did nothing wrong. We just have a usual conversation, updating each other's life. Yet my mood will completely out to the sea before and after meeting her😞

Perhaps something was wrong with me😩 so i found a quote saying that,

'Never discredit ur gut instinct.
U r not paranoid.
Ur body can pick up on bad vibrations.
If something deep inside of u says something is not right about a person or situasion, trust it.'

I guess im feeling it today.. And my body knows well that something's gonna happen.. that is why my heart felt something that i cannot explain myself.. And it not only happend today.. Its been so many times now.

After crying for a while, i choose not to think of it again.. Let it go,  let it go

Thursday, 28 February 2019

Deep inside

Sekali
Sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau
Telah jauh
Jauh dariku
Tiada ruang di hatimu buatmu
Namun harus ku akui
Ada ketika
Di minda
Kau menjelma kembali

Its freeeeeedaayyyy

Wednesday, 20 February 2019

Pilihan - cliche

Kenapa awak tak kahwin lagi? Awak taknak kahwin ke?

Saya dengar banyak lelaki tak guna dalam hidup ni. Jadi biarlah saya hidup aman tanpa lelaki tak guna tersebut. Saya nak kahwin, sape je taknak kahwin.

Dah tu, awak memilih sangat ni.

Saya tak dipilih jadi biarlah saya jadi pemilih😏

Monday, 18 February 2019

Good Day

Have a good day
Have a good day
Have a good day Everybody

Have a good day
Have a good day
Have a good day Everybody

Why did I become like this?
Someone please tell me
Is it because I ripped that lucky letter when I was young?
Yea, it’s funny
Whenever I look back, I always regret

Every day, I walk
I always walk on the same path
But why does it feel unfamiliar?
Why is my breath quickening?
Yea, I guess it’s because life is hard
Always lonely and exhausting days

Good Day
It’s about living happily
Good Day
It’s about walking together
Good Day
That’s life
When night passes
Morning comes again

I’m always running
I’m only looking ahead
But why am I always in the same place?
Why am I the only one struggling?
But it’s alright
I wanna take a break
Look at the sky and catch my breath

Good Day
It’s about living happily
Good Day
It’s about walking together
Good Day
That’s life
When night passes
Morning comes again

Good Day
You’re doing a good job
Good Day
Have a little more strength
Good Day
That’s life
When night passes
Morning comes again

Have a good day
Have a good day
Have a good day Everybody

Have a good day
Have a good day
Have a good day Everybody

Have a good day
Have a good day
Have a good day Everybody

Have a good day
Have a good day
Have a good day Everybody

Hidup yang singkat

So,  lately mim suka layan citer korea 'Super Family'.. Its not about love story💏 semata,  its all about life. Apa yang kita alami sepanjang hidup ni banyak di potray kan dalam drama ni. Sejujurnya,  for the very first episode, mim dah jatuh cinta❤ dengan drama ni. Macam mana sebuah keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu dan seorang anak perempuan menjalani kehidupan seharian. Banyak pengajaran yg mim dapat dari drama ni. Ada suka, duka, romantis dan komedi blend together. Its not even a heavy drama👍 at all. Its all about love of a family, friends, employer,  colleagues and everything😊

Kadang kita lupa hidup ni terlalu singkat untuk kita membenci atau menyakiti sesiapa pun dalam perjalanan hidup kita. Kadang kita rasa kita cuma perlu hidup untuk diri sendiri tanpa perlu consider perasaan orang lain. Kadang pula kita rasa diri kita dah terlalu perfect🐼 untuk judge orang lain tanpa kita sedar yang diri kita sendiri penuh kotoran yang terselindung. 

Kadang-kadang kita rasa lelah mengejar sesuatu dalam hidup sampai terlupa yang orang-orang yang rapat di sekeliling kita memerlukan perhatian kita. Kita rasa kita buat sesuatu tu untuk mereka tapi kita tak sedar mereka tak perlu pun semua tu. Yang mereka mahukan cumalah kita ada bila mereka perlu👪. Sebab at the end of the day, kita pun akan perlukan mereka.  Cuma masa yang menentukan samada timing 👥itu tepat atau tidak. Mungkin mereka dulu yang pergi tinggalkan kita atau kita dulu yang akan pergi tinggalkan mereka. Hopefully, masa itu tidak terlalu terlambat di saat kita perlukan mereka di sisi. So hargai masa yang ada bersama mereka 😉

Hidup yang singkat ini memang kadang menguji kesabaran dan keimanan,  sekejap kita kat atas sekejap je kita boleh ke bawah balik. Bukan senang nak stay positif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Bukan susah jugak nak stay happy 😊untuk orang sekeliling kita. Pilihan still di hati kita🐝. Hati yang baik inshaa Allah akan sentiasa di kelilingi dengan orang-orang yang baik. Pilihan itu sentiasa ada. Sekalipun kita dah menemui jalan buntu di atas sesuatu perkara, kita still boleh pilih 💁on how to handle that matter. In short, embrace all with a bravery heart even though that is the hardest thing to do 😅

Things will be the way we see the things itself. If we only see the bad then it will become a bad thing💆, if we see the goodness👼 of the thing then it will be as what we see it will be.. Life is too short to handle it, isn't it? Please, just go with the flow and dont let the life drama ruin your personality.. So no matter where u are,  appreciate all the people around u, and stay low key, will you? 😘

Get better day by day
Get better day by day
(a lyric actually 😂)

Sunday, 27 January 2019

Menunggu

Jodoh ni ibarat tunggu bas ke?  Ya Allah lamanya nak tunggu.. Bukan takde langsung bas datang.. Bas penuh dengan manusia, sampai cakap, 'takpelah korang naiklah dulu, aku taknak berebut dan berhimpit macam sardin.' Kadang bosan menunggu.. Macam tulah jugak tunggu jodoh.. Bila yang datang tak memuaskan hati, we reject it without second thought.. Kalau tak tergesa tak perlulah paksa diri sendiri.. Better late than never.. Dan seandainya tiada jodoh di dunia, akhirat masih ada.. Bukan taknak usaha tapi tak salah kalau menunggu yang selesa kan.. Kadang sambil tunggu bas aku suka tengok ragam orang sekeliling.. Manusia datang dan pergi.. Begitulah hidup ini,  tiada yang kekal abadi pun.. Apa yang terjadi memang aturan tuhan tapi kita boleh usaha untuk hidup yang lebih baik.. Sebab hidup ini sebenarnya sentiasa ada pilihan..kalau taknak naik bas boleh ambil grab..  Ikut kemampuan 😊