Sunday, 31 January 2021

Bukan Semua Harta Atas Nama Si Mati Adalah Harta Pusaka Dan Perlu Difaraidkan

*Bukan Semua Harta Atas Nama Si Mati Adalah Harta Pusaka Dan Perlu Difaraidkan*

Umum mengetahui apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia, semua harta yang dimilikinya akan menjadi harta pusakanya. Apabila menjadi harta pusaka, harta tersebut perlu ditabdir mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh syariah Islam dan juga undang-undang sivil.

Turutan pentadbiran harta pusaka adalah seperti berikut.

1. Membayar kos pengurusan jenazah si mati

2. Melunaskan semua hutang-hutang si mati

3. Melaksanakan wasiat ke atas harta si mati sekiranya ada

4. Mengagihkan harta pusaka mengikut aturan faraid atau atas muafakat waris

Oleh itu, waris dan pentadbir harta si mati perlu jelas apakah yang termasuk dalam senarai harta pusaka si mati, dan apa pula harta yang tidak termasuk sebagai harta pusaka.

Harta pusaka si mati boleh dikategorikan dalam dua kumpulan, *harta alih dan harta tidak alih*.

*Harta Alih:*

1. Wang tunai dalam akaun bank, Tabung Haji, unit saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Bumiputera (ASB), mahupun yang disimpan di dalam rumah

2. Kenderan

3. Saham syarikat

4. Barang kemas

5. Barang-barang peribadi seperti telefon bimbit, laptop dan lain-lain

6. Perabot di dalam rumah

*Harta Tak Alih:*

1. Rumah
2. Tanah sawah, kebun, ladang dan seumpamanya
3. Kedai, bangunan dan seumpamanya

Selain senarai harta di atas, harta-harta ini juga termasuk di dalam senarai harta pusaka si mati.

1. Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian

2. Kutipan duit sewa dari harta si mati

3. Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati

4. Premium daripada daripada pampasan insurans (bukan keseluruhan pampasan)

Kesemua harta ini menjadi harta pusaka si mati, dan selepas selesai semua urusan pentadbiran, akan diwaris oleh waris-warisnya mengikut hukum faraid.

Walaubagaimanapun, ada juga harta yang tidak termasuk dalam senarai harta pusaka si mati walaupun pada zahirnya kelihatan begitu. Oleh sebab tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka hukum faraid juga tidak terpakai ke atasnya.

Antara harta yang tidak termasuk dalam senarai harta pusaka si mati ialah:

1. Harta yang telah dihibahkan/dihadiahkan kepada orang lain semasa hayatnya

2. Harta yang telah diwakafkan

3. Harta yang dipegang amanah oleh si mati

4. Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati

5. Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO

6. Pampasan insurans (kerana tidak patuh syariah) dan manfaat hibah takaful

7. Khairat kematian

Dengan memahami status sesuatu harta yang ditinggalkan oleh si mati, waris akan lebih jelas bagaimana hendak menguruskan harta tersebut. Ini kerana banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut.

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, konsultan di sebuah syarikat amanah patuh syariah yang mengurus perancangan harta dan pentadbiran pusaka.

#TabungWanita

*TabungWanita*

MENGAPA WANITA PERLU SIMPAN EMAS?

1. Sebagai Perlindungan Diri. Dari bencana kewangan. Jika kita masih bujang, ia bantu kita sebagai simpanan dan pelaburan.

Jika kita dah berumah tangga, jika suami tiada Hibah Takaful atau perlindungan pendapatan. Bila jadi apa apa bencana. Mereka ada emas untuk teruskan hidup dimasa depan.

Jika suami jatuh hati lagi dan tinggalkan pergi. Maka emas menjadi talian hayat pelindungi yang abadi.

2. Keyakinan Diri.

Wanita rasa lebih yakin dan jelita bila ada barang kemas ditubuh badan mereka. Rasa percaya diri tinggi. Orang Kelantan sebut Pemanis Tubuh.

3. Pelaburan Paling Klasik.

Sejak zaman mak ayah kita muda, mereka menyimpan emas sebagai simpanan dan pelaburan yang paling mudah. Selagi ada lebihan duit mereka beli emas untuk simpan.

4. Elakkan Duit Hilang.

Semakin banyak duit dalam tangan mereka nak belanja saja. Pantang nampak bag tangan online rasa nak cuba.

Bila menyimpan emas perasaan berharta dan kaya itu ada. Jika tidak asik nak belanja beli saja.

5. Kalis Inflasi yang Baik.

Jika kita nak kekalkan nilai duit yang mereka ada sebaiknya simpan emas dalam tempoh jangka panjang.

6. Emas tawarkan Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan.

Jika wanita memiliki emas, mereka dapat 3 in 1 ini dalam satu masa. Ia mudah dibawa dan dicairkan, wanita tahu tempat selamat untuk menyimpan. Lelaki selalu lupa.

7. Ada Pilihan Barang Kemas atau Bar Emas.

Berbanding lelaki hanya boleh simpan dinar, syiling, bar atau jongkong. Wanita boleh menyimpan semua itu dan barang kemas juga . Mereka ada lebih banyak pilihan.

8. Kawal Nafsu.

Dari beli bag tangan yang akhirnya susut nilai dan dimakan zaman, lebih baik beli emas untuk masa depan.

Wanita dan emas sukar dipisahkan. Jika susah menyimpan, belajarlah menabung emas sepanjang zaman.

Kredit to Azizul Azli Ahmad

Wednesday, 27 January 2021

*Tabung Emas#2

*Tabung Emas*

Dalam pelaburan hartanah golongan ini juga ada.

"Beli rumah banyak banyak, sebab itu rumah tak cukup dan mahal".

"Asik suruh orang beli emas, habis nak makan apa?"

Ada orang,

apa yang dia lihat akan ditafsir berdasarkan tahap pemikiran semasa dia sahaja.

"Asik tunjuk emas jer, menunjuklah tu. Ingat semua orang kaya ka?"

"Bagus juga emas nie untuk simpanan bagi anak isteri bila tak ada nanti".

Ia bergantung tahap kefahaman kita bab kewangan dan aset. Sebab itu lahir perkaraan 'Bodahlah awak ini' pada akhir status ini.

Kawan kawan yang baik.

1. Jangan simpan emas dengan duit keperluan harian kita. Duit gaji untuk belanja dapur jangan guna beli emas.

2. Fahami tujuan kita simpan emas, simpan untuk kahwin, untuk bersara, untuk hadiah pada isteri bila tiada nanti, untuk beli tanah, beli rumah, simpanan perniagaan, untuk menjaga nilai wang dari ditelan inflasi ada macam macam tujuan.

3. Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika ada impian beli telur masin, bawang dan beras jangan simpan emas dulu. Simpanan emas yang baik 5 tahun dan kedepan.

4. Penjual emas juga, jangan persenda orang yang tak beli emas sebagai tidak bijak. Itu tidak adil, kefahaman kewangan tiap orang berbeza. Bersyukurlah jika ada kesedaran awal. Sama seperti menabung, tak semua orang rasa menabung itu wajib.

5. Jika belum ada duit lebih, jangan menyimpan emas. Nanti kita canang satu dunia emas ini rugi sebab beli semalam nak jual hari ini.

6. Jangan juga tunggu duit lebih baru beli, adakala duit selagi tidak dipaksa menyimpan. Ia tak akan lebih, maklumlah nafsu kita dan kuda sama sama naik bila jualan bonanza merdeka!

Bagi pendidikan kewangan, jangan putus asas. Menyimpanlah dan jaga keluarga kita.

Kredit to : Azizul Azli Ahmad

Sunday, 17 January 2021

Dari bank ia datang, kepada bank ia kembali

dompet adalah tempat persinggahan duit yang sementara.

*dari bank ia datang, kepada bank ia kembali.*

ramai yang mengaku bila duit banyak, ia sukar dikawal. otak akan berfikir nak beli apa lagi hari ini.

dengan simpan emas, kita belajar kawal duit. ramai juga yang berjaya hilangkan emosi suka berbelanja kerana emas.

in sha' allah dengan emas, hasrat untuk mengawal kewangan akan jadi lebih baik.

"duit ibarat air yang mengalir. semakin laju ia masuk.. semakin pantas ia bocor semula jika tidak diselia lubang yang ada."

dapat sesuatu?

Saturday, 16 January 2021

*𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔?*

*𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔?*

1️⃣Wanita beranggapan jika suami meninggal rumah yang mereka duduk akan jadi milik mereka sepenuhnya.

📍Hakikatnya kediaman itu menjadi pusaka dan akan dibahagikan secara Harta Sepencaraian  dan barulah secara faraid.

2️⃣Wang yang ada dalam KWSP atau Tabung Haji yang dinamakan atas nama isteri sepenuhnya, isteri boleh ambil semuanya beli beg harmes!

📍Hakikatnya isteri berperanan sebagai pemudah cara atau pemegang amanah saja untuk duit itu dibahagikan secara faraid. Bukan hak mutlak isteri.

3️⃣Pusaka Tunai oleh suami yang meninggal bagi anak anak bawah umur diperolehi secara terus oleh isteri.

📍Hakikatnya isteri tidak boleh langsung mengambil bahagian anak anak ini, bahagian isteri hanya 1/8 dari jumlah yang ditinggalkan sahaja.

4️⃣Buat rumah atas tanah suami dengan duit isteri, isteri akan dapat rumah tersebut jika suami meninggal. Horeiiiii

📍Rumah itu tetap menjadi pusaka dan akan diberikan secara faraid. Isteri cuma dapat 1/8 dari rumah itu.

5️⃣Semua harta suami akan jadi hak isteri jika meninggal.

📍Terdapat hak ibubapa suami,  bahagian bapa saudara jika tiada anak lelaki dan baitulmal dalam kes kes tertentu.

Pesan pada suami tercinta bahawa semua harta pusaka akan dibahagikan secara faraid dan mengambil masa yg lama untuk diselesaikan, BAHKAN melibatkan kos yg agak besar. Jadi Buatlah satu Plan Hibah. Agar kehidupan si isteri juga anak2 lebih terjamin dalam sudut kewangan.

"Dengan HIBAH, Jika suami dah meninggal, ini Hadiah Khas sepenuhnya HAK isteri dan anak".

Thursday, 14 January 2021

Hibahlah sebelum hiba

Penama di dalam KWSP, Tabung Haji dan lain² simpanan adalah pemegang amanah, bukannya penerima mutlak.

Sementara menunggu proses pembahagian faraid selesai, keluarga yang ditinggalkan mungkin akan mengalami kesukaran untuk menampung kos kehidupan harian sekiranya tiada pendapatan lain.

Maka, hibah takaful dilihat sebagai salah satu usaha penting untuk mengurangkan beban kewangan keluarga.

Bagi yang masih ada joint loan untuk rumah, pampasan dari hibah takaful boleh digunakan untuk membayar semula bahagian waris² lain agar hak milik rumah tersebut dapat ditebus sepenuhnya.

Hibahlah sebelum hiba.

" Sesungguhnya jika kamu meninggalkan warismu dalam keadaan kaya atau mencukupi, ia lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan (bantuan) manusia ”.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Semoga info ini bermanfaat !

Thursday, 7 January 2021

Zakat Dan Emas

*Zakat Dan Emas*

Ada orang simpan emas 1 gram 1 bulan. 12 bulan ada 12 gram.

Ada yang simpan 10 gram sebulan. 12 bulan dah ada 120 gram.

Ada orang simpan 100 gram sebulan. 10 bulan dah 1000 gram jumlahnya.

Ikut kita nak simpan berapa banyak kita mahu. Bermula daripada diri kita sendiri.

Kenapa banyak sangat dia simpan?

Sebab dia ada Ilmu.

Dia tahu lagi besar gram yang dia simpan, lagi besarlah jumlah nilai emas. Dan lagi cepat dia layak untuk keluarkan zakat simpanan emas.

Makin untung dia sebab kekayaan dia makin meningkat.
Tak pernah lagi kan kita dengar disebabkan bayar zakat setiap tahun, maka jatuh miskin 😅