Sunday, 6 October 2019

Definisi bahagia

6th October 2019

Definisi bahagia itu letaknya pada diri. Bukan dengan mencari sesuatu. Sebab bila sesuatu itu hilang, bahagia itu juga akan hilang. Bahagia itu tak datang dengan sendirinya, kita yang perlu cipta dan bina bahagia itu. Sebab tu, bukan bererti punya segalanya baru bahagia. Ada orang miskin harta tapi kaya dan bahagia jiwanya. Ada orang kaya, punya rumah selesa, tapi empunya sebenar pembantu rumah, punya tilam empuk tapi erti lena tiada, punya pasangan kacak, cantik tapi masa bersama tiada. Hakikatnya apa pun yang kita punya, cubalah berbahagia dengannya. Allah tak bagi sesuatu yang kita mahu bersebab Allah Maha Tahu apa yang kita lagi perlu. Kita je taknak dan malas bersyukur. 😉

Wednesday, 2 October 2019

What a life

Life aku biasa-biasa je. Kadang-kadang aku rasa memang takde life. Pergi kerja balik kerja. Takde istilah nak melepak ke apa. Dulu adalah jugak. Tapi mungkin faktor usia, aku lebih suka duduk kat rumah je. Selalu jugak rasa sunyi. Tapi nak buat macam mana, aku jugak yang memilih kehidupan begini.

Tahun ni aku decide untuk tukar kerja. Dari kerja tetap ke kontrak. Kau rasa? Konon nak cari pengalaman dan suasana baru. Pilihan aku salah ke? Bila nak habis kontrak baru aku terfikir, lepas ni nak buat apa? Takkan nak menyusahkan mak ayah lagi? Aku pun bukannya muda lagi. Secara jujurnya, aku tak menyesal pun tinggalkan kerja lama memang nak berhenti tu dah lama. Sebab takde hati dah kat sana. Orang cakap 'pick the boss not the job'. Betullah tu, aku berhenti pun sebab tu lah. Takde saluran yang boleh aku improve kan lagi diri aku ditambah dengan toxic surrounding.

Dan jujur aku suka sangat dengan suasana kerja kat tempat baru. Best. Boss yang positive dan rakan sekerja yang baik-baik. Walaupun aku ni agak slow dalam buat kerja tapi dorang tak prejudice dan sabar je ajar aku. Aku doakan urusan dorang selalu dipermudahkan Allah. Even though aku rasa ada sorang senior yang tak berapa gemar dengan aku. Tapi aku memilih untuk abaikan je dia. Dulu sebelum berhenti kerja lama, aku selalu doa, aku nak kejar dunia dan akhirat dalam kerja aku. Tak sangka Allah makbulkan. Aku pun tak expect langsung apa yang aku harapkan lain tapi Allah bagi lagi baik. Alhamdulillah.

Kadang tu ada jugak rasa rindu dengan tempat kerja lama tapi takdelah rindu banyak pun cuma teringat dekat sesorang. Gitu. Tempat kerja sekarang seronok sebab as a Muslim, aku tahu tempat ni penuh dengan barakah. InshaaAllah. Semoga Allah redha. Bila dah nak tamat kontrak ni, aku baru mula rasa risau. Bulan depan nak buat apa? Dengar cerita, dorang memang takkan ambil kami bekerja. Aku takdelah berharap seratus peratus pun nak kerja kat sini pada mulanya, tapi bila bertukar ke department baru yang aku rasa kena dengan jiwa, hati aku rasa nak sangat kerja kat sini.

Jujur, pertama kali dalam hidup aku temui tempat kerja yang sama macam zaman aku belajar dulu. Ada tazkirah, ceramah, program agama, solat berjemaah, semua Muslim berpakaian sopan dan baik-baik semuanya. InshaaAllah. Sebelum aku bertukar kerja dulu, aku selalu terfikir, aku rindu zaman belajar sebab rohani aku terisi. Dan sekarang aku dah temuinya. Tapi takdir Tuhan siapalah dapat mengagaknya. Pernah aku tidur tetiba terjaga dan risau pasal ni. Aku nak kerja kat sini tapi aku tak boleh nak berharap sangat. Kalau dorang nak kat aku, mungkin dorang ambil aku bekerja. Entahlah apa-apa pun, semoga apa juga pilihan dan takdir jalan hidup aku lepas ni adalah atas keredhaan Allah. Allah Maha Tahu apa yang terbaik.

Semoga aku terus kuat dalam menempuhi hidup inj dan bersyukur dengan pilihanNya..aamiin