1 April 2020
Sudah tentu orang Islam mempunyai keinginan untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu ibadat Haji jika ia berkemampuan.
Untuk menunaikan objektif ini, ada yang sanggup menabung hampir seluruh hayat mereka melalui simpanan akaun simpanan tabung haji atau pelaburan dalam unit amanah. Ada juga yang sanggup menjual aset seperti hartanah atau kediaman sendiri. Ini tidak salah.
Tetapi ada alternatif lain yang ramai tidak tahu iaitu melalui simpanan emas. Bagaimana melalui simpanan emas, kita dapat menunaikan haji?
Dari sumber yang dikongsikan oleh Tabung Haji, Kos bagi menunaikan Haji dengan Tabung Haji adalah RM9980.
Pada tahun 2010, kos menunaikan Haji bersamaan 78.58gm emas. Apakah terjadi selepas 10 tahun? Pada tahun 2020, kos menunaikan haji tetap sama akan tetapi kita hanya memerlukan 45.36gm emas sahaja.
Kos Haji menurun sebanyak 42% sepanjang 10 tahun kalau dihitung menggunakan emas. Cuba bayangkan 10 tahun kehadapan. Adakah dengan hanya 20gm emas cukup untuk menunaikan haji?
Justeru simpanlah emas sekarang untuk kegunaan masa hadapan, untuk apa jua sebab samada menunaikan haji atau umrah, pembiayaan kos IPT, pengubahsuaian kediaman dan lain-lain.
Kesimpulannya, katakan kita menyimpan 1gm emas setiap bulan. Selepas 5 tahun, kita akan mempunyai 60gm emas yg sudah cukup untuk menampung kos haji berdasarkan kadar masa kini.
Tetapi jangan lupa, trend jadual menunjukkan harga emas sentiasa meningkat mengikut masa, justeru kita memerlukan kurang emas berbanding tahun2 yg lepas.
Bank Muamalat membuat pelaburan mudah untuk anda dengan menawarkan dari RM10 sahaja. Ini bermakna anda boleh menyimpan mengikut kemampuan anda.
Jangan cakap takde duit, sememangnya duit penting untuk hidup tapi tidak pernah cukup untuk gaya hidup.
Ingat, biar pun sikit-sikit, lama-lama jadi bukit😊
Nota kaki: pelaburan emas tidak memberikan keuntungan tetap. Tidak ada dividen atau kadar keuntungan yg berkaitan pelaburan emas. Keuntungan adalah berdasarkan potensi peningkatan nilai emas tersebut. Prestasi masa hadapan tidak tertakluk kepada prestasi masa lampau. Harga emas boleh naik turun mengikut aliran pasaran.