7th October 2018
Why him? Among all of those guys.. He is not that special.. Adakah dia lelaki kiriman Tuhan? Adakah dia jodoh atau bodoh? Aku sendiri tidak tahu.. Aku tanyakan pada tuhan lalu dia hadirkan Ilham.. Kata ustaz, dalam konteks agama tiada istilah 'jodoh belum datang'. Sepanjang kehidupan manusia, sebenarnya telah banyak dikirim tuhan cuma manusia itu sendiri yang menolak. Yang hitam datang tak mahu, yang putih datang tak mahu, yang kurus datang tak mahu, yang gemuk datang tak mahu.. Lalu mahunya apa? yang menolak itu manusia itu sendiri.
Ada yang kata jodoh datang di saat yg tepat..aku sendiri kurang pasti adakah sekarang adalah waktu yang tepat..aku sendiri takut nak mencuba.. Aku tidak tahu harus berbuat apa.. Kata ustaz lagi, 'hidup ini ada sebahagiannya adalah hasil pilihan kita sendiri, kita yang memilih mahu yang bagaimana..kita sendiri yang menentukan hidup kita arahnya bagaimana..cuma kalau keliru minta lah petunjuk dari Tuhan, Dia akan berikan jawapan. '
Aku bertanya pada Dia, aku meminta pada Dia, jika ini takdir yang harus aku jalani, aku kena kuat dalam pilihan aku sendiri. Yang salah adalah aku, yang betul juga pilihan aku.. Aku tak boleh salahkan Sesiapa..aku yang memilih jalan ini.. Kata sahabatku, setiap pilihan ada risikonya..mungkin apa2 pun risiko yang terbentang..aku harus kuat dalam pemilihan ku sendiri..tetapi tidak terlalu terlambat untuk terus berdoa kerana Allah sentiasa ada untuk hamba2Nya..
Jadi aku memilih dia..sekiranya Dia adalah yang terbaik untukku, agamaku, dunia dan akhiratku, Akibat perbuatanku samada cepat atau lambat maka permudahkanlah urusan pernikahan kami dan kurniakanlah sakinah, mawaddah Dan Rahmah Di dalamnya..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dengan ilmuMu yang Maha Besar..
Walaupun pada awalnya kami hanya bergaduh sepanjang masa dan seakan tiada kompromi antara satu sama lain, aku perlu yakin dengan ketentuanNya..apa2 pun aku percaya ini adalah takdir terbaik dariNya..aku akan cuba jalani seadanya.. BTW Happy Birthday to both of us.. We share a same date of birth cuma berbeza tahun..
Satu hal yang membuatkan aku terfikir mungkin kah dia pasangan yang tercipta untukku di dunia ini kerana sepanjang 26 tahun aku hidup di bumi Tuhan ini, ini adalah kali pertama aku bertemu seseorang yang memiliki tarikh lahir sama sepertiku..paling ajaib lelaki ini tidak pernah aku kenali dan dia datang di saat hati ini kosong sekosong hening pagi..
Kalau pun dia cumalah persinggahan di hati ini, aku harus sentiasa bersangka baik dengan Allah, Dia yang menentukan apa yang terbaik untuk hamba2Nya..pilihan aku adalah dia, tinggal hanya restu dari pemilik hati kami berdua..Allah yang Satu, yang sentiasa ada dalam hatiku😊 semoga yang terbaik jadi milik kami berdua 😇
Dan di mana jua dia berada, semoga Hidayah Allah sentiasa bersamanya..