Friday 19 November 2021

Ilmu harta pusaka

Saya terpanggil utk berkongsi pengalaman dalam menguruskan harta pusaka abang saya yg <RM2 juta, tidak berwasiat, tidak dihibahkan dan penama telah meninggal dunia terlebih dahulu.

Abg saya meninggal tanpa waris isteri serta anak. Isteri arwah meninggal terlebih dahulu dan perkahwinan abg tidak dikurniakan anak.

Adik beradik pula, hanya tinggal saya yg bongsu.  Abah serta mak dan abang2 lain telah meninggal dunia juga.

Setelah melalui proses menguruskan harta pusaka arwah, baru saya faham kenapa ramai yg tidak sanggup menguruskan dan byk harta org Islam telah dikumpulkan ke Baitulmal.

1. Sebelum membuka fail utk perbicaraan tuntutan sebagai pentadbir utk menguruskan harta pusaka, kita perlu dapatkan 'latest statement' dari semua agensi2 kerajaan (termasuk Pejabat Tanah) serta bank2. Saya telah berulang alik ke 2 bank, ASB, Tabung Haji, KWSP serta socso. Socso adalah kerana arwah abang penerima pencen ilat dari isteri.  Saya hanya memberitahu supaya pencen diberhentikan.

2. Utk dapatkan semua 'statement' tersebut, saya perlu menyediakan dokumen2 seperti dibawah:
   a. Sijil asal dan salinan sijil kematian dan surat beranak abang. Sijil kematian perlu kita mohon dari JPN (oleh waris terdekat) dengan membawa surat pengesahan kematian serta pengkebumian.
   b. Salinan sijil arwah kakak ipar, salinan sijil nikah
   c. Sijil asal dan salinan surat beranak serta kad pengenalan diri saya sebagai bukti saya adik kandung seibu sebapa.
   d. Carian terbaru, cukai tanah terbaru serta geran asal tanah.

3.  Perlu diingat, Tabung Haji tidak akan membenarkan atau melayan  sebarang permohonan utk mendapatkan 'statement of balance'.  Mereka hanya proses permohonan sebagai pentadbir setelah saya dapatkan surat perintah dari mahkamah.

4. Setelah semua dokumen diperolehi, saya memohon melalui PTG secara online. Sini saya ingin berterima kasih and memuji PTG dan pihak Mahkamah kerana mereka telah memproses permohonan saya dalam jangka masa yg pendek walaupon semasa musim pandemik.

5. Sebagai persiapan ke mahkamah, selain dari dokumen2 yg telah saya sebutkan diatas tadi, saya telah menyiapkan borang DDA, salinan ic, surat beranak dari semua waris, serta sijil kematian abah, mak, abang2.,

6. Semasa perbicaraan, Hakim telah meminta utk melihat segala dokumen2 asal serta 'cross reference' dengan segala dokumen2 yg telah di 'upload' semasa permohonan online. Hakim juga menjalankan siasatan utk memastikan semuanya tulin dan benar.  Disebabkan semua waris2 lain telah mewakilkan saya sebagai pentadbir, maka hanya saya perlu hadir di mahkamah bersama 'DDA form'.

7. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar semasa perbicaraan.  Saya telah menerima surat sebagai pentadbir lebih kurang sebulan dari tarikh perbicaraan.

8. Saya telah kembali semula ke bank2 dan agensi2 kerajaan utk menyerahkan surat perintah tersebut. Setiap agensi dan bank mempunyai proses yg berlainan dan ada memerlukan saya mengisi lagi borang.  Bukan itu sahaja, lagi sekali saya telah diminta utk menyerahkan berbagai salinan dokumen.

9. Sesetgh agensi seperti ASB dan Tabung Haji hanya akan memindahkan wang ke dalam akaun ASB dan Tabung Haji penerima.  Mereka tidak akan memindahkan wang ke dalam akaun bank. 

10. KWSP dan bank pula akan menyediakan check atau transfer terus ke dalam akaun bank kita.  Bank BSN memerlukan 'statement' dari bank penerima sebagai bukti itu adalah akaun penerima.

11. Dari kalangan agensi kerajaan dan bank diatas, Maybank dan KWSP adalah yg paling efisien dan kurang birokrasi. Terima kasih saya ucapkan kerana memudahkan.

12. ASB memerlukan saya mengisi borang pertambahan serta stamp dari pesuruhjaya sumpah.

13. BSN pula meminta saya mengisi borang tambahan serta bukti statement bank penerima.

14. JPJ pula memerlukan pengesahan dari Puspakom serta borang juga. Yg ni mungkin kerana kereta dah lebih 15 tahun..

15. PTG seperti lazimnya, memerlukan salinan geran asal, salinan cukai terbaru serta salinan ic dan sijil kematian.

16. Yg paling leceh adalah Tabung Haji. Hakim telah mempersoalkan kenapa mereka tidak boleh mengeluarkan statement of balance.

17. Rata2 hampir kesemua nya akan hanya selesai sebulan ke 2 bulan selepas saya menyerahkan surat mahkamah.  Segalanya dimulakan dari akhir bulan Feb. Sekarang sudah pon November.

Kenapa saya berkongsi disini? 

Saya mau rakyat kita terutama sekali yg beragama islam peka tentang birokrasi yg tidak seragam di negara kita. Setiap agensi dan bank ada prosedur tersendiri.

Saya tak boleh bayangkan sekiranya tuntutan melebihi RM2 juta atau kehilangan dokumen, xtau susur galur keluarga atau tidak sepakat dalam pengurusan dan agihan harta.

Tidakkah surat mahkamah cukup utk pengesahan tapi perlu pula disediakan bermacam2 lagi dokumen?  Tak lakukah perintah mahkamah?  Saya faham sekiranya salinan IC serta sijil kematian diperlukan, tapi perlu pula mengisi 'indemnity' form. Pertanyaan saya hanya dijawap sebagai 'inilah prosedur kami Puan kalau ada audit atau sebarang komplen berlaku..'

Bayangkan masa yg diambil utk menguruskan harta pusaka. Saya sihat dan telah bersara, jadi senang utk saya kesana kemari.  Bagi waris yg tua, uzur atau sedang bekerja..berapa hari kah perlu mereka mengambil cuti?

Kenapakah proses2 tuntutan ni tidak boleh diseragamkan supaya ianya lebih memudahkan? Memudahkan tidak bermakna segala 'check and balance' di abaikan.

Sebab itula ramai yg giveup dan harta org Islam byk tidak dituntut.

LAGI SATU..WAHAI SAHABAT2 KU,
LEBIH AFDAL SEKIRANYA ANDA SEDIAKAN WASIAT ATAU HIBAHKAN HARTA SEMASA HIDUP.

#BSN
#maybank
#KWSP
#ASB
#JPJMalaysia
#PTG
#tabunghaji
#jabatanagama
#BAITULMAL

Monday 15 November 2021

Life is about..

Life is about creating memories.. The best memory is a good memory to others

Sunday 22 August 2021

Zakat emas

Zakat kepada emas ada 2 pengiraan:

❤️•E•M•A•S• Perhiasan

Kadar zakat Emas perhiasan kita tgk nilai Uruf(ikut negeri). Lebihan uruf baru byar zakat.. means contoh di sarawak, if total barang kemas ada 91g, cuma 1g kena byar zakat dgn syarat dlm msa setahun, korg ada atleast sekali pakai emas perhiasan tu.. Kalu xpakai lansung, dikira sebagai emas simpanan..

• Selangor 800g
• Kedah 170g
• Perlis = Tiada istilah Had Uruf, jika melebihi nisab 85 g perlu zakat
• Pulau Pinang 165g
• Melaka 180g
• Sabah 152g
• Pahang & Perak 500g
• N9 200g
• Johor & Tganu 850g
• Sarawak 90g
• Kelantan = Tiada Uruf untuk emas perhiasan

❤️•E•M•A•S• Simpanan

Utk Goldbar/Dinar under emas simpanan.. Kadar kita panggil haul.. Haul adalah sama di semua tempat which is 85g.. Jika emas simpanan lebih 85g smua kna byar zakat.. kira if goldbar/dinar ada 86g, all 86g kena zakat after simpan 1year..

Penting : Wang simpanan yang sama nilai dengan 85g emas = wajib zakat 2.5%.

Thursday 19 August 2021

Emas dan Hartanah, Mana Lebih Baik?

*Emas dan Hartanah, Mana Lebih Baik?*

Emas dan hartanah, dua jenis aset yang saya paling suka. Tapi antara emas atau hartanah, yang mana lebih baik? Bagi saya dua-dua baik. Tak ada istilah emas lebih baik dari hartanah, atau hartanah lebih baik dari emas. Ia dua aset berbeza, yang mempunyai kelebihan masing-masing.

Yang mana lebih baik tu bergantung cara kita memanfaatkan emas ataupun hartanah. Seolah-olah membandingkan motosikal dengan kereta. Motosikal lebih baik sebab jimat masa dari terkandas dalam jem, jimat duit tol dan dan petrol. Kereta lebih baik sebab lebih selamat dari kemalangan, selamat dari hujan, dan badan pun tak letih. Masing-masing ada kelebihan. Begitu jugalah antara emas dan hartanah.

*Emas Ideal Sebagai Simpanan*

Saya nampak *emas aset yang ideal untuk SIMPANAN jangka panjang yang mudah dicairkan*. Bagi saya, emas adalah duit. Simpan emas seolah-olah kita simpan duit tunai dalam bentuk yang lebih selamat nilainya. Bila-bila nak pakai duit, kita boleh cagarkan di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman segera, atau terus jual untuk dapat duit on-the-spot.

Emas boleh dibeli walaupun modal kecil. Emas aset yang bagus bagi sesiapa yang pekerjaannya sentiasa berpindah randah dan belum bersedia untuk membeli rumah i.e. tinggal menetap di sesuatu tempat.

Emas boleh dijadikan alternatif simpanan bagi mereka yang diisytihar bangkrap sebab emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tiada dalam sistem kewangan. Pendek kata, tak siapa tahu berapa banyak emas  yang kita ada. Pihak bank tak boleh ‘trace’ simpanan emas kita, apatah lagi untuk dibekukan sebagaimana aset-aset kewangan yang lain (termasuk hartanah).

Emas aset yang paling selamat dari sebarang ketidaktentuan ekonomi dan politik negara. Kalau berlaku huru-hara dan peperangan, pemilik emas boleh bawa kekayaannya ke mana sahaja dan mulakan hidup baru. Itulah kelebihan emas.

*Peluang Kaya Dengan Pinjaman*

*Hartanah pula bagi saya adalah alat yang bagus untuk gandakan kekayaan dengan hutang i.e. hutang baik*. Ia hutang yang membuatkan kita lebih kaya. Dan mungkin hartanah antara pelaburan paling cepat membuatkan kita lebih kaya sebab kita boleh leverage PINJAMAN bank. Bank berlumba-lumba bagi pinjaman perumahan sebab ia aset yang sangat ‘secure’ bagi bank.

Harga rumah makin lama makin naik. Kalau tak duduk, ia boleh disewakan. Kita boleh dapat “passive income” bulanan dengan hartanah. Hasil duit sewa, boleh cover duit pinjaman bank, seolah-olah orang lain bayarkan rumah yang akhirnya jadi milik kita. Katakanlah lepas 5 tahun beli rumah dan kita tak mampu bayar, kita boleh jual jer rumah tu dengan harga yang lebih tinggi. Dan katakanlah kita mati, rumah tu 100% jadi milik keluarga (ahli waris) secara percuma kalau kita ambil perlindungan takaful. Itulah kelebihan hartanah.

*Lindungi Kekayaan Dengan Aset Fizikal*

Robert Kiyosaki katanya, 40% kekayaannya disimpan dalam bentuk hartanah, 25% dalam bentuk emas dan perak. Hanya 10% kekayaannya dibiarkan dalam bentuk tunai. Maksudnya, at least 65% daripada kekayaannya disimpan dalam bentuk ASET FIZIKAL! Bukan aset kertas. *Bila berlaku ketidaktentuan ekonomi, aset fizikal akan bertahan*. Bila berlaku ketidakstabilan politik negara, ‘talian hayat’ terakhir yang akan jadi penyelamat tentunya emas dan perak.

Jadi bagi saya, *tukar simpanan jangka panjang kepada emas. Paksa diri jadi orang kaya dengan beli hartanah*. Samada emas atau hartanah, kedua-duanya mesti bermula dengan ilmu.

Sumber: Mohd Zulkifli Shafie

Friday 23 July 2021

Rezeki murah selepas kahwin

Banyak rezeki yang terselit dalam sebuah perkahwinan...

Org tua-tua selalu kata, nanti bila dah kawin, rezeki makin murah, insyaAllah...sekarang hidup sorang rasa macam tak cukup makan kan. Tapi bila dah hidup berdua, bila dah kena jaga anak org lain, cukup aja makan walaupun pendapatan tu tak bertambah.

Pernah lalui dan alami tak?

Mungkin orang kata kita sengaja nak reka cerita. Mana logiknya pendapatan sama, bila seorang diri tak cukup tapi bila berdua cukup pula.

Logik akal ni tak ada dalam semua perkara. Cuma, kalau kita yakin dan percaya, maka Allah akan cukupkan.

Masa bujang, ada apa je kita ni kan?

Motor sebiji, kereta, rumah pun menyewa. Tapi bila dah kahwin, banyak pula harta yang boleh kita buat. Siap ada yang boleh masuk umah sendiri lagi. Kereta pun dah dua biji dan sebagainya, nak banding kita dulu yang kosong aje dalam tangan.

Bila dapat gaji, kita tolak semua hutang dan perbelanjaan. Kita tengok balik baki, "Cukup ke ni untuk sampai gaji bulan depan?"

Tapi kebiasaannya cukup je kan? Tapi kalau kira matematik, tolak tambah bundar semua tu tak akan cukup dengan baki yang ada

Lepastu, dapat anak dan orang kata setiap anak ni ada rezekinya sendiri. Jangan risau. Cuba lihat, berapa ramai yang dapat anak hidupnya makin susah? Rasa terbeban dan tak boleh nak tanggung anak tu?

Percayalah, hampir semua pasangan yng dapat anak, hidup mereka dimurahkan lagi dengan rezeki yangg datang mencurah-curah?

Buat baik kepada anak bini, rezeki bertambah? Layan anak bini baik-baik, hidup jadi mudah? Tunai tanggungjawab dan kewajipan, hati jadi tenang?

Ini semua rezeki dalam perkahwinan...Allah jamin dah rezeki ni andai kata kita buat apa yang diamanahkan Allah kepada kita tanpa ragu-ragu.

Jangan bagi Allah murka dengan kita disebabkan kita ni jadi suami yg tak berguna, tak bertanggungjwb, lupa diri, lupa kewajipan dan sebagainya...

Perbuatan ni yg selalunya menyekat rezeki Allah untuk smpai kepada kita...

Bermula dari sinilah, Allah tak redha dengan kita.

kredit:  Firdaus Shakirin

Friday 16 July 2021

Ramalan Harga Emas Hujung Tahun 2021

*Ramalan Harga Emas Hujung Tahun 2021*

Setelah harga emas turun di bawah USD1,200 per auns pada tahun 2018, harga emas kini kembali meningkat dan trend kenaikannya dikatakan agak ketara. Ekoran daripada pandemik COVID-19, populariti emas meningkat secara mendadak.

Justeru, ia telah menyebabkan kenaikan harga emas berlaku. Pasti ramai di kalangan kita yang nak tahu trend terkini berkaitan harga emas.

Dah tinggi sangat ke atau ada potensi untuk naik lebih tinggi lagi?

Ramalan Harga Emas

Harga emas telah pun naik sebanyak 38% dalam masa 5 tahun dengan paras tertinggi yang hampir mencecah paras USD2,000 per auns pada bulan Ogos 2020.

Kenaikan harga emas adalah disebabkan oleh kemasukan ETF yang tinggi serta kelemahan Dolar Amerika Syarikat yang menjadi punca utama.

Majoriti daripada pakar meramalkan bahawa harga emas akan naik kerana didorong oleh aliran dana dari pelabur dalam aset pelaburan emas yang semakin meningkat.

Harga emas dijangka mampu untuk mencecah paras USD2,000 per auns disebabkan beberapa faktor:

Jangkaan kenaikan inflasi serta kelemahan mata wang Dolar Amerika Syarikat disebabkan oleh rangsangan fizikal dan rangsangan monetari.

Peningkatan permintaan pelaburan akan mempengaruhi kenaikan harga emas ke tahap yang lebih tinggi.

Bon kerajaan tidak dapat mengawal inflasi kerana tidak dapat menjana pendapatan.

Kos memiliki emas akan menurun dan menyebabkan peningkatan harga emas di kalangan pelabur emas.

Menurut ramalan International Monetary Fund (IMF) pula, pertumbuhan ekonomi di China akan meningkat pada tahun 2021. Ia akan menyebabkan pembelian emas meningkat di kalangan penduduk negara tersebut yang melangkau 1.4 bilion orang.

Kesimpulannya, emas sememangnya telah terbukti sebagai aset yang sangat baik sebagai pelindung kejatuhan matawang dan ‘safe haven’. Emas juga dikatakan instrumen yang kalis inflasi.

Sama ada kita perasan atau tidak, sejak zaman Rasulullah SAW lagi nilai emas tetap sama sehingga ke hari ini. Jika pada zaman tersebut seekor kambing berharga 1 dinar (emas 4.25 gram), maka sekarang ini pun harganya juga bersamaan dengan 1 dinar.

Tuesday 13 July 2021

Muamalat Gold-i Junior

*Muamalat Gold-i Junior*
'Impian direalisasikan dengan memiliki *emas*'

Tahukah anda, anak2 anda juga boleh mula menyimpan emas sedari mereka kecil lagi.

Dengan bermodalkan serendah RM10, anak2 anda boleh mempunyai simpanan emas, di mana apabila mereka ingin melanjutkan pelajaran kelak mahupun meneruskan kehidupan mendatang, emas yang bernilai RM260/gm hari ini barangkali akan meningkat menjadi RM500/gm di masa akan datang.

Di samping simpanan tunai di ASB, SSPN-I, mahupun TH, sebenarnya keuntungan simpanan emas adalah lebih berkali ganda sekiranya anda mulai menyimpan sejak mereka masih kecil lagi.

Dengan *Muamalat Gold-i Junior*, kami di Bank Muamalat sangat menggalakkan anak2 anda untuk menabung emas,  bak kata pepatah warisan melayu lama, 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'😊