*Ramalan Harga Emas Hujung Tahun 2021*
Setelah harga emas turun di bawah USD1,200 per auns pada tahun 2018, harga emas kini kembali meningkat dan trend kenaikannya dikatakan agak ketara. Ekoran daripada pandemik COVID-19, populariti emas meningkat secara mendadak.
Justeru, ia telah menyebabkan kenaikan harga emas berlaku. Pasti ramai di kalangan kita yang nak tahu trend terkini berkaitan harga emas.
Dah tinggi sangat ke atau ada potensi untuk naik lebih tinggi lagi?
Ramalan Harga Emas
Harga emas telah pun naik sebanyak 38% dalam masa 5 tahun dengan paras tertinggi yang hampir mencecah paras USD2,000 per auns pada bulan Ogos 2020.
Kenaikan harga emas adalah disebabkan oleh kemasukan ETF yang tinggi serta kelemahan Dolar Amerika Syarikat yang menjadi punca utama.
Majoriti daripada pakar meramalkan bahawa harga emas akan naik kerana didorong oleh aliran dana dari pelabur dalam aset pelaburan emas yang semakin meningkat.
Harga emas dijangka mampu untuk mencecah paras USD2,000 per auns disebabkan beberapa faktor:
Jangkaan kenaikan inflasi serta kelemahan mata wang Dolar Amerika Syarikat disebabkan oleh rangsangan fizikal dan rangsangan monetari.
Peningkatan permintaan pelaburan akan mempengaruhi kenaikan harga emas ke tahap yang lebih tinggi.
Bon kerajaan tidak dapat mengawal inflasi kerana tidak dapat menjana pendapatan.
Kos memiliki emas akan menurun dan menyebabkan peningkatan harga emas di kalangan pelabur emas.
Menurut ramalan International Monetary Fund (IMF) pula, pertumbuhan ekonomi di China akan meningkat pada tahun 2021. Ia akan menyebabkan pembelian emas meningkat di kalangan penduduk negara tersebut yang melangkau 1.4 bilion orang.
Kesimpulannya, emas sememangnya telah terbukti sebagai aset yang sangat baik sebagai pelindung kejatuhan matawang dan ‘safe haven’. Emas juga dikatakan instrumen yang kalis inflasi.
Sama ada kita perasan atau tidak, sejak zaman Rasulullah SAW lagi nilai emas tetap sama sehingga ke hari ini. Jika pada zaman tersebut seekor kambing berharga 1 dinar (emas 4.25 gram), maka sekarang ini pun harganya juga bersamaan dengan 1 dinar.
No comments:
Post a Comment